Saturday 30 June 2012

DARI SURAU KE MAJLIS KENDURI, POLITIK

DI SURAU KAMI kalau ada kenduri-kendara selalunya hebahan sudah siap ditulis di papan kenyataan. Semua dijemput. Jadi, semua jemaah surau kena ikut sekali.
Kebetulan majlis hari Sabtu, imam tak ada, salah seorang jemaah tampil jadi imam. Zuhur bukan ada masalah nak jadi imam pun!
Habis solat, diumumkan majlis doa selamat diadakan di rumah si fulan. Maka setelah solat sunat, kami pun berangkatlah ke rumah berkenaan yang jaraknya hanya seperlangkahan sahaja dari surau.
Dalam perjalanan itu saya mendengar celoteh imam tadi dan para jemaah tentang politik. Mereka bercakap tentang dasar BN yang ada hari ini.
Ketika nak pergi ke rumah si fulan, saya dengar imam tua itu berkata, "Kali ini jangan undi BN lagi, menipu Melayu!"
Terkejut juga. Padahal tidak jauh dari tempat kami itu adalah rumah indah tesergam, terpacak, milik bekas Adun Gombak dulu, Datuk...

DATUK-DATUK
Datuk itu pun tak pernah nampak batang hidungnya, dia ada di Sumatera, duduk dengan bini mudanya, bini tua Mak Datin selalu juga solat di surau.
Kalaulah Mak Datin dengar imam tadi suruh orang jangan undi BN lagi, tentu dia marah.
Lagi satu, bila disebut nama Datuk, orang kampung macam meluat dengarnya. Yalah, sebab gelaran Datuk sudah lumrah. Biasanya yang bergelar Datuk adalah orang Umno. Mana ada orang pembangkang bergelar Datuk? Boleh dikira.
Contoh, kalaulah Lim Guan Eng itu dalam BN sudah tentunya gelarannya Datuk Seri Lim Guan Eng. Sampai bila pun Guan Eng bergelar Encik. Tak apa. Sultan Melaka ada, kita tunggu dia naik takhta, sejak dia lari dari istananya di Taman Sri Gombak, kita tak dapat kesan ke mana dia pergi.

SULTAN MELAKA
Sahabat baik saya Amin yang tinggal di Segambut Luar beritahu, Sultan Melaka itu baik dengannya. Kenal sangat, suka berseloroh.
Kepada Amin saya beritahu, "Kalau dia naik takhta, bolehlah kita berdua jadi pak pacak pegang tombak?"
"Ini bukan istana bangsawanlah," sampuk kawan lain pula.
"Kenapa pula?"
"Istana sekarang tak ada tombak macam dulu!"
"Tapi ini istana Sultan Melaka!"
Berhubung dengan nama sultan ini, teringat saya kepada seorang kawan yang suka kahwin cerai, dan masik tak serik ingin mencari janda-janda kaya untuk dijadikan isteri. Saya terkejut melihat kad namanya, sudah ada gelaran DATUK S, wah hebat. Bukan setakat nama dia, ayahandanya pun Datuk bergelar juga. Hebat.
Orang macam ini pun ada. Khabarnya dulu dia aktif Umno, pernah bertarung di kawasan Banting sana, maklum Salak Tinggi di sana juga.
Sekarang Datuk itu bagi tahu kawan saya, dia bikin syarikat perfileman. Wah, baguslah. Ramai artis muda-muda boleh dijadikan isteri mutaahnya. Walau dia bukan Syiah, tetapi kahwin cerai sudah jadi permainan.
Nah, Datuk jenis begini pun ada dalam Umno.

TEMPOYAK DEGHOYAN
Berbalik kepada cerita tadi, setelah majlis doa selamat selesai, semua diminta menyantap jamuan "diraja" lauk ikan patin, ayam sambal, ikan kembung goreng, keli goreng sambal, maka para undangan pun santap, ikan patin taruk tempoyak [saya pula tak boleh bau tempoyak, sejak makan nasi di Pesagi, Chenor, Pahang dulu, saya sampai la ni tak boleh bau tempoyak]. Maka masing-masing santap dengan seleranya, saya hanya santap tembikai dan nasi sikit, buat syarat, daripada tidak. Lagipun tadi di Chow Kit sudah santap nasi kandar kedai Yaseen. Boleh tahan. Rasa tak berubah. Mantap lagi.

GEBANG POLITIK
Nah, lepas makan semua ada kaki tangan dari syarikat penerbangan cerita tentang masalah Mas dan Air Asia. Kemudian ada yang bercakap tentang RM500,000 untuk nombor kenderaan. Orang muda itu adalah bilal masjid kerajaan, dia merungut, dan ada yang menyebut nama bekas MB Perak Nizar. Ada orang tegur kerabat lebih teruk daripada Nizar pun, tak ada siapa berani repot. Kalau disiasat, nanti kerabat juga yang malu besar. Cerita Altantunya, kes di Paris, Scorpene juga bermain di lidah imam tua tadi. Alhamdulillah!
Pendeknya, di majlis kenduri macam itu pun masyarakat kampung sudah ada kesedaran politik. Mereka tidak mahu terima geng songkok tinggi lagi. Di majlis kenduri itu ada dua orang sahaja pakai songkok rendah. Memang di kampung sekarang songkok makin tak laku. Saya sendiri, sanggup pijak songkok untuk buang dalam tong sampah. Tak suka pakai. Nak pakai solat  tak boleh, asyik jatuh kena punggung orang depan. Agaknya sebab itulah sejak remaja lagi saya tak suka songkok. Maknanya sejak remaja lagi saya sudah tak suka dengan simbolik sebuah parti politik asabiyah ini.

TOLAK UMNO
Kesimpulannya: kesedaran berpolitik orang kampung makin jelas, mereka mula menolak Umno. Umno tidak mempunyai apa lagi kepada orang kampung. Umno hanya untuk orang kaya, untuk orang bangsawan, untuk ketua-ketua di kampung yang rasa besar kepala, orang-orang yang rasa dituakan di kampung-kampung dan perlu dihormati. Jika demikianlah sikap para pemimpin Umno bawahan, maka parti ini akan lenyap ditelan zaman. []

LAWATAN KE LORONG PASAR KARAT

INI LAWATAN BIASA kalau ada masa lapang. Kalau ada tazkirah tak payahlah lawat pagi-pagi. Pasar karat ini tempat orang kita berniaga kecil-kecilan. Umno tak suka berniaga kecil-kecil, semua nak besar dan hebat. Biar tanpa modal asalkan ada jaminan bank yang diperkenanankan oleh pihak tertentu.
Secara rambang, ramai orang sakit, duit tak ada. Itu sebab mereka sanggup datang ke situ, jual apa sahaja, daripada baju rombengan, peralatan elektrik di rumah, kasut bundle, seluar bundle dan baju bundle.
Jangan kiralah yang jual kasut, kebanyakan muka-muka dari luar KL, cara mereka cakap, bahasa apa pun kita tak faham. Jadi mereka itu orang luar, mereka menguasai sepanjang lorong dari ujjung ke hujung.
Hari Sabtu ada operasi pihak PDRM, siap ada truk parking menunggu sesiapa nak disumbat. Semuanya bergantung kepada kepandaian pegawai yang berpakaian preman, jadi budak muda tak kenal.
Hanya kalau main borong, itu membuatkan orang benci, bertindak melulu. Orang datang ke situ hanya nak tengok apa benda boleh dibeli, bukan semua datang situ penjenayah, kaki curi, kaki jual CD lucah, atau sebagainya.
Yang masuk ke situ adalah orang-orang baik belaka, terpelajar, mat saleh pelancong pun sekarang suka masuk situ. Mereka saya tengok belek buku tentang Islam, regarding on RIBA' dan HADITHS mereka nak tahu juga tentang Islam. Bagus, secara tak langsung ada ruang untuk mereka mencari bahan bacaan murah.
Jadi, jangan fikir, sesiapa masuk situ nak jual barang curi. Mentaliti jahat ini elok dibungkus. Pencuri tak masuk lorong, berapa banyak pencuri duit sampai berjuta-juta dan ratusan juta boleh duduk relaks? Sedangkan yang curi sepasang kasut tak tidur lena takut kena cekup. Inilah cara kita.
Jadi, jangan anggap pasar karat ini untuk orang yang KARAT mentalnya. Kalau orang asyik fikir bagaimana nak cipta video seks melibatkan orang politik, jangan masuk ke pasar karat. Mereka layak masuk ke pejabat pemimpin yang hebat-hebat untuk dapatkan idea, dan dana, pakat dengan media untuk mencanangkan di muka depan.
Di pasar karat ini sudah turun orang yang gemar kumpul botol antik, botol coca-cola lama, surat kebangkrapan lama, setem lama, akhbar zaman perang pun ada, kalau setakat kaset lagu-lagu lagi melambak, orang tak heran lagi, begitu juga handphone. Orang sibuk yang canggih-manggih, yang biasa dilupakan, orang sibuk dengan yang hebat-hebat laptop Toshiba dijual RM800 je, tupun tak ada orang capai. Beli di tempat macam tu seseorang kena pandai, kalau bangang habislah.
Mungkin setelah balik diuji dengan berbagai cara, barulah tahu apa bentuk peragaman yang ada pada laptop tu. Di lorong memang yang jual kata hebat, angkat ibu jari tangan.
Macam orang jual minyak lintah, hebat, boleh sapu pada jari telunjuk supaya jari tu besar. Maknanya kalau satu pada benda lain jadi besar jugalah! Mentaliti yang menjurus ke arah seks, biasanya makan korban, kerana itu orang sanggup beli, nak cuba, mana tahu boleh besar?
Lupakan, itu, apek di lorong ini lagi relaks, dia boleh duduk bersila jual ubat perangsang seks. Ada juga anak muda dan anak tua yang duduk mencangkung berminat nak beli. Beli, jangan kamu telan berlebihan sudahlah, nanti mabuk. Biasanya yang kaki tangga hotel kecik suka beli ubat tahan lama begitu.
Kebetulan lorong pasar karat ini dekat sahaja dengan tangga hotel yang menjadi tumpuan Bangladesh, Nepal dan Mynmar. Semuanya nak lepaskan gian, kalau kebetulan ada duit.
Saya teringat kawan bernama Ghautam, dia budak Nepal. Kalau jumpa dia minta pinjam duit. Ke mana duit habis? Belanja bang, main perempuan! Orang macam dia yang tak ada agama, Buddha pun tidak walaupun namanya macam Ghautama buddha, dia tak ada rasa malu. Tersengih-sengih. Kemudian dulu pernah mengadu gatal-gatal dan kencing pedih, inilah akibat main perempuan. Hari minggu jadi sasaran, budak Minah Indon atau Minah mana pun sentiasa menunggu dalam bilik hingga kata orang yang buat kajian tentang pelacuran [Universiti Malaysa dari Jabatan Anthropologi dan Sosiologi] sampaikan "tak kering bulu" lakunya. Hebat.
Di pasar karat ini jugalah saya terserempah dengan DATUK BABA yang dulu kerap bikin iklan dalam Mingguan Misteri. Dia iklankan kepandaian untuk bermain empat nombor. Kepandaian mendamaikan suami-isteri yang gaduh. Pendeknya dia pakar dalam bab seksual. tempat suami isteri bangang berjumpa dia minta nasihat dan kaunseling, sebelum keluar bilik kena gayung berpuluh atau beratus ringgit. Itulah Datuk yang dulu pernah buka bisnis di Pasar Borong Selayang dan kemudian pindah ke tempat lain di Selayang, sebelum pindah ke Jalan Masjid India, depan Jakel. Sekarang lingkup lagi, tahu-tahu ada di Pasar Karat.
Selain dia, Osman Kering [dah meninggal] juga kerap ronda ke situ. Dia kalau masuk lorong pakai cermin mata gelap, tangan masuk poket seluar hitam, kasut berkilat, stail bukan main. Ingat sangat, dari jauh sudah tahu dia datang...dengan lenggang lenggoknya.
Bebudak band rock pun ramai masuk situ, termasuk artis xdari Central Market. Kebetulan semalam saya berborak lama dengan Adam Samad, salah seorang artis baju T yang berniaga sezaman dengan Pek Sam, dah lama dah. Itu zaman Tengku Abdullah NS masih ada. Adam yang kini tinggal di Brisbane bercerita tentang Central Market.
Menarik juga  ceritanya, sebab Dr.M pernah datang ke situ, dan pernah adakan majlis meraikan bebudak seni dari Central Market. Dr M boleh tanya Adam tentang masalah peribadi. Dari mana Dr M tahu? Mungkin Tengku Abdullah yang cerita. Adam beritahu, di antara artis yang rapat dengan Tengku Dollah adalah dia, kerana memang Adam ni fasih berbahasa Inggeris, dan itu sebab Dr M pun kenal dia. Adam ada beritahu saya, dia boleh bercakap orang putih kerana saudaranya memang orang putih dari England, dia pegawai orang ptuih yang berkahwin dengan saudaranya dari Labu, Negeri Sembilan.
Berbalik kepada pasar karat ini. Lorong ini akan kekal dengan keadaannya begitu. Janganlah mandai-mandai ajak Bandaraya nak cantikkan tempat itu. Tak boleh. Biar keadaannya begitu. Orang lebih suka begitu. Dalam perniagaan kecil, niaga cara santai, lokasi bukan penting. Ini bukan kedai butik. Bukan showroom barang antik. Bukan. Dari dulu macam itu.
Dan ketika menuju ke Central Market, saya nampak seorang lelaki Cina duduk minta sedekah. Lelaki itu dulu aktif di pasar karat berniaga dengan isterinya. Jual barang-barang terpakai. Tetapi ada kisah menyedihkan, saya pernah terpandang isteri lelaki ini menari-nari dengan buah dada terbuai, dia bogel atas entah kerana apa, Suaminya, lelaki peminta sedekah itu cuba menutup bahagian terdedah dengan kain, tapi ditepis. Akhirnya episod itu berakhir apabila kawan-kawan berniaga tenangkan isterinya. Kini lelaki yang ketiadaan isterinya itu jadi peminta sedekah.
Jadi, jangan fikir nasib seseorang itu teratur dalam sepuluh atau lima tahun mendatang. Itu sebab pasar karat selalu dirindui. Saya sudah jejak kaki ke situ sejak tahun 1982 lagi. Keadaan macam itu juga. Peniaga silih berganti. Boleh buat novel. []

APA NAK TAKUT DEDAH HABIS-HABISAN DI LUAR NEGERI

PASPB: NAJIB CEMAS!!! Orang kanan Baginda setuju beri ker...: Perdana menteri Najib Razak boleh menyembunyikan perasaan gementarnya apabila SUARAM memberitahu bahawa ia telah Berjaya mengum...

MALAYSIA TERKENAL SEANTERO DUNIA KERANA INI

PASPB: BAKAL BESAN & MENANTU PUNYA PASAL!!! Najib jadi di...: Tidak sukar untuk menulis tentang Maira Nazarbayev, besan Perdana Menteri Najib Razak isterinya Rosmah yang kontroversi ini. Sementara ...

