Friday 20 April 2012

KEMPEN ANCAMAN SEKS BEBAS

PROGRAM KESEDARAN ANCAMAN SEKS BEBAS DAN LGBT:
Program kesedaran macam ini bagus diadakan, tetapi bukanlah bagi tujuan menyelar seseorang yang difitnah kononnya mengamalkan liberalisasi, mengamalkan seks bebas dan macam-macam seolah-olah seseorang itu tak ada agama langsung.
Nampak benar program yang diatur ini untuk ditujukan kepada seseorang, bukan niatnya hendak membasmi kemunkaran sebagaimana dituntut agama. Jika begini, apa lagi melihatkan tokoh yang dikatakan akan berucap adalah Zulkifli Nordin, tokoh ini sudah dimaklumi di mana platformnya berdiri.
Bagaimana nak menimbulkan kesedaran dan bukan ancaman seks bebas. Seks bebas sudah lama diamalkan oleh minoriti masyarakat kita.
Seks bebas ini adalah amalan orang barat, dan mereka yang terpengaruh dengan cara hidup barat. Banyak amalan seks bebas yang kita tak perasan ada di sekeliling kita.

PELACURAN. Dunia pelacuran memang tidak dapat dibasmi, orang melacur kerana hendak cari duit, manakala lelaki melanggani pelacur kerana mereka tidak ada pasangan seksual, atau orang yang asyik ketagih dengan seks, tak dapat di rumah di hotel-hotel dicarinya. Pelanggan pelacur ini tidak mengira usia tua atau muda, selagi ada naluri keinginan, selagi ada syahwat ke situ, lagi-lagi sekarang bermacam ubat perangsang seks dijual, ditampal di tepi jalan, perhentian bas, dan iklan dalam akhbar kita. Semuanya berkaitan. Ramai juga yang menjadi pelacur kerana desakan ekonomi, JKM tak peduli, Baitulmal tak turun padang, maka golongan yang tersisih ini mencari jalan mudah menjual maruah diri. Bagi orang berada mereka melanggan pelacur kelas pertama, yang miskin melanggan kelas kambing. Pelacur juga mainan orang berada, mewah dengan duit, nak derma kedekut, tapi apabila amoi dari China minta tip diberi lebih, begitu juga amoi dari Vietnam, dari Jepun, Korea dan macam-macam. Ikut selera syahwat. Sektor pelacuran ini tidak dibasmi dengan tuntas, ia menjadi wadah kepada amalan seks bebas.

BERSEKEDUDUKAN. Ini adalah amalan biasa. mereka menyewa rumah kedai tiga tingkat, ada bilik disekat-sekat. Boleh tinggal berdua, sewa rumah Ah Soh. Beritahu dia kita suami isteri. Andainya satu operasi dibuat dari satu unit ke satu unit, rasanya banyak yang kantoi. Ada lelaki normal bersekedudukan dengan pondan lawa, ada yang bersekedudukan dengan Minah Indon, kalau bab bersekedudukan Bangla dengan Indon ia dah lumrah, begitu budak muda dari Sarawak atau Sabah. Pelajar kolej kita pun ada yang begitu. Bahkan guru pun ada yang buat begitu. Jangan nak tipulah. Bersekedudukan ini, maknanya duduk sebilik, atau duduk serumah, buat macam suami-isteri, macam kahwin mutaah Syiah. Habis tempoh berpisahlah. Bagi yang anak dara memang risau juga, tapi kebanyakan yang terlibat adalah janda-janda atau pelarian dari rumah tangga yang lintang pukang. Di sinilah timbul amalan seks bebas.

