Saturday 25 February 2012

KHALWAT DAN KHALWAT

ZAMAN DULU KITA SEBUT TANGKAP BASAH. sesiapa yang berdua-duaan di kampung, akan ditangkap basah, kena nikah. nikah koboi kata orang. jadi ramai jugalah, tuk nenek kita yang kena gitu. semua ini jadi catatan zaman silam.
perlu diketahui di sebuah kampung, jika ada bomoh nombor ekor, bomoh pengasih, bomoh tangkal menangkal, jika ada dukun hebat boleh buat keris berdiri, keris menari, keris melatah dan macam-macam; orang akan anggap mulia. berderet kereta dari luar datang. semua nak jumpa bomoh atau dukun. paling banyak sebab nak dapatkan nombor bertuah. ada yang siap beli tiket bertuah untuk dijampi oleh pak dukun.
kemudian di hujung sana ada sepasang remaja sedang memadu kasih di sebuah pondok buruk. begitu asyik dan memadu kasih, mereka telah diintip sekian lama. maka remaja itu ditangkap. istilahnya tangkap basah. dipergoki orang.
di sebuah kampung, kes khalwat remaja itu lebih diutamakan dibandingkan kes pak dukun yang membuatkan aqidah orang caca-marba. maknanya, masyarakat masih memandang khalwat itu lebih bahaya walaupun ia tidak mencemarkan aqidah. percayalah, tangkapan khalwat lebih bermotif adat, jangan conteng arang ke muka, sedangkan orang berbaris nak jumpa pak dukun itu dianggap biasa.
saya tertarik komen seorang ustaz, bahawa perkara yang menyentuh kemurnian aqidah tidak dipedulikan oleh masyarakat kita. orang melayu cukup ghairah nak tangkap orang khalwat, cukup ghairah nak mengendap, kadang-kadang yang tukang tangkap pun bukanlah kaki masjid dan surau. dengan ikut serta menangkap itu dia sudah naik kealimannya sebagai salah seorang anggota penangkap.
baiklah, bagaimana yang melayan orang datang ke rumah untuk minta itu dan ini? ini juga jenayah. bukan khalwat sahaja. nampaknya masyarakat kita anggap jumpa pak dukun minta nombor ramalan itu tak ada apa-apa. itu hobi dia apa nak buat? lagipun bomoh atau pak dukun itu dihormati.
berdasarkan dua cerita ini, mungkin sampai sekarang, kita lebih pentingkan khalwat. khalwat perlu dibanteras, sedangkan pak dukun, tak apalah. mana tahu, nak pilihanraya nanti kita boleh jumpa dia. nak minta apa? supaya menang pilihanraya nanti. kalau menang, pak dukun aku bagi lebih! siap pak! []

No comments:

Post a Comment