Friday 29 June 2012

TATU DAN DUNIA GLAMOR

SEORANG ARTIS [saya tak suka menulis terkenal, tersohor] mengakui sudah tiga tahun tidak mengikuti perkembangan dunia nyanyian walaupun dia seorang penyanyi dulunya. Jadi dia tidak kenal nama komposer baru, dia hanya melihat dari jauh sahaja.
Lagipun, dunia hiburan ini warganya sentiasa keluar masuk, ramai yang mengidam mahu popular, dikenali dan meletup-letup namanya. Namun banyak juga yang kepenatan di tengah jalan dan terus duduk mendiamkan diri.
Memandangkan dunia hiburan ini amat rapat dengan dunia yang dibenci, maka ada baiknya anak-anak muda hari ini tidak tergiur sangat dengan dunia hiburan.
Dunia hiburan sebagaimana semua orang tahu adalah bidang yang terkeluar dari urusan ibadah. Jangan kata menyanyi dan menari-nari atas pentas itu satu tugas mulia menghiburkan orang kalau perbuatan itu melibatkan pendedahan aurat, ada percampuran lelaki perempuan, ada orang bertepuk tangan suatu perbuatan yang disenangi syaitan dan sudah tentu dalam dunia hiburan ini pelekaan dan pembuangan masa lebih diutamakan.
Justeru, menjadi artis bukanlah suatu pilihan walaupun orang selalu memandang penampilan luaran, kereta cantik, rumah besar, ada anugerah, ada hadiah, setiap hari sibuk layan wartawan dan peminat, ada show di sana, ada show di sini, semuanya berbayar - itu pada tahap tertentu sahaja,
Apabila masanya apabila telah tiba untuk mengundurkan diri, maka berundurlah, dan jangan perasan kalau orang tak kenal ketika lepak di mana-mana, jangan marah kalau orang tak undang, jangan cemburu orang baru banyak yang menonjol, maka dunia hiburan ini tidak perlu dicemburui.
Perbuatan menyanyi, menghafal lirik lagu banyak-banyak untuk dijadikan stok show mendatang, semua ini tidak mendatangkan faedah, jauh sekali apa yang dinamakan sebagai pahala.
Tanyalah, adakah menghafal lirik lagu itu ada pahalanya? Tanyalah apa ganjaran menyanyi lagu sedap-sedap yang lagunya dikompos oleh orang lain itu?
Memang ini soalan yang tak patut. Walau tak patut, ia sekurang-kurangnya membuka minda golongan muda yang terkinja-kinja hendak jadi terkenal atau ingin jadi artis.
Panggilan atau gelaran artis terlalu umum. Budak muda buat kerja grafik pun artis juga. Yang dalam studio pun artis juga. Yang di pasar seni pun artis juga. Yang buat tarian di depan pura dan puri pun artis juga. Dalang, orang wayang dalam kategori wayang apa pun tetap artis juga.
Di tempat kita, artis yang digemari adalah artis yang glamor. Kalau boleh gambar sentiasa terpampang dalam majalah dan ruang hiburan majalah. Yang kemaruk, akan gunting dan tampal gambar buat hiasan dinding dalam bilik.
Tengoklah bilik anak muda yang ada, gambar artis yang bukan-bukan ditampal. Ibu bapa yang tak ada ilmu tidak terfikir bahawa menampal gambar macam itu tidak kena sebagai umat Islam. Apa lagi gambar artis, tak kira artis Melayu atau bukan Melayu - sebab semuanya dedah aurat, dan tak boleh disimpan pun dalam rumah, dan sebaik-baiknya jangan membeli majalah hiburan yang paparkan gambar artis keterlaluan.
Itu semua kerja siapa? Para petugas medialah. Utamanya jurufoto yang sentiasa menyentuh dan menegur artis yang hendak dirakamkan gambarnya dalam studi atau di luar studio. Kerjanya asyik bermaksiat, wanita dedah aurat diutamakan, bertahun-tahun itulah kerjanya. Sudahnya bagaimana nanti, hanya apabila sudah tinggalkan bidang ini baharulah mereka sedar, semua yang dilakukan adalah perbuatan yang ditegah. Bukan soal cari makan.
Kemudian di kalangan yang menjadi artis termasuklah yang tidak tahu apa hukum-hakam, atau memikirkan untuk suka-suka sahaja di masa awal remaja. Sanggup pula buat tatu pada badan, tak kira di lengan, di dada atau di mana-mana. Apabila rasa diri terkenal, tatu itu akan jadi bahan yang amat fokus kepada orang lain [saya tak suka sebut peminat, tak sesuai untuk disebut peminat].
Mereka yang sudah buat tatu kekal, maka benda itu tidak dapat disorok lagi. Tidak kiralah artis atau bukan, sesiapa yang telah buat tatu biasanya akan menyesal di kemudian hari. Bagaimana hendak membuangnya kalau ia tatu jenis kekal?
Biasanya orang sudah dapat mengenal orang yang bagaimana berani bertatu pada lengan atau dada. Dan lakaran tatu yang "berseni" itu setengahnya adalah lakaran yang menyerupai gambaran iblis atau perwatakan Lucifer di dalam kefahaman tentang iblis di luar dunia kita [baca: islam].
Yang paling melampau kalau mereka melukis tatu perempuan bogel atau simbol seks. Mungkin ketika jiwa muda mereka hanya fikirkan untuk suka-suka sahaja. Ramai umat Melayu yang begini, lagipun tatu bukan ada sesiapa nampak. Pakai baju semua terlindung, siapa pun tidak tahu.
Selain kalangan artis yang bermasalah, ada juga orang berkedudukan, anak menteri pun ikut bertatu. Seorang anak bekas menteri yang tinggal di Ampang Hilir juga bertatu seluruh lengan kanan dan kiri. Dia sanggup berkelana ke Kampuchea, mungkin di sana dia rasa bebas kerana tidak ada mata yang memandang tatunya.
Dunia artis adalah dunia glamor. Ia tidak jadi glamor kalau tidak ada media yang menggembar-gemburkan artis. Media yang hebohkan tentang karpet merah semua. Hanya wartawan hiburan yang sibuk membesar-besarkan cerita ini, kalau tidak artis tidak ke mana. Begitu juga isu tatu, kalau tidak dibisingkan dalam media, maka orang pun tak tahu si fulan dan si fulan ada tatu di lengannya. []

Thursday 28 June 2012

KECOH TANGKAP MAKNYAH

HAL YANG PALING digemari jurugambar dan wartawan kita adalah cerita operasi tangkap maknyah. Memang suka sangat kalau dapat buat liputan tentang orang jelmaan ini. Biasanya penjelmaan berlaku pada waktu remang-remang. Fenomena orang lelaki pakai perempuan ini sebenarnya sejagat, bukan di tempat kita sahaja, malah di negeri orang putih pun ada.
Peri kehebatan maknyah ini amat menarik minat untuk dibuat sorotan. Akhbar harian pun suka memburu cerita maknyah. Agaknya cerita maknyah ada sesuatu yang perlu dipaparkan, atau kebetulan di kalangan para pelapor sendiri ada geng-geng yang menyerupai dua alam tersebut.
Bukan soal operasi tangkap menangkap itu yang dipersoalkan, tetapi operasi itu dilakukan hanya kelompok tertentu sahaja. Percayalah, kelompok umat yang berpakaian pelik ini ada di semua tempat, terutama bandar-bandar besar yang ada aktiviti malam. Makin rancak aktiviti yang ada, maka mereka pun membuat sarang untuk beterbangan dan berkawan-kawanan.
Mereka suka mencari yang ada cahaya lampu, baik yang terang benderang atau remang-remang, mereka juga suka mendekati kereta sport yang berhias cantik, mendekati lelaki sepi yang merambu tak tentu hala menjelang pagi.
Maknyah yang kena tangkap hanya kerana melakukan kesalahan berpakaian perempuan. Hanya kita jarang dengar ada pengkid kena tangkap kerana berpakaian cara lelaki. Tumpuan lebih kepada maknyah sahaja kerana mereka mudah dikenali. Dari jauh sudah tahu jantan betinanya, macam ikan juga.
Mengikut hukum syariat, mana boleh lelaki menyerupai perempuan. Kalangan maknyah memang terdiri daripada lelaki yang gemar memperagakan pakaian perempuan. Mungkin mereka rasa syok dan selesa pakai begitu. Semua ini ikut kawan-kawan.
Jadi, yang paling malang lelaki pakai perempuan. Mereka jadi buruan ketika operasi. Kejar sana, kejar sini, mereka lari mengalahkan yang tukang tangkap. Tenaga lelakilah katakan.
Kenapa mereka gemar memaknyahkan diri?
Menurut sumber yang tak akademik, memakai pakaian gaya perempuan pada waktu malam lebih selesa untuk mendapatkan apa sahaja dari lelaki. Paling mudah boleh dapat rokok sebatang dua. Minta api bang! Kemudian bukan setakat itu, nak minta belanja makan pun ada orang sudi menemankan.
Tidak cukup dengan itu, saja-saja buka mulut minta duit pun dikasi juga.
Mula-mula mereka bersopan santun, baik budi bahasa, tetapi berkat kesabaran "menyundal" kata mereka, lama kelamaan mereka jadi penipu, jadi pencopet, jadi penyeluk saku, atau merancang satu adegan yang modus operandinya sama sahaja di mana-mana.
Mereka mempunyai kawan yang sedia membantu untuk melakukan kerja sapu duit dalam dompet, sapu handphone canggih, sapu cincin, sapu apa sahaja yang ada harga. Inilah kegiatan sebahagian mereka pada waktu malam. Dan setengah jantan bingung, yang macam mabuk dan pening lalat, sanggup kutip maknyah bawa balik ke rumah. Dilayannya orang itu bagai perempuan idaman.
Esoknya, tanpa disedari duit pun lesap, jam tangan berjenama yang berharga RM24 juta pun lesap. Pendeknya maknyah belajar dari pengalaman.
Kekecohan operasi menangkap maknyah selalu dijadikan liputan media. Maknyah jadi bahan ketawa. Bahan gurauan, bahan ejekan, bahan pengaiban dan macam-macam lagi. Nasib maknyah cukup malang terutama yang bergerak secara bebas, di pekan kecik atau bandar kecil, mereka jadi sasaran untuk dikenakan tindakan undang-undang kerana berpakaian perempuan.
Manakala ada artis persembahan yang berada di pentas, mereka juga naik pentas dengan berpakaian perempuan, meniru gaya perempuan, meniru suara artis luar negeri. Dengan berselindung sebagai artis persembahan, lelaki yang berpakaian perempuan telah selamat dari tindakan. Padahal, tindakan artis itu mengenakan pakaian perempuan sama sahaja dengan maknyah yang dikejar-kejar itu.
Kalau begitu, lebih baik lelaki yang hendak pakai perempuan kena jadi artis persembahan, buat show, tak kiralah artis komedi atau melalak suara macam mana pun, asalkan boleh pakai perempuan.
Itu baru bab pakaian. Belum bab perbuatan lainnya. Kalau betul maknyah itu pakai perempuan sebab nak cari duit, bagaimana kaedahnya mereka cari duit? Jadi pelayan, meminta-minta, atau melondehkan pakaiannya di tempat gelap bagi kesyahwatan yang tiada taranya?
Kalau dalam blog ini nak cerita liwat pun apa salahnya, sebab rakyat Malaysia memang gemar dengan tajuk ini. Fitnah terbesar di negara kita adalah kes liwat yang direka-reka untuk mengenakan seseorang. Justeru para maknyah pun tertawa, kasihan! Pemimpin yang dikenali dituduh liwat. Bukankah liwat itu adalah amalan biasa bagi mereka yang gemar meronda-ronda waktu pagi mencari maknyah? Minta maaflah kalau terkasar.
Memang itulah hakikatnya dunia maknyah. Habis nak cari duit secara bagaimana?
Adakah maknyah yang memperagakan pakaian perempuan dan dapat duit? Memang tak ada. Artis yang disebut tadi, bukan dalam kategori maknyah, sebab maknyah selalu dikaitkan dengan lelaki pakai perempuan  dan menjadi peranjau jalanan pada waktu malam.
Mereka yang terlanjur jadi maknyah tidak akan ke mana-mana. Paling tidak apabila usia telah meningkat pertengahan, maka mereka tercari-cari ruang untuk bersarang. Kerjaya apa yang dipilih?
Mana-mana yang sudah berusia angka 5 ke atas, mereka terpaksa menyerah kepada keadaan. Lupakan pakaian perempuan, biarpun jalan terkedek-kedek macam itik, mereka terpaksa melakukan transformasi untuk berpakaian secara jantan tulen!
Dunia maknyah sentiasa bertukar ganti warganya. Seribu yang berundur, ada dua tiga ribu yang masuk menyertai kelab maknyah. Mereka juga seperti ada kelab, boleh berkumpul, buat majlis hari jadi, majlis perkahwinan saudara-mara mereka, majlis makan-makan, atau perjumpaan sosial biasa yang diselengi dengan pertandingan karaoke, ratu maknyah, ratu kebaya, ratu macam-macam ratu, dan biasanya yang hairannya, mereka boleh jemput artis menghadiri majlis yang gemilang itu.
Hanya kita belum pernah dengar mereka undang PM sahaja ke majlis mereka. Kalau diundang sudah tentu, banyaklah rancangan untuk membantu golongan ini, dan mungkin memberi peluang pekerjaan kepada maknyah, mengiktiraf kehadiran mereka dan akhirnya meranjau-ranjau sampai ke kes seks bebas. Inilah yang kita tak mahu.
Kita perlu tegas. Maknyah adalah penyakit bahaya! Ia jadi punca maraknya maksiat di kalangan muda-mudi baik di bandar dan di luar bandar. Mereka agen kemaksiatan, menggalakkan amalan seks liar kerana sudah menjadi pengetahuan umum, maknyah memburu lelaki sejati! Kelompok ini bukan gay. Mereka adalah maknyah dalam kategorinya yang tersendiri. Mereka benar seorang lelaki, tetapi naluri seksnya seolah-olah mereka perempuan. Mereka mahu dilayan sebagai perempuan, meskipun mereka sebenarnya adalah lelaki.
Mereka sibuk melayani naluri diri, sanggup telan pil untuk memontokkan tubuh, melembutkan kulit, melicinkan pipi bah pauh dilayang, pendeknya sampai kalah perempuan sejati.
Nah, apa pun, kes yang pernah terjadi di negara kita, bahkan fatwa juga sudah jelas, pertukaran jantina adalah haram. Maka sesiapa yang sudah terlanjur, mereka membawa keterlanjuran sepanjang hayat. Walau telah menjalani operasi tukar jantina, dia tetap lelaki. Kalau dia menyamar pakai telekung dan mengerjakan solat, siapa pun tidak tahu dia asalnya seorang lelaki pada masa silam. Ini kes benar. Dia ikut solat bersama jemaah perempuan di sebuah surau.
Dia adalah seorang lelaki berketurunan Cina. Gemar menjadi perempuan. Lama kelamaan dia mengambil keputusan untuk tukar jantina jadi perempuan. Dia sudah jadi perempuan tiruan hasil dari pembedahan itu, tetapi tidak pasti bagaimana Mykadnya.
Kemudian dia masuk Islam. Mungkin tidak ada siapa tahu bahawa dia asalnya dulu adalah lelaki. Kini dia berpakaian perempuan, pakai tudung, ikut belajar agama islam, tetapi ibadatnya mengikut cara perempuan. Dia bertelekung ketika solat. Semua ini rahsia. Bagaimana persentuhan dia dengan jemaah wanita yang lain di dewan solat itu?
Apabila ada maknyah yang sudah undur diri dan menyerah kepada kenyataan, terpaksa jadi lelaki semula, maka kes seperti ini jarang diketahui orang. Ramai yang sudah terlanjur buat operasi jantina di Kandang Kerbau. Ramai maknyah yang ke sana atau ke Bangkok untuk melakukan tukar jantina. Balik Malaysia dia perempuan, tetapi Mykad masih lelaki.
Maknyah sukar dihapuskan. Ia sudah jadi macam kelawar yang keluar waktu malam. Mereka perlu keluar mencari buah-buahan ranum. Mereka ada peminatnya yang tersendiri. Peminat perlu disedarkan,  ditarbiyah betapa hinanya mereka mendekati kelawar malam begitu.Ramai lelaki yang kecundang di medan maksiat, kecundang dalam dakapan maknyah. Inilah kesan buruknya maknyah. Kalau ada operasi menangkap mereka, maka sorak-sorai dan gempaknya sahaja yang jadi perhatian. Namun, maknyah tetap maknyah, esok bersolek lagi untuk mencari jantan! []