APA PUNCANYA SEMUA INI?
Senang cakap, mereka ini bukan kurang, tetapi memang tak ada didikan agama. Adakah seks bebas ini mengancam keselamatan negara? Tidak. Ia hanya melibatkan sekelompok tertentu, kebebasan yang mereka jalani akan menemui titik akhir apabila usia sudah menjengah 40-an atau 50-an. Dalam usia begitu mereka perlu memikirkan rumah tangga atau rumah pangsa. Jika masih nak berseronok juga tatkala usia menjengah 50-an, maka sesia sahaja umur yang ada.
Punca seks bebas adalah pengaruh media yang sering memaparkan kehidupan seksual masyarakat barat untuk dicontohi. Bahkan kalangan artis kita pun menjadi kacau-bilau dan tidak boleh dicontohi. Hiburan di negara kita terlalu banyak, pesta di sana-sini, semua wadah hiburan ini menggalakkan percampuran lelaki perempuan. Gara-gara pesta mereka dapat berkenalan dan berkawan, akhirnya terpengaruh, dan terpedaya oleh mainan kata-kata. Nafsu lebih dominan daripada cinta. Maka kerana pesta tadi, jejaka ambil peluang untuk cari hotel. Banyak kes khalwat dan rogol kerana pesta hiburan. Kita membawa hiburan yang merosakkan muda-mudi ke luar bandar. Artis-artis juga main peranan termasuk penganjur hiburan yang ada di mana-mana.

BAGAIMANA NAK TEGAH SEKS BEBAS?
Media massa tidak patut menyiarkan kisah-kisah seks keterlaluan termasuk seks fitnah melibatkan orang tertentu bagi tujuan membunuh karektor seseorang. Fitnah seks terancang menjadi sebab kepada bercambahnya amalan seks bebas. Apabila seks dijadikan peluru untuk menembak pemimpin atau tokoh tertentu, maka kalangan rakyat biasa menganggap mereka terhindar kerana peluru tidak akan dihalakan kepada mereka.
Bahkan orang yang tidak ternama rasa selesa dengan amalan seks bebas kerana tidak diburu oleh media. Kemudian bahan-bahan lucah yang merangsang terlalu banyak. Jangan fikir video seks lucah itu sahaja yang beri kesan, bahkan siapa teliti, iklan-iklan kopi segera tiga dalam satu, iklan herba guarana, iklan besarkan payudaya, iklan lelaki kuat perkasa dan macam-macam, semua ini menjurus kepada kesyahwatan belaka.
Cuba perhatikan testimoni bagi segala produk untuk lelaki, bahkan iklan-iklan itu amat merangsang dan menggalakkan perbuatan maksiat.

GAY DAN SEBAGAINYA
Ia adalah fenomena sejagat. Di mana sahaja ada orang rosak akhlak, golongan yang tidak selesa dengan wanita akan mencari lelaki sejati sebagai teman berseronok. Semua ada dalam video seks mereka. Lelaki memuaskan nafsu lelaki memang sudah lama ada. Tetapi ia adalah tularan daripada gelagat Maknyah atau pondan yang bertebaran di mana-mana. Pondan adalah juga lelaki. Bak kata ustad di kuliah, dalam sejuta satu orang pun belum tentu ada yang bernama kunsha musykil itu. Selainnya adalah pondan dalam bikinan.
Kenapa lelaki mencari lelaki? Puncanya mereka selalu berseronok dengan Maknyah yang juga lelaki pakai perempuan, setelah jemu dengan Maknyah kerana hubungan itu lebih ketara, mereka memilih lelaki, ia tidak disyaki orang. Lelaki dengan lelaki melayani syahwat kerana pengaruh dari aktiviti Maknyah tadi.
Gay tidak mempengaruhi orang untuk jadi gay. Mereka adalah lelaki bermasalah kejiwaan. Amalan menyimpang ini banyak puncanya. Bahkan siapa yang rajin mentelaah, keanehan seks menyimpang ini ada banyak jenis, lebih dari 50 jenis!
Lelaki gemar lelaki adalah satu daripada 50 jenis penyimpangan ini. Ia tidak memberi kesan besar kepada negara, tetapi kesan kepada pelecehan agama. Kalau umat Melayu menggemari amalan ini, kita kena kaji kenapa. Dan sejak bila orang kenal dengan istilah liwat, iaitu amalan yang dilakukan oleh kaum gay ini?

