Sunday 26 February 2012

GOLONGAN ARTIS TERSEPIT DAN TAK BERANI KERANA

DI NEGARA YANG DIKATAKAN MENGAMALKAN DEMOKRASI MACAM KITA, sesiapa sahaja yang nak jadi artis kena diam, jangan banyak cakap, jangan komen apa-apa, tugas anda nyanyi atas pentas, dapat bayaran, diam, jangan kutuk, jangan mengata, diam je, tunduk, kalau ada program kementerian kena ikut sama, lonjak sana, lonjak sini, lalak sana, lalak sini, terkinja-kinja, pakai menjolok sikit baharulah layak digelar selebriti kampung.
nah, kebanyakan kalangan artis tidak berani bersuara. tidak berani menyatakan pendapat walaupun dalam kepala bagai ada sesuatu yang menekan-nekan. nak menyatakan pendirian tak berani. kalau kita bersuara lebih, nanti kena gam. kena gam maknanya tak ada cek diterima. harap maaf, program itu telah dibatalkan. harap maaf, tarikh telah dipinda. harap maaf, anda menyertai demo di kuantan dulu? anda sertai demo Bersih? anda sering berada dalam kelompok PR?
jangan hairan kalau ada artis yang perasan top dan layak digelar selebriti kampung terpaksa menyertai parti keris semata-mata untuk menjaga akaun bank berjalan lancar. dulu bolehlah sebut periuk nasi, sekarang orang tak pakai periuk lagi, duduk kedai mamak, teh tarik satu! briyani kambing tiga! balun, jangan tak balun.
itu sebab dari dulu kalangan artis tidak berani menyatakan pendirian. ada yang pura-pura suka angkat jari telunjuk dan mengulang-ulang kalimat: "satu malaysia! satu malaysia!"
apa persembahan pun kena ikut rentak program. biasanya program terkinja-kinja ini selaras dengan dasar kerajaan kita. apabila seseorang artis sudah berani melemparkan komentarnya, maka mereka pun digam.
artis pakai tudung pun kena selidik habis, di mana pendirian mereka. anda menyebelahi parti mana satu. kalau yang terang-terangan kain merah, mereka sanjung habis. tapi kalau nak pakai tudung lingkup, dan berubah demi mencari kebenaran, orang itu akan dicaci, dinista dan macam-macam lagi ujian. rupa-rupanya begitu sukar hendak mengikut ajaran islam di bumi malaysia ini.
mana-mana ustaz yang huraikan maksud ayat al-quran dan hadis dengan jelas, diterangkan dengan rujukan kitab muktabar, diselingi pendapat imam mazhab sekian-sekian, maka ustaz itu akan jadi perhatian. kalau ustaz itu berada di garisan PR tak apalah, tapi kalau yang biasa dengan forum perdana malam jumaat, maka habislah nama mereka dipotong.
golongan artis kekadang terpaksa memilih salah satu. kanan atau kiri. golongan kanan atau golongan kiri. tentu nak jadi golongan kanan. justeru apabila telah menyedari bahawa dunia hiburan ini penuh dengan aneka kecelaruan, maka kita memilih mana yang jelas dan jernih.
apabila telah memilih jalan yang lurus dan benar, timbullah godaan syaitan. wartawan hiburan jahat akan main peranan mengadu domba, menghasut pembaca agar membenci artis itu. artis pakai tudung pun nak disindir-sindir, apa lagi yang dah campak songkok tinggi.
di malaysia seseorang yang nak jadi baik selalu dipandang buruk. jika begitu baik jadi artis yang terkenal dengan keburukan agar wartawan hiburan gembira melaporkan hal peribadi dia. kerja melaporkan hal-hal artis dengan gosip semua termasuk dalam hal umpatan dan fitnah. jadi, berapa ramai yang terlibat menjual bahan umpatan dan fitnah untuk cari makan?
jadi, fikirkanlah. artis dedah aurat dah pakai tudung jangan dipersoalkan lagi. jangan nak kata kepala je bertudung tapi mulut jahat! cuba baca ruang gosip wartawan hiburan melayu kita. sesiapa yang sedar tentu tak akan bersekongkol nak siapkan majalah macam MANGGA itu. anehnya, tak ada mufti kerajaan yang berani tegur. padahal wartawan hiburan yang lakukan semua itu, termasuk jurufotonya yang menurut arahan.
walllahu a'lam.

No comments:

Post a Comment