ALAM BARZAH, HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU

APA PUN AQIDAH YANG dipegang dan sebesar manapun maksiat yang dilakukan, Allah s.w.t. tetap memberikan pintu sangat besar untuk kita bertaubat, selama manusia belum sampai ke pintu sakratulmaut. Bayangkan penjelasan ini. "Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [al-Furqan: 70].
Dijelaskan, betapa beruntungnya orang yang bertaubat. Justeru itu bertaubat tidak perlu ditangguhkan, bersegeralah melakukan taubat, bahkan setiap waktu pun tidak mengapa, kerana kita sedar bahawa sebagai hamba yang lemah kita selalu tersandung kepada dosa, entah dosa kecil, dosa besar atau dosa yang kita tidak sedari telah melekat pada diri kita. Bukan setakat bertaubat sahaja, kenalah disusuli dengan menjadi orang yang beriman dan mengerjakan amalan saleh. Apabila telah beriman dan mengerjakan amalan saleh, amalan kebaikan dan melaksanakan segala yang diperintah-Nya, maka kejahatan masa lampau, kejahatan ketika kita alpa, kejahatan ketika kita mabuk remaja, kejahatan ketika masuk dengan muzik dan hiburan, maka semua itu akan digantikan dengan kebajikan, dengan kebaikan! Betapa murahnya Allah s.w.t. Kenyataan ini telah diberikan kepada kita melalui al-Quran, melalui penjelasan Nabi-Nya lewat hadis-hadis yang banyak bertebaran, hanya kita sahaja yang tidak peduli dengan kewujudannya. Kita serahkan kepada para ustaz untuk menjabarkan keperihalan itu kepada kita. Maka, selama kita menunggu, selagi kita tidak mencari, atau menghadiri majlis ilmu, rajin membaca dan mendengar tazkirah-tazkirah, maka selama itulah kita tidak tahu apa.
Tulisan ini adalah kesan daripada imbasan mata penulis yang menatap laporan Harian Metro [28 Jun 2012] yang membicarakan tentang sebuah konsert bagi mengenang seorang penyanyi  sempena FESTIVAL MUZIK KUALA LUMPUR 2012. Konsert mengenang seseorang seperti ini juga pernah diadakan pada masa lalu melibatkan tokoh yang lain pula.
Mungkin kita lupa, bahawa orang yang dikenang itu telah berada di alam lain. Dan tidak sesiapa pun yang tahu bagaimana keadaannya di sana; selagi kita tidak berada di alam sana, maka kita tidak tahu apakah bahagia atau derita. Ini tidak penulis bicarakan, kerana biarlah kita bermuhasabah diri. Cukuplah sudah kita berseronok, bercerita dan bertepuk-tangan gembira [walaupun ia perbuatan syaitan] dan cukuplah kita meraikan seseorang dengan kegembiraan.
Untuk mengingat sesuatu yang ghaib ini, maka elok kita renung kembali, bahawa seseorang mukmin itu mendapat seksaan kubur kerana beberapa sebab:
1. Meninggalkan solat - perbuatan ini memang lumrah di kalangan kita, dan tidak dapat dinafikan ia juga menjadi ketidakpedulian kita apabila terlalu sibuk dan asyik dengan dunia leka yang kita ceburi; dan kebanyakan warga penghibur, warga pemuzik, warga peminat muzik dan hiburan, semuanya termasuk dalam kelompok itu. Solat dianggap mudah, dan suka bertangguh, atau lebih mengutamakan bidang seni yang kita ceburi. Padahal orang-orang yang pentingkan amalan saleh, solat adalah perkara utama yang perlu dijaga, kalau solat pun terabai, bagaimana pula dengan yang lain?
2. Ghibah dan fitnah. Dunia hiburan kata orang tidak akan rancak kalau tanpa adanya ghibah dan fitnah. Seseorang artis boleh hidup dan popularitinya bercambah kerana adalah ghibah dan fitnah. Fitnah juga menghancurkan rumah tangga mereka, banyak pasangan artis yang bercerai-berai kerana fitnah. Fitnah dalam dunia hiburan dicambah oleh media hiburan yang sentiasa memburu bahan ghibah, bahan untuk mengumpat, bahan untuk melondehkan aib orang lain. Sayang sekali, kebanyakan bahan hebahan ini dipelopori oleh pengamal media Muslim, tidak pedulilah sama ada mereka tutup aurat atau tidak. Mereka melaporkan bahan berunsur fitnah dan merosakkan imej orang lain tanpa rasa bersalah, tanpa rasa bahawa kerjaya ini bermanfaat untuk dunia ukhrawi nanti. Memanglah di dunia ini kita mendapat kemasyhuran, turut tumpang sekaki dengan populariti artis.
3. Tidak bersuci dari air kencing. Kalau dalam bab kencing pun kita buat sambil lewa kerana sibuk kelek kamera yang berat lensanya, atau kesibukan berlatih menyanyi atau main muzik untuk show esok, atau untuk konsert akan datang, maka pengabaian ini selalunya kita buat tidak kisah pun.
4. Tidak bersuci ketika solat dan tidak menolong orang yang dizalimi. Di sini kita dinasihatkan agar bersuci setiap kali hendak mengerjakan solat. Jadi bermula dari air kencing tadi. Kemudian tidak menolong orang yang dizalimi; kita rasa bahagia melihat orang lain diperlakukan dengan zalim. Kita bahagia melihat orang lain difitnah, dicerca, diaibkan dengan pengedaran video seksnya, diaibkan dengan skandal demi skandal walaupun semua itu rekaan belaka. Kalau kita setuju dengan perlakuan zalim itu, maka kita akan mendapat bala di akhir nanti. Itu belum bab kezaliman yang lain. Cukup banyak hal-hal zalim yang kita tidak faham. Jika kita tidak menyokong gerakan islam, tidak suka perundangan islam, memandang jijik kepada islam, ia sama sahaja dengan orang yang melakukan kezaliman. Zalimnya kita kerana kita suka melihat maksiat di mana-mana, kita suka melihat dunia hiburan kita makin rancak dan berkembang, suka melihat muda-mudi kita bercampur-gaul lelaki perempuan di dewan tarian, suka melihat mereka mabuk-mabuk, suka melihat mereka bersekedudukan, dan pengertian zalim ini cukup luas. Bukan menyeksa orang dalam tahanan, memukul orang berhimpun secara aman dan sebagainya. Kena faham, pengertian zalim cukup luas.
5. Mencuri harta ghanimah. Dalam bab ini kita tidak terlibat, kerana kita tidak berperang dan memperoleh harta rampasan. Tetapi, dalam bidang lain, bidang profesion kita sebagai penguatkuasa, bagaimana pula kalau seseorang pegawai itu mengambil sedikit atau lebih bahagian yang dirampas dari orang lain. Ini bukan bab perang, tetapi ada kaitan. Pegawai kastam, pegawai penguatkuasa majlis tempatan, Dewan-dewan Bandaraya di setiap negeri, kuat-kuasa undang-undang dan rampasan atau sita memang pernah dan kerap berlaku.
Apabila seseorang telah meninggal dunia, apa sahaja pahala yang boleh mengalir berterusan kepada si mati? Dalam persoalan ini kita lupa, bahawa ada beberapa perkara sahaja yang boleh kekal dan memberi manfaat kepada orang yang telah meninggal dunia.
i. ILMU
ii. SEDEKAH
iii.ANAK SALEH
iv.PERBUATAN BAIK YANG DIIKUTI.
Ilmu ini bagaimana? Apakah orang yang berilmu pendekar, ilmu kebal, ilmu tetak tak lut dan macam-macam ilmu karut itu yang dimaksudkan? Ilmu seperti ini tidak memberi manfaat, malah silap-silap membawa petaka kepada pengamalnya. Jadi pengertian ilmu kena faham, bukan semua ilmu diperkirakan. Ilmu hitam, ilmu sihir, ilmu yang menjurus kepada duniwi dan mencari kemegahan dunia, bermaksiat dan sebagainya tidak terhitung dalam kategori ilmu.
Ilmu yang bermanfaat itu adalah ilmu yang diamalkan. Contoh mudah, hari ini setiap kali kita berwacana tentang agama, kita selalu menyebut nama-nama ulama silam, nama tokoh-tokoh terkenal, nama-nama seperti Imam Bukhari, Muslim, as-Syafie, Malik, Abu Hanifah, Ibnu Jarir, at-Thabari dan banyak lagi. Mereka itu adalah orang yang berilmu. Mereka tahu bagaimana hendak memanjangkan ilmu yang ada, iaitu dengan membukukan atau mengumpulkan, istilahnya sekarang kompilasi.
Tanpa usaha gigih daripada ulama silam bersengkang mata menulis kitab yang tebal dan berjilid-jilid [bayangkan ketika itu belum ada kemudahan komputer] jika mereka ada kemudahan ini, entah berapa ribu jilid yang mereka mampu siapkan!
Bandingkan dengan cerdik pandai kita yang ada, mereka yang bergelar sarjana berasa selesa dengan ilmu yang ada, mahu menyampaikan kepada orang lain pun rasa kedekut kalau tidak ada bayaran lumayan. Tempat mereka diisi pula oleh penulis yang bukan sarjana, mereka menulis berbagai topik sehingga seolah-olah mencabar kewibawaan sarjana yang ada. Mereka rasa terpukul kerana ilmunya jauh lebih hebat. Hanya sayang, tidak ada masa. Mereka sibuk di luar lapangan akademik. Mereka sibuk mengendalikan syarikat koperat, sibuk berdampingan dengan orang politik, pembesar negara, para bangsawan hebat dan akhirnya, biarlah ilmu itu terpendam begitu sahaja.
Berbalik kepada perkara pokok tadi, kita mengenang seseorang yang telah pergi, selain mengadakan majlis tahlil dengan harapan doa yang dipohonkan itu sampai kepada si mati. Setelah membaca al-Quran [walaupun hanya surat Yasin], ada tahlil, mengingatkan hadirin kepada Allah dan kebesaran-Nya, ada majlis makan-makan, kemudian semua gembira, media nasional melaporkan aktiviti baca Yasin dan tahlil itu besar-besaran, dan esok atau lusanya ada konsert hebat bagi mengenang orang yang ditahlilkan itu. Di mana yang tak kena?
Sudah tentu, ketika bertahlil, ia mengingatkan kepada kematian. Semua yang hadir termasuk yang tak tutup aurat, termasuk yang berpasangan walaupun belum berkahwin, atau masih berpacaran, begitu khusyuk menghadiri majlis itu. Ia majlis biasa dan ramai yang tidak bersedia pun. Selalunya, majlis diadakan jangan tidak dan asalkan ada sahaja. Habis majlis mengenang "kematian" yang pasti itu, kita sibuk mengatur sebuah konsert besar mengenang artis yang telah pergi.
Di sini, yang majlis itu berikan adalah sedekah bacaan al-Quran dan doa daripada para hadirin. Ilmu apakah yang memberi manfaat yang ditinggalkan oleh si fulan itu? Adakah lirik dan melodi yang ditinggalkan itu dikira sebagai ilmu yang memberi manfaat? Ya, manfaat yang duniawi, manfaat yang melekakan. Lagu dan nyanyian banyak memberi mudarat dari manfaat. Dengan sebab nyanyian dan muziklah, ramai umat mengabaikan solat, mengakhirkan waktu solat, atau pupus langsung. Bahkan yang terjadi adalah qada' solat bertali-arus. Maksudnya, dari subuh sampai ke subuh kena qada' semuanya?
Selalu orang membicarakan kedermawanan seseorang kepada rumah anak-anak yatim, rumah orang tua-tua dan sebagainya, tetapi dimulai dengan majlis hiburan dan majlis yang berunsur maksiat, atau betul-betul maksiat, derma yang dihebahkan besar-besaran. Dan dalam dunia hiburan ini, agak sukar hendak mendapatkan doa dari anak yang saleh. Orang seni bangga dengan anak seninya. Orang bangsawan megah dengan darah seni bangsawan yang mengalir. Derma cerita juga, tetapi anak beranak tidak faham bagaimana syariat Islam - mereka masih tidak menutup aurat. Mereka sayang dengan dunia artis yang tidak memberi manfaat ukhrawi itu. Mereka masih sayang kepada ketenaran duniawi.
Itulah paparan yang selalu dijaja oleh para wartawan muslim, mereka menjabarkan perbuatan baik yang hanya pada persangkaan sahaja. "Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" [az-Zumar:9]
Begitu berbahagia orang yang berilmu [istimewanya ilmu bermanfaat] kerana kedudukan mereka adalah tinggi dan terpuji. Bukan terpuji kerana lagunya bagus, menjadi sanjungan semua orang, pernah jadi Juara Asia atau Mentor, Akademi Fantasia, seperti pengertian yang difahami oleh wartawan muslim kita.
"Allah pasti akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat..."[al-Mujadilah: 11]
Berbalik kepada orang yang telah meninggal dunia tadi, kita selalunya hanya sekadar tahlilan, Yasin, makan-makan dan kemudian adakan konsert hebat yang bertiket. Adakah konsert itu akan membantu orang yang telah pergi?
Termasuk rahmat Allah kepada seseorang mukmin Dia menganugerahkan ganjaran kepada orang di alam barzah, orang yang kita kenang itu, kerana amal kebaikan yang dilakukan oleh orang lain [peminat atau persatuan] untuknya. Amal kebaikan tersebut yang kita tidak berapa kisah ialah:
Doa dan istighfar - itulah doa yang kita pohonkan untuk disampaikan kepada orang yang kita minati. Dia telah pergi mendahului kita.
Kemudian haji dan umrah - apakah ada di kalangan peminat setia yang fanatik itu menghajikan orang yang disayangi itu? Tidak terfikirpun.
Sedekah - yang ditujukan kepada orang berkenaan oleh peminatnya.
Kemudian membaca al-Quran. Setakat yang terbiasa di kalangan kita adalah membaca al-Fatehah, surat al-Ikhlas, majlis baca Yasin. Sedangkan bacaan al-Quran untuk diri sendiri pun terabai, bagaimana pula hendak diberikan kepada idola mereka yang telah pergi?
Di sinilah letaknya caca-marba yang kita megahkan. Ketika kita mengenang seseorang yang telah pergi, kita mengenang mengikut acuan Barat. Kita lebih fokus kepada majlis keramaian, majlis kemaksiatan, ada percampuran lelaki perempuan, dedah aurat, menghadirkan kalangan pondan atau orang lelaki yang meniru-niru gaya perempuan; maknanya kita terlalu fokus kepada kemeriahan hiburan. Sedangkan orang yang menjadi sanjungan peminat itu mengharapkan doa dan istighfar daripada peminatnya, mengharapkan sedekah atau bacaan al-Quran. Bolehkah kita peminat menghadiahkan nyanyian demi nyanyian hingga berjam-jam di pentas dan menari-nari?
Memanglah para wartawan hiburan Melayu memuji kehebatan persembahan itu, semuanya sudah hilang fokus. Orang yang dikenang, di alam sana bukan perlukan pujian konsert hebat, bukan harga tiket yang mahal, atau sambutan hebat dari penonton, atau ulasan wartawan hiburan yang menggebu-gebu. Kehebatan melodi sesiapa pun orang yang dikenang, orang yang telah pergi itu tidak membahagiakan sang tokoh di alam sana. Salah satu bentuk penghapusan dosa seseorang, meski telah meninggal adalah mendapatkan doa dari saudara-saudaranya [peminat fanatik] yang beriman [yang beriman sahaja, kena faham] mereka memberikan syafaat ketika masih hidup dan sesudah meninggal. Wallahu a'lam. []