BAHANA FITNAH SEKS REKAAN
Jika dikaji semula, jelaslah ia menjadi kesalahan kepada pihak penguasa yang mengada-adakan cerita seks yang murahan. Ia menjatuhkan imej Melayu sebenarnya.
Berapa lama cerita seks berada di atas pentas politik kita? Anda sendiri tahu jawapannya. Kita tidak jujur. kita menyemarakkan amalan tetapi kita kemudian nak berkempen anti amalan menyimpang begitu. Jujurlah. Jika media jujur, media tidak akan paparkan lagi fitnah seks di laman depan atau tv yang ada. Ingatlah perbuatan memaparkan apalagi bersekongkol dengan penguasa yang memfitnah adalah kezaliman. Inilah kempen namanya. Bukan kempen di padang universiti dan panggil tokoh bercakap. Ia tak akan ke mana.
Kita kena cari sasarannya. Apabila media berkuasa di negara kita sibuk buat program anugerah tayang bodi dan fesyen pakaian semua, ini adalah penggalakkan kepada kemaksiatan. Kita tak pernah tegur pun. Apabila sudah terjebak ke kancah pelacuran, tempat seks bebas, ke kancah bersekedudukan semua, baharulah kita hendak sibuk.
Puncanya, kita mengabaikan agama. Kita memperleceh orang agama. Nasihat agama dipekakkan. Forum perdana yang dibuat hanya melepaskan batuk di tangga. Ustaz yang bercakap semuanya diberi garis panduan supaya tidak bicara lebih. Kemudian dengan menubuhkan tempat perlindungan gadis-gadis yang mengandung anak luar nikah, ia menjadi penggalak juga sedikit sebanyak. Jika ada penampungan, ia memberi indikasi memberi lampu hijau kepada perbuatan maksiat ini.
Sebenarnya soal seks dan kebebasan memilih dalam penyaluran nafsu syahwat ini tidak boleh dikempenkan. Apa guna kita kempen jika ruang-ruang untuk pelampiasan itu terbuka luas? Masih ada dewan-dewan hiburan malam yang menghidangkan seks sebagai tarikan utama. Kita ada kelab bermacam kelab, ada kelab gay dan ada kelab lesbian. Mereka hidup bebas. Kenapa kita tidak menyalak dan menyalahkan penguasa yang menjaga semua ini? Mereka ada jabatan dan badan berkaitan yang boleh diberi tanggungjawab menangani masalah ini.

JENGUK SASARAN BUKAN DI PADANG
Jika berlaku jujur, kelompok yang mendakwa memperjuangkan isu ini bagi menyedarkan orang awam akan isu seks bebas dan LGBT, maka orang-orang ini diminta turun "keluar dari padang", mereka kena pergi ke tempat sasarannya, cari lokasi pelacuran, cari lokasi gay dan lesbian, dan bukan di tengah padang dengan ucapan-ucapan yang menyindir orang lain.
Jujurlah kepada diri sendiri. Sekadar berteriak-teriak di tengah padang, gay, atau kelompok lesbi di dalam dewan mereka tak dengar itu semua. Mereka juga kena tegur media utama di negara kita yang banyak menyemarakkan hiburan yang memberi hidangan murah untuk ancaman seks bebas dan perlakuan seks yang menyimpang.
Adakah program yang hendak diadakan di padang UPM [21/4/12] mendapat sambutan? Tokoh-tokoh yang berada di pentas memberi pengaruh. Kalau sekadar ucapan kosong, maka masalah tetap masalah. Risalah yang ditebar di masjid ketika solat Jumaat tidak mendapat sambutan nampaknya, awal-awal sudah gagal. []

No comments:

Post a Comment