Monday 25 June 2012

TV: HABISKAN MASA SESIA

SEPERTI ORANG menghitung berapa jam sehari kesesakan jalan raya perlu dihadapi, begitu sampai ke rumah, orang sudah keletihan, lalu menonton tv tanpa peduli apa saluran dan program apa pun, pandangan kosong dalam keletihan.
Berapa jam pula digunakan untuk nonton tv setiap hari, nonton program hiburan yang tak berguna, asyik dengan tarian penyanyi perempuan yang melenggang-lenggok, atau penyanyi lelaki yang lembut gemalai bak Mak Nyah, setiap hari di depan tv kita habiskan masa berjam-jam, bahkan ada yang terus nonton tv dari satu saluran ke satu saluran; kerana asyik sampai tertidur di depan tv.
Pernahkah seseorang mengira, berapa jam telah digunakan sepanjang hayat untuk menonton tv. Tak kira apa program yang anda gemar. Kalau minat nyanyian, entah berapa jam sehari digunakan untuk menyaksikan perembahan nyanyian yang ala kadar [tetapi wartawan hiburan mentah memuji persembahan itu terbaik, ada kelantangan, ada perubahan, tanpa menyedari penyanyi itu sudah menjengah angka 5 umurnya].
Begitulah, apabila saya mengikuti tazkirah di mana-mana masjid, surau atau anjuran Perkim secara mingguan, memang benar, kebanyakan ustaz tidak gemar nonton tv.
Mereka semua mengomel tentang ghairah kaum wanita terhadap program tv, termasuk budak-budak sekolah menengah, program kesukaan adalah hiburan, yang ada muzik, ada nyanyian, dan kemudian drama yang bersiri-siri, komedi tak kelakar, atau gebang-gebang bersama artis yang tidak mencanai minda penonton pun. Sama juga orang jelak mengikuti wacana agama dari Dr Mashitah Ibrahim yang mendobrak segala-galanya bagi memuaskan bosnya. Dia banyak dikritik oleh Dr Maza.
Kini, program tv memang benar-benar hambar. Bagi pendukung kerajaan memanglah seronok mendengar ucapan Najib atau menteri-menteri lain, tetapi tidakkah mereka perasan, setiap hari media yang disogokkan kepada penonton adalah cerita buruk tentang pemimpin pembangkang, cerita buruk tentang Pakatan Rakyat, manakala cerita Umno adalah hebat-hebat belaka, pendeknya semua program anjuran Umno dan BN dianggap first class belaka, meskipun ramai rakyat mencebik: "Masuk bakul bolehlah!"
Tidakkah orang menyedari berapa ramai yang mengikut berita perdana menteri? Tidak sesuai dikatakan beritga nasional, tetapi lebih wajar sebagai berita Umno. Maka mereka yang memiliki tv akan memilih untuk tutup saluran itu dan tukar tengok drama Korea atau cerita Cina. Atau tutup terus.
Tetapi sekarang, bilangan orang yang nonton tv semakin kecil. Hanya puak pendukung Umno yang tak faham bahasa sahaja menonton tv. Kalangan yang faham bahasa macam orang-orang Pas dan pendukung PR, mereka memang tak percaya langsung dengan laporan berita tv nasional. Semuanya cerita bohong, cerita yang memualkan. Menyampah betul.
Di kampung kalau saya balik kampung, anak-anak saudara yang nonton tv pasti mengomel apabila mendengar ucapan najib yang tak berisi itu. Ucapan baca teks langsung tidak memikat pendengar. Ia lebih banyak retorik politik. Tabur duit sana-sini, macam-macam dijanjikan, kepada rakyat kecil, kepada pemandu teksi, kepada ibu tunggal, kepada babi tunggal dalam hutan, kepada pelajar, kepada murid, kepada petani, nelayan, dan macam-macam taburan janji lagi. Macam janji kepada peneroka Felda, lepas tabur janji, peneroka ditinggalkan begitu sahaja, akhirnya mereka tarik balik pelaburan saham yang tak menjanjikan. Saham yang tak berguna, memenatkan, lima tahun dapat sebanyak itu sahaja.
Begitu juga cerita durian runtuh, semua sudah senyap. Peneroka makin cerdik sekarang. Apabila rakyat cerdik maka susahlah Umno hendak tabur janji, sebabnya para pemimpin Umno tidak mampu membuat anjakan paradigma yang selalu disebut-sebut. Mereka cemas kerana apa yang ditaburkan tak menjadi. Gula-gula politik makin tawar.
Setelah gagal dengan taburan janji, maka media mereka, tv mereka asyik memainkan isu Anwar Ibrahim atau Azmin Ali. Kenapa mereka tidak fokus kepada isu Scorpene yang memalukan itu? Kenapa tidak fokus kepada isu kes wang RM3 bilion yang dijanjikan berhubung pembelian kapal selam itu? Nampak benar, media perdana kita lari dari tajuk.
Tv yang ada di rumah sekarang dijejalkan dengan hiburan tidak habis-habis. Jika melanggan Astro sampaikan muak. Asyik program semacam realiti yang ditiru sana-sini, ditokok-tambah, konon itu program baru yang dapat sambutan hangat.[]

Monday 18 June 2012

MACAM-MACAM HAL PULAK DAH!Nizar: Perpecahan BN Sabah? Najib mungkin tunda PRU ke 20...

Nizar: Perpecahan BN Sabah? Najib mungkin tunda PRU ke 20...: Najib yang semakin kesuntukan masa disebabkan pilihanraya umum yang harus diadakan menjelang pertenghan tahun hadapan, telah berpaling ...

RATU SELATAN HIDUP DALAM KEPERCAYAAN UMAT

BEGITULAH yang terjadi apabila kita meneliti kepercayaan penduduk yang tinggai di kawasan pantai, sepanjang Tanah Jawa dari timur ke barat, maka setiap ruang, setiap ceruk, teluk, batu terjal dan pulau-pulau kecilnya, semua ada kisah yang dikaitkan dengan Ratu Selatan atau Kidul mengikut sebutan orang Jawa.
Pendeknya, orang mempercayai di kawasan pantai itu ada banyak gerbang. Gerbang ini adalah khayalan pencerita, meskipun tidak wujud, ia dianggap wujud berdasarkan fantasi pencerita.
Dari timur ke barat, anda akan temui berbagai bentuk cerita tentang Ratu Selatan. Meski versinya sama, ada beberapa penambahan mengikut cerita setempat. Misalnya,pantai Congot dan pantai Glagah juga ada kisah penghuni ghaib itu.
Banyak pula cerita rakyat yang dikaitkan dengan Ratu Selatan. Cerita mistik ini juga sampai ke Kuala Lumpur, menjadi kepercayaan dan keyakinan warga keturunan Cina Malaysia hasil "dakwah" daripada seorang paranormal yang mengaku pernah belajar di Cirebon dan pernah memasuki istana Ratu Selatan itu.
Ketika kerabar Istana seperti Paku Buwono XIII Hangabehi bertikai dengan Tedjowulan, mereka juga saling berpakat untuk pergi ke pantai selatan bagi mencari ketenangan.
Kedua tokoh ternama dari istana itu pergi bertapa mencari ketenangan batin di pantai menghala ke selatan. mereka melakukan tapa semedi di Cepuri Rarangkusuma.
Kenapa ke situ? Ia diyakini sebagai tempat pertemuan Senopati, anak raja Mataram dengan Ratu Kidul. Hanya sayang di Gunung Ledang, Hang Tuah tidak bertemu pun dengan puteri gunung. Dia hanya bertemu dengan Nenek Kebayan. Untuk mengindahkan cerita, dikatakan nenek itu adalah jelmaan puteri gunung itu yang sebenarnya.
Berbalik kepada cerita di Pantai Selatan tadi, ketika berlaku pertikaian tentang istana, kerabat raja memilih untuk duduk menyepi di tepi laut. Ia ada kaitan dengan semangat Ratu Selatan yang dikatakan masih hidup hingga sekarang.
Mereka ke pantai pada waktu malam. Kalau boleh senyap-senyap dan jangan ada protokol semua. Malam hari dipilih kerana keduanya hendak melakukan ritual atau upacara yang sudah jadi kebiasaan keturunan mereka turun temurun. Suasana ketika itu tenang dan mereka akan lebih kusyuk. Orang fikir untuk solat sahaja perlu kusyuk, tetapi untuk melakukan semedi yang bersifat pengaduan kepada makhluk halus, juga perlukan kekusyukan.
Dalam keadaan kusyuk itu konon akan berlaku kontak batiniah antara  anak raja ini dengan Ratu Selatan. Lagipun menurut keyakinan istana, Ratu Selatan adalah "backing" kepada istana. Jika ada apa-apa hal perlu dirujuk kepada Ratu Selatan. Terpulang sama ada dia mendengar atau tidak.
Hanya istana yang ada kaitan dengan kerajaan Mataram kuno sahaja yang masih ada kaitan dengan perempuan mistik dalam laut ini.
Pendeknya apabila berlaku kekecohan di istana, pertikaian tentang hal adat istiadat umpamanya, maka mereka akan membawa kepada laut di selatan itu.
Mereka melakukan ritual semedi dan pengaduan  bagi mendapatkan petunjuk [?] agar situasi di istana kembali pulih. Dan diharapkan mereka semua akan berbaik-baik dan tidak kecoh.

CEPURI PARANGKUSUMA
Nama Parangkusuma sejak dulu lagi memang dikenal sebagai tempat bersemedi raja-raja Jawa Mataram. Di tempat itulah konon Senopati orang yang mengasaskan kerajaan Mataram  bertemu dengan perempuan jin yang tinggal di laut.  Mereka kemudian membuat perjanjian ghaib yang dikenal sebagai Perjanjian Abipraya.
Apa isi perjanjian lisan itu?
Ratu Selatan berjanji akan membantu raja Mataram mengawal negerinya dari gangguan musuh. Puteri itu memiliki bala tentera dari keturunan jin, lelembut dan semua makhluk halus yang ada. Jadi, kalau ada negeri lain hendak menyerang Mataram, ketumbukan tentera Mataram termasuklah paa jin, gergasi, peri dan lelembut yang berkeliaran. Bayangkan betapa hebatnya perang ini.
Kemudian, bagi memenuhi syarat itu Senopati dan keturunannya yang menjadi raja di Jawa akan menjadi suami mistik kepada Ratu Selatan secara ghaib. Suami mistik ini tidak dapat digambarkan bagaimana ceritanya.
Tempat perjanjian itu di Parangkusuma. Di tepi laut itu ada lokasi yang dianggap tempat sebenar pertemuan Senopati dengan Ratu Selatan. Walaupun cerita ini macam dongeng, dan saya pertama kali mengesannya di dalam teks BABAD TANAH JAWA [terbitan DBP], ditegaskan lagi oleh paranormal yang mempunyai murid yang mengadakan kontak batin dengan perempuan mistik Laut Selatan itu, maka kisah ini jadi berangkai-rangkai dan panjang.
Di istana Jawa juga ada tempat semacam takungan air untuk mereka mengadakan pertemuan mistik. Di situlah ritual mistik dilakukan jika sekiranya tidak pergi ke tepi laut. Dekat kolam itu ada tempat menyimpan barang-barang pusaka berupa besi pamor yang digunakan untuk campuran besi menempa keris pusaka.
Takungan air ini dianggap keramat dan rahsia. Orang ramai tidak boleh masuk ke situ. Ia khas untuk raja di istana. Di situ juga ada sebuah "masjid" yang dipanggil Pujosono, hanya orang tertentu sahaja. Kalau masjid untuk orang berjemaah, tetapi ia hanya tempat semedi atau duduk menunggu sesuatu.
Begitulah sekelumit catatan tentang Ratu Selatan yang masih hidup dalam kepercayaan umat di Pulau Jawa. Ia bertambah hidup kerana istana raja sendiri menganggap ia perlu disantuni dan ada kontak batin ketika ritual dilakukan secara kusyuk [semak juga majalah LIBERTY, ed.2487, 2012, Jakarta].

KEMAHIRAN BUANG SAKA DIPERLUKAN

JIKA terlalu ramai memiliki saka, maka kemahiran membuang saka perlu dipelajari. Saka yang ada hari ini adalah saki baki belaan nenek moyang yang tidak dipedulikan oleh warisnya. Pemilik saka pula ada yang mendiamkan diri dan tidak mahu memberitahu kepada warisnya bahawa ada saka yang ditinggalkan.
Mungkin pemilik saka, iaitu datuk atau nenek kita itu segan hendak beritahu kepada cucunya bahawa dia mempunyai saka.
Sebabnya, perkataan saka itu sendiri sukar hendak diterangkan. Ia tidak seperti kerbau, lembu atau kambing. Tidak seperti cindai, pending, pedang, mata tombak atau keris.
Bagaimana hendak menerangkan kepada cucu yang masih kecil atau awal remaja tentang saka atau jin?
Cucu tidak melihat makhluk itu, dan hanya diberitahu oleh datuk atau nenek sahaja.
Begitulah yang terjadi di Kedah, ada seorang bapa yang terlalu taksub dengan kemelayuannya, taksub dengan silat sebagai salah satu seni mempertahankan diri.
Asal-usul silat sendiri tidak begitu jelas kepada orang Melayu. Begitu juga perihal Tuah lima sahabat yang konon pandai bersilat. Itu hanya cerita.
Sampai kepada mahaguru silat, cerita ditokok tambah, apa lagi kalau murid persilatan itu sudah dinasihatkan agar patuh dengan ajaran gurunya, tidak membantah, kena yakin dengan kata-kata gurunya, jika tidak demikian dia tidak layak dipanggil Mahaguru.
Selain taksub dengan persilatan, hingga sanggup belajar di beberapa perguruan, lelaki ini sibuk mencari benda-benda mistik macam keris, dan senjata lama yang konon boleh memantapkan lagi seni persilatannya.
Orang yang aktif dalam persilatan, menjadi tenaga pengajar selalunya dihormati oleh muridnya. Cakap-cakap murid menguatkan lagi akan kehebatan sang guru. Maka guru itu disegani, ditakuti dan tak berani bertentang mata.
Rupa-rupanya, kehebatan guru tadi bukan kerana seni silatnya, tetapi dia menggunakan dampingan berupa jin, yang entah ada berapa ekor di sekitarnya.
Memang ada orang yang kemaruk menakut-nakutkan orang, supaya diri nampak gagah, hebat, digeruni, sebagai mahaguru silat dengan berbagai nama. Hanya sayang sekali, kehebatan itu bukan paparan diri yang sebenar. Sebaliknya dia dibantu oleh saka atau jin yang menyebabkan dia digeruni, disegani, ditakuti, nampak hebat, gagah, padahal dia tidaklah gagah mana pun!
Apabila orang yang digeruni ini meninggal dunia, jin yang mendampingi dirinya sudah kehilangan tuan. Ke mana dia hendak mengadu nasib?
Jin yang ada di rumah pusaka itu mula mengganggu anak, menantu dan cucu. Penghuni rumah akan diganggu dengan penyakit misteri atau pengalaman misteri. Suka meracau pada waktu malam. Mata terbeliak tak boleh tidur. Entah program televisyen apa semuanya hendak ditonton.
Peliknya jin saka kepunyaan datuk yang sudah meninggal tidak muncul di depan anak dan menantu, sebaliknya jin itu muncul di depan cucunya. Jin itu muncul dengan menyerupai datuk yang telah meninggal dunia.
Kalau nenek yang mempunyai saka, maka kelibat neneklah yang muncul di depan cucu. Saka sengaja memilih kanak-kanak, kerana kefahaman budak berbeza dengan orang dewasa. Orang dewasa melihat kelibat datuk atau nenek di rumah sudah tentu akan dibalas dengan bacaan perlindungan dan pengusiran makhluk halus.
Sebaliknya kanak-kanak dia tidak memahami keadaan sebenar. Penampilan datuk yang sudah meninggal dunia dianggap benar. Di sinilah jin berjaya memainkan peranannya menipu kanak-kanak, iaitu cucu kepada pemilik saka.
Dia sengaja berbaik dengan kanak-kanak itu kerana berharap suatu masa nanti, kanak-kanak itu akan menjadi tuannya. Saka perlukan tuan baru. Kanak-kanak ini yang dipilih menjadi warisnya.
Budak yang diganggu jin saka tidak boleh tidur malam. Dia suka bermain-main kerana saka datuk yang telah meninggal itu berada di rumah. Dia boleh bermain-main dengan cucu. Itu hanya penyamaran. Dia bukanlah datuk yang sebenar, hanya dia menyerupai wajah dan bentuk badan datuk. Bagi kanak-kanak, dia tetap percaya, bahawa datuklah yang datang setiap malam untuk bermain-main dengan cucunya.
Sebagai pesilat tersohor di kampung pada masa dulu, dia ada menyimpan beberapa bilah keris. Peliknya keris itu salah satunya boleh bertukar tempat. Ia inginkan perhatian. Bermakna saka itu tinggal di bahagian keris yang istimewa itu.
Begitu juga kehadiran saka ditandai dengan bau-bauan yang biasa dipakai oleh tuannya dulu. Jika dulu dia suka bakar kemenyan maka bau-bauan itu muncul lagi. Kalau datuk suka bersilat maka, di tengah malam akan kedengaran suara orang berpencak di halaman rumah. Semua ini adalah gara-gara saka tunjuk perasaan dan ingin perhatian.
Selagi tidak dipedulikan, saka akan mengganggu isteri dan anak pemilik saka. Kerana saka, seseorang boleh jadi macam orang tidak siuman. Termenung sana, termenung sini. Malam-malam boleh meracau. Semua ini adalah gangguan saka. Saka ingin perhatian daripada pewaris yang ada.
Jika orang tidak ambil peduli tentang saka, maka ramailah yang menganggap ia penyakit buatan orang. Memanglah buatan, tetapi buatan saka atau jin peliharaan datuk atau nenek kita dulu.
Dengan sebab itu, sekarang sudah ramai ustaz yang berpendidikan tinggi menceburkan diri menjadi mualij, menawarkan solusi kepada mereka yang menghadapi masalah saka, gangguan jin, saka dan sebagainya.
Jika tidak memahami fenomena ini, orang yang diganggu hanya mendapat rawatan psikiatri dan menelan ubat penenang dan sebagainya. Pihak perubatan moden tidak dapat mengesan saka.
Saka sebenarnya adalah jin yang diwarisi dari generasi terdahulu setelah mereka membuat perjanjian lisan bahawa seseorang itu sedia mengambil jin sebagai dampingan bagi tujuan tertentu.
Dan dalam perjanjian itu yang biasanya dibimbing oleh perantara, yang mungkin seorang paranormal, dukun atau pawang. Tuan yang ingin memelihara jin perlu melayani jin seperti anaknya sendiri.
Disebabkan jin berada di dimensi yang berlainan, tidak dapat dilihat, maka kehadirannya dapat diketahui oleh tuannya. Itulah kelebihan yang ada setelah perjanjian dibuat di antara jin dengan manusia dan disaksikan oleh dukun yang berperanan sebagai perantara.
Kenapa orang perlukan jin sebagai belaan?
Pada masa silam, jin itu ibarat pengawal keselamatan. Dia menjaga keselamatan tuannya. Jin boleh menjaga keselamatan rumah dengan cara menampilkan diri di halaman rumah dengan kelibat menyerupai tuannya. Padahal ketika itu tuannya sedang tidur.
Jin juga boleh menyamar sebagai haiwan yang menakutkan, harimau putih atau belang, mengikut perjanjian yang dibuat.
Apabila penampilan tuan rumah selalu dilihat orang sekeliling, atau ada penampilan haiwan yang memelikkan, maka tuan rumah akan digeruni jiran-jiran.
Dia pun boleh menjadi guru silat yang digeruni, dia boleh mengubat orang dengan menggunakan bantuan jin, dia juga dianggap hebat oleh jiran sekeliling.
Namanya akan masyhur kerana kepandaian yang ada. Dia juga boleh berpura-pura pintar meramalkan empat nombor, menilik tiket jackpot, tiket sijil simpanan premium dan sebagainya. Akhirnya orang datang ke rumah tidak henti-hentinya.
Semua yang datang tidak tahu, bahawa orang yang dikunjungi itu mempunyai dampingan jin. Jin itu setia kepada tuannya. Apabila tuannya meninggal dunia, jin itu kehilangan tuan. Kepada siapa hendak mengadu?
Hanya anak, menantu atau cucu sahajalah harapan terakhir saka tadi [berdasarkan laporan HARIAN METRO, Sabtu, 16 Jun 2012].

Sunday 17 June 2012

MASIH BANYAK ILMU UNTUK MENGENAKAN ORANG DIPELAJARI

Hasil dari pengamatan dan pembacaan, ada beberapa kesimpulan yang boleh diambil. Iaitu:

DUKUN SANTET/SANTAU
Masih ada orang yang sanggup melakukan perbuatan jahat, meskipun tahu apa hukumnya, masih ingin berjumpa dukun bagi mengenakan ilmu santet kepada seseorang. Ia semacam santau. Jika anda dendam dengan seseorang dan ingin memberikan pengajaran tetapi tidak sampai membunuhnya, maka Mustika Santet boleh diperoleh untuk dikenakan kepada seseorang. Mustika ini hanya menggunakan media sebiji terung, yang ditujukan kepada seseorang. Dengan melakukan sesuatu ke atas terung di tangan, maka konon orang yang dituju akan terasa sakitnya.

TELAN KAPSUL PUKAU
Ada pula ilmu untuk memukau orang sampai mereka tertidur, caranya mudah, tidak perlu baca buku tebal atau ilmu sebeban, tetapi cukup dengan menelan "kapsul" Mustika Hipnotis. Setelah ditelan, anda boleh menidurkan orang, membuatkan orang tak tentu arah, bingung setelah kena asap rokok. Banyak cara boleh dibuat, ada yang lempar batu kecil, senyuman bermakna, bersalaman dan sebagainya. Konon dengan ilmu pukau ini mangsa akan ikut sahaja apa yang anda mahukan.

MUSTIKA QARUN
Untuk orang yang banyak hutang, dan ingin selesaikan hutang dalam masa seminggu lebih, Mustika Jin Qarun akan dibekalkan kepada anda. Ia seperti Mustika Bumi yang juga ampuh untuk mereka yang menghadapi masalah hutang. Nama Qarun juga dijadikan daya tarik untuk sebuah ilmu kaya, dikatakan anda akan jadi seperti Qarun, kaya raya, tujuh keturunan tak habis, bayangkan! Mustika Qarun, walau tak ada korban atau tumbal negatif terhadap anda, tetapi anda kena sediakan sajian sebulan sekali, kalau cuai, harta yang ada lenyap semuanya. Hebat!

SAHABAT JIN
Kepada sesiapa yang suka berkawan dengan jin, maka ada orang pintar sediakan Mustika Jin Habib, konon dengan mustika ini anda akan didampingi jin khadam jenis putih dan hitam. Boleh diajak berbual-bual, dan boleh diminta membantu anda untuk mengenakan pelet kepada gadis idaman [atau lawannya], boleh diajak untuk meraga sukma [merayau di alam mistik], hipnotis [pukau], kebal dan pelarisan.

PEREMPUAN JIN
Mustika Ratu Selatan atau Ratu Kidul. Banyak dukun mendakwa mempunyai ilmu atau benda-benda mistik yang dikaitkan dengan nama Ratu Kidul. Kebenarannya tidak dibuktikan lagi, tetapi menurut yang empunya ilmu, siapa memiliki akan didampingi khadam jin atau tenteranya Ratu Kidul bagi keperluan apa sahaja, tetapi hanya kepada orang tertentu sahaja.


IBLIS
Ada juga yang menyediakan Mustika Ifrit, nama iblis yang dibenci lagi dilaknat. Ini pegangan kepada sesiapa yang ingin kesaktian yang tiada had. Ada doa kunci dibaca dan terus jadi. Anda boleh melihat alam mistik ghaib rendahan, boleh tengok jin, boleh panggil jin, toyol, dan sahabatnya. Dengan ilmu ini juga boleh memelet orang lain, boleh memukau orang, boleh menyantet seseorang yang dibenci, boleh buat azimat dan tangkal, pendeknya sesiapa yang memiliki mustika ini dia menguasai dunia mistik.

Begitulah, antara lain ilmu mistik yang ditawarkan oleh seorang pintar kepada peminatnya. Di antara sekian banyak ilmu, masih ada ilmu yang mahu menganiaya orang secara ilmuan, masih ada orang yang kemaruk dengan ilmu-ilmu yang menggunakan makhluk halus seperti jin dan khadam yang bukan-bukan.
Kesimpulannya, hanya orang yang berilmu sahaja dapat membezakan sesuatu itu ilmu yang haq atau ilmu yang batil. Saya tak mahu komen lebih-lebih. []

Friday 15 June 2012

PASAR KARAT MAKIN MERIAH

SUDAH LAMA SAYA tak jenguk pasar karat lorong Petaling Street, di Kuala Lumpur. Mungkin bagi orang luar, nama pasar karat ini tidak ada apa-apa makna. Pasar karat ini statusnya seperti pasar harian di Lorong Kulit, George Town, Pulau Pinang, atau pasar karat di Ipoh, Perak.
Dengan kata mudah, ia adalah tempat orang berniaga barang-barang lusuh, barang-barang lama, barang antik, barang boleh dibaiki, atau sekadar mencari spare part untuk benda-benda tertentu. Di sini tidak ada spare part Ferari, Lumborghini, kerana wadah pasar karat untuk orang-orang biasa.
Lorong ini sudah saya jenguk sejak tahun 80-an lagi. Dan sejak itu saya kerap menjenguk pasar karat untuk mengetahui apa perkembangan terbaru.
Dari lorong ke lorong sudah dihafal siapa yang berniaga di situ.
Walaupun kerap masuk ke situ, saya hanya tertarik untuk membongkar buku-buku lama jika ada yang sesuai untuk digapai dan digarap isinya.
Kini, peniaga pasar karat makin bertambah. Ruang niaga di lorong sudah penuh, maka peniaga terpaksa berniaga sementara dalam waktu terhad di Jalan Sultan.
Paling banyak penjual pakaian, baik yang terpakai, bundle atau pakaian baru harga murah. Ada juga yang menjual peralatan sukan, beg, CD lama, laptop, kamera digital, cincin, batu akek, jam tangan, kain selimut, kasut berbagai jenama, termasuk yang baru, dan yang menariknya ada peniaga menjual akhbar terbitan luar negeri zaman perang dunia dulu.
Kalau yang gila gajet telefon tangan, maka lorong ini pun sedia melayani anda. Di lorong ini juga masih ada apek yang menjual ubat perangsang seks yang kotaknya memaparkan gambar berahi.
Ini belum lagi seorang lelaki keturunan India yang kerap merapu, menjual video lucah.
Kelompok peniaga dari Indonesia pula menjual makanan haiwan, ubat gigi, shampoo dan sabun. Bermacam cokelat dan gula-gula yang tidak diketahui tarikh luputnya.
Ada juga yang menjual minyak panas untuk urut. Menjual kuih-muih.
Pasar karat ini tidak menentukan apa barangan yang hendak dijual. Apa sahaja yang boleh dilambakkan, maka terpulang kepada sesiapa untuk mendapatkan benda lambakan.
Biasanya pasar karat meriah pada hari Sabtu dan Ahad. Inilah masa yang paling sesak dan sendat. Pelancong sesat pun ada di situ.
Kalau ingin mencari kawan-kawan lama pun boleh jenguk lorong ini. Namun, pengunjung yang paling ramai adalah orang Malaysia. Meski Nepal, Bangladesh ramai di kawasan sekitarnya, mereka tidak berminat masuk ke pasar karat. []

BELAJAR JADI PENCURI: AJIAN SIREP BEGANANDA

Bagi sesiapa yang sudah bosan hidup susah dan ingin jadi pencuri atau jadi maling kata orang, maka anda perlu belajar ilmunya terlebih dulu. Setelah anda mahir, baharulah teruskan projek anda. Kalau dapat certificate bahagian pemalingan atau bersifat ajian, bererti anda telah mendapat kelulusan setaraf diploma pencuri, atau diploma sirep begananda.
Bukan senang nak masuk kolej bahagian pencurian ini.
Sebab, anda perlu belajar ajian ini sampai lulus. Setelah lulus baharulah anda dibenarkan melakukan pencurian di mana-mana lokasi yang difikirkan wajar.
Tetapi ingat, setelah malam, keadaan tenang, baharulah anda melakukan operasi anda. Kepandaian anda dengan ilmu ini adalah menyusup ke dalam rumah tanpa diketahui isi rumah.
Apa ilmu anda?
Inilah ilmu atau ajian sirep begananda. Ketika anda masuk rumah untuk mencuri harta dalamnya, kalau penghuni tengah tidur, mereka terus tarik selimut, kalau tengah duduk baca Utusan Meloya, bertambah loya dan mengantuk.
Kalau terjadi begini, bermakna ilmu ajian sirep itu sudah menjadi.
Tetapi sebelum mencuri, anda perlu menjalani puasa mutih selama 21 hari atau 40 hari. Inilah amalan karut yang paling payah. Puasa mutih ini bukan ajaran Islam, buat perkara bid'ah begini langsung tak dapat apa, dosa sahaja yang dapat kerana membuat amalan bid'ah yang tidak diajar oleh sesiapa pun, kecuali Tuk Guru yang belajar ilmu Kejawen.
Puasa mutih ini apa sebenarnya?
Ia adalah puasa dengan hanya makan nasi putih segenggam dan minum air mineral segelas. Boleh makan segenggam atau sekepal pagi dan sekepal petang menjelang berbuka. Minum air putih atau mineral. Dan pada masa puasa karut ini, anda kena baca mantera yang bertemakan pengharapan dengan niat melakukan mutih, agar badan jadi suci bersih, suci seperti bayi yang baru lahir, dan semua yang dilakukan ini kerana gusti Allah.
Setelah puasa mutih paling kurang 21 hari, anda perlu melakukan pati geni pula selama 3 hari atau 7 hari.
Sanggupkah pati geni?
Maksudnya anda tak boleh keluar rumah. Duduk dalam bilik bergelap, jangan pasang lampu. Jika ingin buang air lakukan dalam bilik [justeru persiapan tandas telah disediakan awal-awal]. Tidak boleh tidur. Suka hati hendak buat apa dalam gelap, mulakan pati geni dengan niat.
Kenapa kena puasa semua?
Menurut kepercayaan kejawen, puasa ini untuk mendapatkan ilmu [duniawi dan karut marut]; untuk mensucikan batin atau qalbu. Supaya ilmu ghaib bermunculan dari dalam tubuh apabila diperlukan. Puasa mutih ada kesan kepada tubuh pengamal, ia akan memperoleh tenaga ghaib dari dalam badan atau yang datang dari luar badan.
Untuk memantapkan ilmu sirep begananda atau ilmu PUKAU ini penuntut ilmu kena baca mantera dalam bahasa Jawa.
Misalnya:
Hong ingsun amatek ajiku sirep begananda kang ana indrajit, kumelun ngelimuti ing mega malane bul peteng dhedet alimengan upas racun dari besi, pet pepet kemput bawur wora wari aliweran tekane wimasara, kang katempuh jim setan peri prayangan, gondruwo, jalma manugso tan wurung ambrok lemes wuto tan bisa kreket, blek sek turu kepati saking kersane Allah.
Mengikut sumber wongalus, 2009, ketika membaca ajian itu, pengamal atau bakal pencuri kena berdiri di depan rumah sasaran, setelah baca mantera, tunggu sebentar...kenapa?
Menurut ceritanya, khadam pendamping sedang mengatur rencana ketika itu. Khadam itu konon akan turun untuk mengelilingi orang yang baca mantera.
Konon ketika itu dia memanggil khadam untuk melindungi sekelilingnya:
"Hong Mret Mret
 Nuli Tumungkul Ing Pratiwi."
ARAHAN: HENTAK KAKI KE TANAH [3 kali] TANPA NAFAS.

Mungkin inilah ilmu yang diamalkan oleh kalangan pencuri yang berupaya masuk ke rumah orang tanpa disedari. Orang kita selalu menyebutnya PUKAU. Nampak orang masuk, tetapi tidak dapat buat apa-apa. Diam dan melayan sahaja orang itu minta itu dan ini.
Konon ketika ilmu itu beroperasi sepenuhnya, pelaku diselimuti oleh khadam dampingan. Dengan sebab itulah pencuri boleh meneruskan hajatnya.
Ini adalah contoh sebuah ilmu untuk jadi pencuri. Ilmu ini banyak dipelajari orang untuk memukau mangsanya. []

Autokrasi politik Tun Dr Mahathir - Kerabu Bersuara

Autokrasi politik Tun Dr Mahathir - Kerabu Bersuara

SIAPAKAH PEMIMPIN BISEKSUAL?

ORANG MELAYU sekarang cukup bijak. Melihat penampilan seseorang sahaja mereka sudah tahu seseorang itu biseksual atau tidak. Kepandaian Melayu yang hebat ini hanya terjadi pada tahun 2012 sahaja.Sebelumnya, hanya cerdik pandai yang ada title Dr sahaja berani berbicara tentang biseksual, sekarang, anak muda, budak jalanan, budak kaki demonstrasi pun sudah pandai.
Kepandaian orang Melayu sejak mutakhir cukup mengkagumkan. Mereka tidak perlu menjalankan kaji selidik yang memakan masa. Mereka hanya main borong sahaja.
Mana-mana orang yang tidak disukai, mereka akan dituduh sebagai kaki perempuan, kaki main belakang, atau dengan istilah yang agak cantik biseksual. Sapu dua-dua sekali.
Sebenarnya, istilah ini dimainkan oleh sebuah parti politik Melayu yang sudah ketandusan idea.
Mereka sebenarnya takut jika pemimpin yang dipuja, dipuji, disanjung dan entah apa-apa lagi itu kenistaan yang dilakukannya diperkatakan orang. Tidak diperkatakan dalam negeri, laporan dan berita tentang pemimpin sanjungan itu bertebaran di luar negeri. Kini tidak dapat dikawal lagi.
Setelah mendapati pemimpin sanjungan imejnya jatuh begitu teruk di mata dunia, maka di dalam negeri cuba membina imej. Pereka imeh mereka tidaklah hebat, mereka masih bermain dengan cerita lama iaitu seksual.
Orang Melayu cukup kemaruk dengan cerita seksual. Tengoklah cerita orang tangkap khalwat pun dibesar-besarkan, terutama yang melibatkan orang kecil, akan tetapi kalau orang besar, pihak media cuba melindungkan nama besar itu. Itupun tengok kepada apakah tokoh itu mahu dinaikkan imejnya di dalam kerajaan atau tidak.
Kini, disebabkan imej pemimpin sanjungan telah terpalit dengan kes pembunuhan, kes menghapuskan data kemasukan imigresen, menjual rahsia pertahanan negara, dan cerita komisyen RM3 bilion masih berlegar-legar lagi di ruang media.
Maka para pendukung pemimpin yang dikatakan hebat itu terpaksa bermain soal biseksual. Siapakah pemimpin yang dituduh sebagai biseksual itu?
Dia tidak lain adalah Anwar Ibrahim, pemimpin pembangkang yang sedang menonjol dan dijangka akan naik di persada politik dunia. Imej Anwar sedang meningkat, lagi banyak tekanan dan hinaan dikenakan kepadanya, lagi melonjak namanya menjadi sebutan. sebaliknya, nama saingannya terpalit oleh kes yang memalukan, salah guna kuasa yang maha besar. Hanya dia masih dilindungi oleh pemerintah yang masih berkuasa, dan apabila pemerintah yang ada hari ini tersingkir, maka dia akan tahu bagaimana nasibnya nanti.
Bukan nasib dia sahaja, malah nasib orang-orang di sekelilingnya. Bahkan mantan pemimpin tinggi juga dalam keresahan jika benar Pakatan Rakyat akan mengambil alih teraju pemerintahan negara. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan.
Suasana politik hari ini telah jauh berubah. Barisan Nasional masih mengalunkan lagu lama. Dan dia  di antara lagu yang disenangi adalah cerita seks. Orang Melayu sudah kehilangan deria rasa malu. Tidak ganjil lagi orang Melayu bercakap tentang organ seks lelaki dan perempuan. Tidak segan menceritakan perlakuan seks oral, kalau boleh dipaparkan dan diterangkan secara terperinci.
Salah satu bentuk keganjilan dalam jati diri orang Melayu hari ini adalah tidak ada rasa malu. Mereka seronok jika dituduh kaum gila seks. Budaya Melayu telah memasukkan ciri baru dalam lapangan seksual, iaitu Melayu perlu tahu bagaimana amalan liwat itu dilakukan, bagaimana amalan lesbian dipraktikkan, dan bagaimana kita harus menggalakkan rakyat tua muda meminat biseksual.
Begitulah gambaran apabila dengan semena-mena akhbar Utusan Malaysia menjadi pelopor dalam perkara seksual. Sejak tahun 1989 dan berikutnya, cerita seks masih merupakan topik yang digemari umat Melayu.
Cerdik pandai agama dalam kelompok kemelayuan ini tidak berani menegur para pemimpin dan orang-orangnya bercakap tentang seks secara terbuka.
Hari ini, kaum Cina dan India berani menegur orang Melayu kerana tidak berbudi bahasa, suka mencarut, suka berkata lucah, suka menyebarkan video lucah dan suka kepada kelucahan. Ketika di satu pihak bercakap tentang Islam dan mencegah kemungkaran, di satu pihak menceritakan tentang adegan seks seseorang walaupun dalam bentuk fitnah dan rekaan, ia dianggap benar.
Semua ini semata-mata politik dangkal orang Melayu. Orang Melayu menjelang 2012 dan berikutnya semakin merosot nilai-nilai peradabannya. Mereka berasa lunak mencerca seseorang, mengaaibkan orang lain, padahal yang diaibkan itu dulu adalah pemimpinnya sendiri.
Menariknya, ada dua pola yang menggemari seks biseksual iaitu kelompok di pihak pemerintah yang kekeringan idea, dan menjadikan ia sebagai perisai agar cerita kapal selam dan Altantunya tidak merebak.
Mereka tetap gunakan isu seksual meskipun mahkamah telah membuktikan bahawa liwat I dan II hanya fitnah dan rekaan kerajaan Barisan Nasional yang menggemari biseksual sebagai topik baru dan menarik.
Kini cerita apa pun tentang biseksual yang dilemparkan kepada Anwar sudah tidak laku lagi. Orang yang empunya diri, terlalu penyabar, kalau orang lain mungkin hidup tertekan, murung, malu keluar di depan ramai, malu berpolitik, sebaliknya Anwar, membuktikan dia bangkit daripada segala celaan dan nistaan. Dia bangkit dan bakal menggugat orang yang menggalakkan orang Melayu mempelajari apa itu biseksual.
Siapa sebenarnya yang biseksual?
Golongan yang biseksual ini biasanya kalangan anak muda. Mereka yang hidup bebas, tidak  ada pasangan hidup. Ada juga lelaki berusia yang langsung tak peduli dengan agama, mereka memilih untuk menjadi gay pada waktu tertentu dan menjadi lelaki biasa dalam masa yang lain. Itulah biseksual. Kaum perempuan pun sama juga, bilangan yang cenderung kepada seks bebas, ditandai dengan watak remaja perempuan berpakaian jantan, pengkid, remaja wanita mempunyai kekasih wanita juga, hubungan pengkid dengan remaja wanita ini melibatkan skandal lesbianisme yang sebenar.
Jika lelaki dengan lelaki, mereka mungkin berhibur di kelab gay, mencari pasangan untuk memuaskan nafsu. Selalunya mereka suka melakukan seks oral, menikmati rabaan tubuh sesama jantina, dan ada yang mengakhiri  adegan itu dengan melakukan liwat.
Sebenarnya tuduhan terhadap Anwar hanya bersifat tuduhan yang menjerumuskan penuduh masuk ke kancah dosa besar. Siapa sahaja yang bercakap tentang liwat melibatkan Anwar, maka mereka bertanggungjawab menanggung dosa itu selagi Anwar tidak maafkan. Termasuk yang paling berdosa dalam bab ini adalah wartawan penyiaran, wartawan akhbar yang selalu fokus terhadap isu seks melibatkan Anwar Ibrahim. Orang ini, dosanya tidak akan diampuni selagi tidak berjumpa Anwar dan menerangkan siapa dirinya, dan apa dosa yang telah dilakukan.
Kita jangan fikir mudah menuduh orang sebagai biseksual. Tanyakan kepada diri anda dulu. "Sanggupkah aku dituduh sebagai gay? Biseksual? Lesbian? Dan macam-macam tuduhan?"
Nah, jika anda tidak sanggup bertaubatlah sekarang. Bertaubat dan tak akan mengulangi lagi, Tidak akan ikut tunjuk perasaan dan membawa sepanduk menuduh Anwar biseksual dan sebagainya. Selagi anda tidak berjumpa secara peribadi, maka anda menanggung dosa itu.
Nampaknya ahli-ahli Umno baik yang tua dan muda memang tahu apa cerita sebenar Anwar. Ia adalah cerita rekaan, menurut kerangka pemimpin atasan. Mereka tidak berani berkata tidak.
Mengapa memilih tercebur dalam perlakuan dosa dengan menjadi ikut-ikutan?
Kini, tanyakan kepada diri anda sendiri. Tahukah anda bagaimana seseorang yang biseksual? Sudah tentu anda tidak dapat jawab. Kecuali anda dalam kelompok yang sama. Orang yang menuduh seseorang itu gay, bermakna dia pernah masuk ke lokasi kumpulan gay. Jangan berpura-pura nak ambil tahu, atau nak menyiasat sebagai wartawan, mungkin wartawan gay pun ramai, hanya mereka tidak menulis perihal diri mereka, mereka hanya fokus kepada orang lain. Gay wartawan jenis ini lagi berat beban dosa yang dipikulnya.
Ingatlah, sesiapa pun tidak tahu seseorang itu biseksual atau tidak selagi orang yang menuduh tidak tidur sekatil dengan orang itu. Ingat. Biseksual tidak boleh dibuktikan, kecuali anda juga telah menyertai kelompok yang sama. Setelah mengetahui anda juga biseksual, maka anda hendak menyalak menuduh orang lain?
Inilah perangai yang ada di kalangan umat Melayu.
Mungkin mereka yang kecanduan berkawan dengan perempuan lembut termasuk dalam kumpulan ini. Mereka adalah penggemar anal seks, mereka juga gemar oral seks, dan mereka juga gemar mencarut, gemar kelucahan, suka video seks, ada menyimpan video seks dengan bermacam ragam dari berbagai penjuru alam.
Secara nyata, sesiapa yang menuduh orang lain gay, dia juga adalah gay. Siapa tuduh orang lain biseksual, orang yang menuduh juga ada biseksual perangainya. Gay, lesbian atau biseksual tidak siapa ketahui kecuali orang yang menuduh juga termasuk dalam kumpulan itu.
Senang cakap, apabila anda cenderung dengan video seks, hingga sanggup merakamkan dan membuat salinan dan dijaja untuk menjatuhkan seseorang, maka diri anda sebenarnya adalah orang yang ketagihan seks di luar tabii. Anda tidak akan bercerita tentang si fulan dan si fulan terlibat skandal liwat, lesbian atau sebagainya jika anda tidak memasuki wilayah itu.
Akhirnya, sebagai nasibat, jika anda TIDAK SUKA diri anda dituduh dengan bermacam tuduhan yang merendahkan moral, maka begitu juga orang lain. BERTAUBATlah. Buang prasangka buruk yang bersarang dalam minda anda. Cukuplah sudah bermain dengan isu seks yang tidak habis-habisan. Ia merendahkan moral anda, merendahkan moral Melayu, jika anak muda Umno yang ketagih, ia merendahkan moral mereka, dan ia tidak akan jadi parti yang kuat di masa depan kerana telah luruh martabatnya, telah hancur kerana terlalu banyak noda yang telah dilakukan.
Jadi, siapakah pemimpin yang biseksual itu? Mahukah para pemimpin Umno mengisi ruang kosong bagi mendapatkan jawapannya? Jika Umno tidak mahu, begitu juga Pakatan Rakyat. Senang cerita, jika anda tidak suka dikata lelaki gay, janganlah menuduh orang lain gay. Jika anda tidak suka dikata anda seorang biseksual, maka mulai sekarang jangan ikut-ikutan menuduh orang lain biseksual.
Kesimpulannya, sesiapa yang melemparkan tuduhan bahawa seseorang itu itu biseksual atau melakukan seks di luar tabii, bererti mereka sendiri terlibat dalam salah satu skandal tidak bermoral itu. Jika tidak mahu dituduh, janganlah menuduh orang sesuka hati. Islam tidak mengajar kita begitu. Kita perlu berasa malu menjadi Melayu islam yang masih buta dalam beragama. Wallahu a'lam. []

Thursday 14 June 2012

PUASA-PUASA PELIK KEJAWENAN

ANAK-ANAK muda di negara kita pandai menyebut pati geni. Wah, ini kena buat pati geni dulu, tetapi apa sebenarnya pati geni masih samar-samar. Sama juga orang berkata mandi minyak. Ia bukan mandi minyak dengan minyak panas mendidih. Ada kaedahnya untuk mandi.
Baiklah, di dalam ajaran kejawen ada sejumlah puasa yang selalu disebut orang tetapi cara puasa itu bagaimana tidak dapat dijelaskan kerana ia masih samar-samar.

PATI GENI
Ia sama dengan ngebleng. Pengamal perlu berada dalam bilik, tak boleh keluar, tak boleh tidur, kena berjaga dalam bilik. Jangka masanya boleh 24 jam, 3 hari, 7 hari. Urusan buang air semua perlu dilakukan dalam bilik. Ada niatnya, dalam bahasa Jawa dan diakhiri menyebut, "kerana Allah Taala!" Mungkin perkara ini perlu teguran dan pembetulan, pati geni bukanlah syariat, jadi amalan ini berkaitan kebiasaan dan kejawenan sahaja.

MUTIH
Ini pun biasa orang sebut. Maksudnya makan nasi pautih dan air putih sahaja. Boleh mandi basah rambut dan ketika mutih kena baca mantera tertentu. Juga masih menyebut seperti ini: "...putih koyo bocah mentas lahir dipun ijabahi gusti Allah."

NGERUH
Puasa hanya makan sayur dan buah-buahan sahaja, tidak boleh makan daging, telur dan ikan.

NGEBLENG
Tidak boleh makan, minum, keluar rumah, melakukan seks. Kurangkan tidur, tak boleh keluar rumah atau bilik dalam masa 24 jam, kena bergelap. Boleh keluar hanya untuk ke tandas sahaja.

NGELOWANG
Dilarang makan dan minum pada masa tertentu. Boleh tidur 3 jam sahaja. Boleh keluar rumah.

NGANYEP
Boleh makan, tetapi semuanya tawar belaka, sama seperti mutih. Puasa jenis ini diberi kebebasan makan asalkan semuanya tawar, tak ada rasa manis, pahit, masam dan sebagainya. Bolehkah?

NGEROWOT
Dari subuh hingga maghrib, puasa lengkap macam puasa biasa. Ketika sahur hanya makan buah-buahan sahaja, syaratnya sejenis buah sahaja. Kalau pisang misalnya boleh makan tiga biji. Puasa jenis ini boleh tidur kalau letih.

NGALONG
Kena bergayut macam kelawar, kaki atas, kepala bawah. Tak boleh bergerak-gerak kalau lenguh. Biasanya selepas ngalong, mereka melakukan ngerowot pula.

NGELUWANG
Kena berani, kerana boleh lihat alam ghaib dan menghilangkan sesuatu. Pengamal perlu dikuburkan di kawasan perkuburan atau di tempat yang sunyi. Konon apabila bersendirian, dia akan dapat melihat makhluk halus berkeliaran mengacau. Ketika itu bacalah mantera yang telah diajarkan. Mantera yang diajar juga menyebut "...kerana Allah Taala."

NGIDANG
Boleh makan, tetapi hanya daun-daun sahaja, minum air putih. Makanan lain tidak dibenarkan.

NGEPEL
Satu hari  makan satu kepal nasi sahaja. Ada juga yang dibenarkan 2-3 kepal nasi kosong.

NGESREP
Boleh makan dan minum makanan tawar. Syaratnya 3 kali sehari, tidak boleh lebih.

WUNGON
Tidak boleh makan dan minum dan tidur selama 24 jam.

LELONO
Kena jalan kaki dari pukul 12.00 tengah malam hingga jam 3.00 pagi paling minimum. Gunanya untuk introspeksi diri.

TAPA JEJEG
Tidak boleh duduk dalam masa 24 jam, jadi kena berjalan tak tentu hala.

KUNGKUM
Telanjang, bersila dalam air [cetek dan bersih] air paras leher, lakukan di pertemuan dua sungai. Kalau boleh lawan arus. Kawasan yang sunyi tak ada orang lalu-lalang. Lakukan paling sedikit dari pukul 12.00 tengah malam hingga jam 3.00 pagi.  Paling sedikit lakukan 15 minit. Tidak boleh tidur dan tak boleh bergerak-gerak. Kalau ular anaconda datang memebelit, diam sahaja, kalau anaconda telan? Sendiri jawablah. Ada bacaan mantera.

Semua amalan yang disebutkan ini tidak ada dalam ajaran Islam, ia hanya ajaran dalam Kejawen. Kenapa mereka berpuasa begitu pelik? Ia bertujuan mendapatkan ilmu, mensucikan batin, agar ghaibnya ilmu keluar dari badan. Maksudnya, ketika ilmu diperlukan ia akan hadir secara tiba-tiba. Kemudian puasa mutih, ia ada efek dalam tubuh, ia melahirkan energi ghaib dalam tubuh atau yang berada di luar akan masuk ke dalam tubuh. [Disari dari berbagai sumber]. []

KISAH ILMU KARUT, MAYAT PANTANG SENTUH TANAH

BAGAIMANA agaknya kalau ketika seseorang sedang memandikan jenazah, tiba-tiba ada orang berbisik, "Jenazah ini tidak boleh terkena tanah!" Tentulah huru-hara jadinya.
Bagaimana hendak mengatasi agar mayat tidak terkena tanah? Pada dasarnya setelah dikafankan, ia masih dilapisi kain putih dan tidak tersentuh tanah.
Akan tetapi jenazah yang tidak boleh kena tanah ini adalah angkara amalan ilmu karut yang orang panggil ilmu aji pancasona. Ilmu ini hanya cerita dongeng sahaja, kebenarannya jauh sekali. Sebagai bahan penyendal kisah dongeng mistik, maka ia adalah wajar, hendak diyakini memang banyak yang lari dari fakta.
Pertama sekali, ilmu karut ini konon pernah diamalkan oleh seorang Adipati Blitar bernama Joyodigo. Dia berdarah bangsawan Mataram.
Dia memang wujud kerana ketika hayatnya, tokoh ini pernah berdampingan dengan Diponegoro. Jadi, dia memang tokoh yang hidup, bukan watak rekaan. Cuma yang menjadi persoalan benarkah dia mengamalkan ilmu aji pancasona?
Bukan senang hendak mempelajari ilmu yang satu ini. Pertama sekali kena berguru. Hendak berguru kepada siapa kerana menurut sumber yang asal, ia ada kaitan dengan kisah Ramayana, kisah dari zaman Hindu.
Di sinilah cerita terasa bermain-main. Mana mungkin sebuah ilmu yang dikatakan hebat, asal-usulnya tidak dinyatakan dengan jelas.
Bahkan menurut cerita, Joyodigo bukan sahaja belajar ilmu ini daripada manusia sebagai guru, malah dia juga belajar ilmu karut itu dari makhluk halus, entah syaitan, entah jin atau lelembut yang berkeliaran itu.
Inilah yang menjadi pertikaian. Benarkah dia berguru kepada syaitan? Berguru kepada lelembut? Ini membawa maksud ilmu yang dipelajari adalah ilmu kesyaitanan, itulah ilmu aji pancasona.
Mungkin kerana ilmu itu terlalu mempesona, maka digelar pancasona agar puitis dan sinkronis.
Hal yang memelikkan lagi ialah, sesiapa yang ingin belajar ilmu ini dia perlulah menjalani puasa ngalong, maksudnya, kena berpuasa selama 40 hari 40 malam dengan cara meniru perangai kelawar atau kalong. Kaki disangkutkan pada dahan pokok dan kepala tergantung ke bawah. Kaki atas kepala bawah. Siapa sanggup melakukan amalan pelik ini?
Tempohnya sebulan lebih, tak makan dan tak minum? Lagi tidak logik. Dia perlu makan dan perlu rehat, jika tidak peredaran darah akan tertumpu ke anggota bahagian kepala. Ini memudaratkan diri pengamalnya, sekalipun ia ilmu hebat bergelar aji pancasona.
Ngalong adalah salah satu bentuk puasa Kejawen. Dalam Islam tidak ada ngalong. Ngalong adalah amalan menyeksa badan, meniru perangai kelawar adalah amalan yang mengada-ngada, bukan bid'ah lagi.
Hairannya, mereka berniat kerana Allah taala, sedangkan ia tidak ada dalam tuntutan agama. Lihatlah, cara mereka berniat: "Niat ingsun ngalong,anutupi badan kang bolong, siro mara siro mati, kang gangga maang jiwa ingsun, lebur kaya dene banyu kerno Olloh Taala."
Di zaman serba mencabar ini, ilmu aji pancasona semakin terbiar, ia hanya jadi bahan catatan atau dongeng ilmu masa silam.
Walaupun begitu, seandainya Joyodigo yang dikatakan sezaman dengan Diponegoro, dia jadi Adipati lagi, maka kehebatan ilmu ini hanya merupakan bahan cerita yang dituturkan.
Bayangkan, Digo khabarnya pernah melakukan perang gerila terhadap Belanda iaitu di zaman Perang Diponegoro dulu. Digo pernah dihukum mati, mayatnya dicampakkan begitu sahaja kerana Belanda tidak tahu rahsia mistik aji pancasona.
Sedangkan menurut ilmu yang dipusakai itu, sesiapa yang mengamalkan ilmu pelik ini - ilmu aji pancasona, orang itu bolehlah dianggap hidup berterusan, tak mati-mati. Digo kerana ada amalan ilmu tak lut "nyawa" sebaik dicampakkan oleh Belanda, dia pun bernafas semula dan melarikan diri.
Atas dasar cerita ini, iaitu kehidupan pertama kali setelah dibunuh Belanda, maka cerita ilmu menjadi bahan jajaan orang ke sana-sini.
Berbalik kepada kisah urusan jezanah tadi. Jika Digo yang sakti mayatnya tidak boleh kena tanah, maka bagaimana hendak menguruskan jenazahnya?
Sesuatu yang pelik telah dilakukan oleh warisnya. Jenazah Digo diletakkan ke dalam keranda besi. Ditutup. Diberikan tiang dari besi. Jadilah sebuah keranda tergantung.
Di kemudian hari kisah keranda tergantung ini jadi bahan cerita orang. Ramai yang ingin menziarahi makam pelik yang dikaitan dengan pengamal ilmunya Pak Joyodigo.
Disebab jurukunci atau penjaga makam pandai berkisah, maka pelawat yang datang semuanya kagum dan terasa seram sebaik melihat keranda besi yang luar biasa itu. Itulah pemakaman Patih Blitar yang terkenal itu. Dia meninggal dalam tahun 1905 ketika berusia sudah ratusan tahun.
Menurut kisah, warisnya kasihan melihat orang tua itu "sentiasa hidup" sebaik tersentuh tanah, maka untuk menyelamatkan agar dia meninggal dengan aman, maka keranda daripada besi dicipta khas untuk Digo.
Peranan penjaga makam atau mereka yang tinggal berdekatan makam sangat penting.
Berkaitan makam Digo, jurukunci berkata, makam itu sampai sekarang ditunggu oleh dua makhluk mistik seekor ular besar [besarnya bagaimana tidak tahu, tetapi jika berkata sebesar batang kelapa, ia keterlaluan] dan seekor harimau belang.
Makhluk mistik itu menurut tukang cerita adalah pengawal peribadi Patih Blitar pada masa silam. Setelah meninggal makam Patih yang pelik itu ditunggu oleh dua makhluk jelmaan itu.
Kisah Digo seorang Patih Blitar adalah kisah benar. Akan tetapi kisah dia mempunyai ilmu aji pancasona yang pelik dan luar biasa, setiap kali menghembuskan nafas akhir, jangan sesekali terkena tanah mayatnya, maksudnya, jangan dikuburkan seperti orang lain. Jika dikuburkan dia akan hidup semula.
Inilah cerita yang mencarik adat. Kisah begini pada masa silam mungkin boleh diterima masyarakat, tetapi di zaman sekarang, ia hanya jadi bahan ketawa.
Meski wataknya benar, tarikh kematiannya benar, namun cerigta yang mengatakan Digo mempunyai ilmu aji pancasona, yang konon dipelajari dari manusia dan makhluk halus, maka ia jadi cerita karut.
Kemudian, jika ada yang berkata mayatnya tak boleh terkena tanah, kerana ia akan hidup semula. Ia mungkin bukan hal dirinya yang sebenar, tetapi makhluk lain yang telah menyerupai dirinya sehingga seolah-olah hidup.
Inilah sukarnya sesiapa yang belajar ilmu aji pancasona. Ia menimbulkan fitnah.
Sehingga sekarang, makamnya jadi tumpuan orang ingin belajar ilmu secara mistik ghaib. Secara spiritualis, mereka datang ke makam pelik itu mengharapkan ada ilham atau mimpi lelaki berjubah memberikan ilmu.
Namun, tidak ada sesiapa pun yang mendapat ilmu secara mimpian begitu.
Mungkin cerita kehebatan Pak Digo ini ada kaitan dengan darah bangsawan Mataram dan kehebatan penentangan tokoh ini terhadap pasukan Belanda. Wallahu a'lam.[ bahan disari dari cerita yang dipetik dari majalah Misteri, Jakarta]. []
 

CATATAN KECIL TENTANG KAPAL SELAM

ADA BEBERAPA FAKTA MENARIK BERKAITAN DENGAN SUASANA POLITIK dan skandal yang sedang membara di bumi Malaysia.
1. Menurut laporan dan ulasan media bukan perdana, bahawa bekas Perdana Menteri Dr.M merupakan orang yang paling resah sekiranya kerajaan UBN yang ada hari ini kalah dalam pilihan raya akan datang. Keresahan Dr M ada alasan kerana beliau sangat mengetahui tentang cerita kapal selam dan segala kesan dan akibat daripada pembelian itu. Kenapa resah, kerana beliau adalah PM ketika itu [2002] dan yang terlibat adalah Menteri Pertahanan ketika itu. Sayangnya, media pemerintah langsung tidak berani menyiarkan apa cerita pun tentang skandal yang memalukan itu. Menyedari kerajaan UBN semakin lemah, Dr M mengatakan negara akan huru-hara sekiranya pembangkang kalah dalam pilihan raya kali ini. Itu teori Dr M dan biasanya sesuatu teori itu telah dirancang secara senyap bagi menimbulkan suasana yang tidak sihat.Begitulah tanggapan para penganalisis isu semasa.
2. Masih isu kapal selam. Ada yang buat komen bahawa pengaruh menteri [UBN] dan lantikan pilitik serta pegawai bukan tentera terlalu besar boleh mendatangkan kesan buruk kepada strategi dan taktik pertahanan negara, tambahan ia bukan bidang kuasa mereka. Dalam persoalan ini di manakah letaknya kepakaran Menteri Pertahanan? Di manakah letaknya kepakaran penganalisis politik bernama Razak Malim Baginda? Jelas, mereka bukan pegawai tentera, dan tidak tahu langsung tentang isu kapal selam yang dirundingkan. Dia seolah-olah broker biasa.
3. Media pemerintah selalu menuduh orang lain menjual rahsia negara, bersekongkol dengan agen asing, dan tuduhan ini sudah lumrah sejak pecah reformasi di negara kita. Maka apabila terkena batang hidung sendiri, iaitu apabila dokumen rahsia pertahanan negara boleh diserahkan kepada syarikat pembuat kapal Perancis, DCNS, maka nampak sangatlah, siapa sebenarnya yang menjual rahsia negara kepada orang luar? Cerita ini tidak dipaparkan di muka depan akhbar Utusan, Berita, Straits Times, TV3 atau RTM. Inilah yang menyedihkan. Percayalah, biar seribu laporan dibuat, pihak polis tidak akan bertindak kerana mereka semua gerun kepada PM dan pihak atasannya. Tidak sekelumit berita akan dilaporkan dalam media mereka. tetapi mereka masih sibuk dengan cerita skandal seks yang merapu.
4. Saya tertarik dengan tulisan dalam n Suara Keadilan,ed.70, 12 Jun 2012, yang menyentuh soal kelayakan Pengasas Kumpulan Karangkraf, penasihat media  dan pengurus hal ehwal koporat syarikatnya, sebagai salah seorang anggota panel siasatan Bersih 3.0. Walau dua orang yang dilantik telah menarik diri, iaitu bekas ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Shim dan orang korporat dari Petronas, Datuk Medan Abdullah. Dengan ketua panel Hanif Omar dan anggota panel orang Sinar Harian, maka kewibawaan panel ini memang dipertikaikan orang kerana ia bagai melepas batuk di tangga sahaja.
5. Tulisan Roger Mitton, yang pernah jadi wartawan senior Asiaweek, pernah berkhidmat di Hanoi dan Washington, dan kini menulis dengan Asia Sentinel  dan The Phnom Penh, dia sendiri mendakwa selalu berjumpa Razak Malim Baginda dalam tahun 90-an, kemudian berjumpa di Itali. Dia tahu kronologi kes itu, dan dia ada menyebut sebagai langkah keselamatan "mereka" memadam data kemasukan Altantunya ke Malaysia daripada rekod imigresen. Menurut pemikiran yang matang, perbuatan memadam data kemasukan adalah satu kesalahan dalam akta imigresen. Kenapa tidak timbul isu ini? Rakyat ingin tahu, siapa bagi arahan agar data itu dipadamkan? Ketika bila arahan itu dibuat? Adakah ia arahan daripada menteri atau ketua jabatan tertentu? Kemudian apa motif pemadaman data itu? Bolehkah seorang pegawai imigresen secara suka-suka memadam data yang ada dalam simpanan? Ini adalah isu besar sebenarnya, tetapi disebabkan ia melibatkan pihak pemerintah, pihak penguasa yang bermasalah, maka ia dianggap DIBENARKAN. Dalam bab data imigresen inipun sudah cukup untuk mencemarkan imej negara kita. Apakah ketua pengarah imigresen tidak berasa malu atau ketar lutut untuk berkata benar? Insya-Allah rahsia ini didedahkan apabila penguasa yang ada hari ini bertukar.
Jadi inilah di antara catatan yang dapat saya buat petang ini berhubung dengan kapal selam. Untuk projek akan datang, sesiapa yang ingin beli kapal selam, rujuk sahajalah kepada peniaga kapal selam mainan kanak-kanak yang ada di negara kita. Tak payah jumpa pakar, tak payah jumpa pegawai tentera bersangkutan, jumpa peniaga mainan kanak-kanak pun memadai. Cukupkah begini? Begitulah perumpamaan kisah skandal yang melanda negara kita. Hanya kerana mereka amat berkuasa, maka semuanya ditutup rapat daripada makluman rakyat. []

Wednesday 13 June 2012

APABILA KES AZMIN TH1995 DISIASAT ADA BAIKNYA

SEKARANG meskipun pihak UBN bersilat menafikan dan cuba menunjukkan ketelusan pentadbirannya, ia lama kelamaan akan terlondeh juga.
Orang mempertikaikan bagaimana Shahrizat dibersihkan dari kotoran skandal NFC. Bayangkan kalau projek NFC itu dianugerahkan kepada seseorang yang berkaitan dengan anggota parti lain, apakah dia suami atau isteri pemilik syarikat, orang itu pasti akan diheret, dan sampai sekarang namanya masih dijulang-julang bagi membuktikan kepada rakyat bahawa orang itu bersalah.
Mahkamah dijadikan alat untuk membersihkan seseorang. Itulah yang kerap terjadi. Sekarang ketika pihak UBN kekurangan bahan untuk dihalakan kepada pembangkang [PR] mereka terpaksa mengorek file lama termasuk file Anwar dan Azmin yang dikatakan ada kes dalam tahun 1995, sedangkan kes itu sudah diputuskan oleh pihak berkaitan. Maknanya tidak ada kes pun.
Kini, tahun 2012, ketika UBN berdepan dengan masalah yang dihadapi oleh sebuah kementerian yang menghadiahkan projek besar sehingga kerabatnya kaya raya dan bergaji besar, dan ketika masalah yang memalitkan pemimpin tertinggi BN, maka mengorek file lama dijadikan agenda mereka.
Mengorek file lama adalah bahaya, dan silap haribulan akan makan diri semula. Pihak UBN sendiri akan menghadapi masalah jika benar mereka teringin benar hendak korek kes lama.
Maka, jika benarlah UBN terlalu ghairah dengan file lama, maka PR ada hak untuk mengungkit dan buat laporan agar kes lama disemak. Termasuk kes yang melibatkan bekas Menteri Besar di negeri tertentu, termasuk kes yang melibatkan duta atau wakil Malaysia di luar negeri, termasuk kes jenayah seks melibatkan bekas Ketua Menteri, termasuk kes yang melibatkan salahguna kuasa ketua jabatan dan kementerian tertentu, termasuk bekas Perdana Menteri paling lama berkuasa.
Jika file lama disemak, maka pihak yang menanggung malu nanti adalah UBN sendiri. Para pemimpin Umno pasti tidak mampu menahan serangan apabila file lama dihidupkan semula. Akan terbongkarlah segala tembelang dan segala muslihat kepada sesuatu itu dijadikan kes penting.
Umum mengetahui, sesuatu kes jika melibatkan pihak pemerintah akan segera disiram dengan air agar tidak membara dan membakar. Akan tetapi jika melibatkan musuh politik biarpun kes itu tidak kuat ia akan dikembangbiakkan hingga berangkai-rangkai [contoh kes Anwar Ibrahim].
Perlu diingat, sekiranya UBN menganggap kes perlu dibedah kalau melibatkan musuh politik, maka apabila tiba saatnya kelak, mereka tidak boleh marah jika pemimpin tertinggi mereka menerima kes berangkai bagi mengaibkan tokoh itu. Hidup ini ibarat roda, ada masanya di atas, bahagia dan boleh mendera orang lain, apabila jatuh nanti, terimalah balasan yang Allah s.w.t. telah tetapkan. Ia tak akan lari. Apa pun ini pandangan peribadi sebagai bidasan kerana pihak UBN begitu ghairah dengan cerita lama. []

Tuesday 12 June 2012

TRIBUNAL BUAT DR M MEMANG WAJAR

SIAPAKAH Perdana Menteri yang paling lama berada di pentas politik negara? Jawabnya adalah dia Dr.M.
Selama 22 tahun dia beraksi di pentas, dia menyanyi, melawak, menangis, bersenda, memperkenakan orang, melagakan orang dan mendera orang, apa sahaja telah dilakukannya. Dia menjadi aktor paling kaya dengan gurauan dan kadangkala memedihkan hati rakyat.
Kenapa dikatakan dia pandai bergurau?
Lihatlah bagaimana dia boleh mengharamkan Umno dan kemudian dihidupkan semula sebagai Umno Baru, dan kemudian dipulihkan. Maknanya di tangan dia, di tengah pentas permainan Dr M, Umno pernah dibunuh dengan keris Melayu.
Gurauan paling menjengkelkan ialah main punggung. Inilah bahasa paling sesuai bagi negara Malaysia. Kita tidak perlu bahasa simbolik lagi. Dia telah memperkenalkan satu perbuatan dosa besar yang tidak dilakukan oleh sahabatnya, tetapi dilemparkan tuduhan itu dengan mendapat bantuan dari jabatan yang tertentu.
Maka seluruh rakyat menuding jari, lihatlah pemimpin yang suka main punggung. Jadi, Dr M telah melahirkan satu kelompok umat Luth di bumi Malaysia secara tak langsung.
Akibat selalu bermain dengan politik punggung, umat Melayu di negara ini sudah ramai yang mengamalkan seks bebas, anal seks yang keterlaluan, berkat kesabaran media nasional memainkan isu ini bagi tujuan memburukkan seorang lelaki bernama Anwar. Dialah seburuk-buruk lelaki di bumi Malaysia. Dia sudah menerima penghinaan yang amat dahsyat, kalau orang lain mungkin sudah bunuh diri atau tutup buku dan duduk diam-diam.
Sebaliknya Anwar hari ini tidak sama dengan ketika dia dihina melakukan liwat. Bayangkan, betapa hinanya diri apabila diperagakan begitu setiap hari? Siapa yang menanggung dosa ini? Sudah tentu Dr M, para menteri di bawahnya, termasuk menteri agama, mufti yang diam, agamawan yang diam, para wartawan muslim, termasuk wartawan dedah aurat, semua ini bersama-sama membawa dosa fitnah, dosa ghibah, dan dosa melaporkan cerita yang tidak benar semata-mata hendak menggembirakan seorang manusia ganjil bernama Dr M.
Kini ramai berpendapat, Dr M sudah sewajarnya disiasat di bawah sebuah tirubunal siasatan diraja. terlalu banyak salah laku Dr M trerhadap negara dan rakyat.
Jika dulu dimenelanjangi rakyat di depan publik, kini giliran rakyat menelanjangi Dr M di depan ramai. Jangan peduli dia sudah berumur atau apa. Di negara luar banyak pemimpin yang menjalani nasib buruk begini. Dan di Malaysia, sudah sewajarnya Dr M dinilai serba-serbinya. Dinilai kepincangannya. Kita mahu tahu bagaimana wang dibelanjakan dengan boros di zaman beliau, dan berapa banyak projek mega yang hancur berkecai kerana semuanya mengejar komisyen berlagak broker projek.
Dr M tidak membawa nama harum kepada negara, sebaliknya dia mencemarkan nama baik Malaysia. Memang banyak kesilapan yang telah dilakukan oleh beliau. Sewajarnya, dia diadili dan diberikan hukuman yang setimpal. Kalau perlu pemilikan harta yang tidak sah, diragui perlu dimiliknegarakan. Begitu juga para kroni beliau.
Kita tidak mahu negara ini seperti syarikat Sdn Bhd. mereka membolot semuanya. Rakyat dipencilkan. Kepentingan pembesar negara dirahsiakan. Inilah yang berlaku di zaman Dr M berkuasa.
Kini apabila keadaan politik negara berubah, Dr M seperti dalam kegundahan, dia bimbang urusan negara ditadbir di bawah musuh peribadi beliau. Maka pekung politiknya akan terdedah, malu, bukan sahaja Dr M malah PM berikutnya.
Dan sebab itulah pilihan raya menjadi begitu berhati-hati, daftar pemilih tidak ada pemantauan meskipun Bersih 3.0 telah diadakan dengan suasana yang amat mengejutkan, Najib sedar popularitinya semakin menurun kerana dia dibebani dengan banyak skandal, dan yang penting skandal kapal selam Scorpene, skandal pembunuhan Altantunya, semua ini tidak boleh diselindungkan.
Memang pada dasarnya media telah menutup rapat semua cerita ini, tetapi alam maya, mendedahkan segala-galanya. Media kerajaan sekarang kian tak bertaring. Laporan mereka hanya sampah sahaja. Mengutip sumber FB atau blog tertentu. Inilah gambaran suasana yang bangkrap, sesuatu yang tak pernah difikirkan berlaku pada masa silam.
Dan jika boleh tirubunal salah laku, bukan sahaja melibatkan Dr M, malah perlu juga melibatkan salah laku Najib sekali. Kerana ketika naik pentas politik, Najib membawa masalah yang merosakkan imej negara.
Pemimpin seperti ini perlu diletakkan disudut panggung sejarah untuk diadili. []