Saturday 25 February 2012

HARI MINGGU TAK BACA BERITA MINGGU

sudah jadi kebiasaan, sejak boikot akhbar MM, BM, Star, Sinar Harian, saya tak peduli laporan berita apa pun. lebih baik tak baca. tak nak ambik tahu. ini berguna untuk merehatkan minda. bukankah di zaman dulu pun benda-benda macam ini tak ada? walau ada tapi bahan tidak dipolitikkan sangat.
sebagai stringer berada di luar meja editor memang tak tahu apa. hanya hantar bahan. siar tak siar lantaklah. ia hanya hobi. honorarium untuk beli kertas, ribon mesin ketik, sebab zaman dulu mana ada e mail semua. mana ada laptop macam sekarang. pendeknya kerja menaip secara manual cukup susah. ejaan kena tepat, nak betulkan macam mana?
apabila tak baca akhbar mingguan, saya lebih tertarik baca benda lain. buku pun banyak bab yang tak terselak. kekadang beli buku hanya tengok pada indeks di belakang. bahan dalam indeks itulah yang digunakan untuk merujuk. itulah kelebihan buku ada indeks di hujungnya. ia cepat dan pantas untuk dirujuk.
disebabkan tak baca akhbar mingguan, saya tak tahu apa cerita. biasanya dua akhbar -Mingguan malaysia dan berita Minggu hanya jadi alat untuk mengganyang pihak pembangkang. maknanya, pihak penguasa masih gunakan akhbar itu untuk "berceramah" kepada pembaca selain media TV yang ada.
dek kerana menyampah tengok laman berita dan dokumentari pemerintah yang membodek, saya putuskan biar tak tengok TV langsung. alhamdulillah. saya boleh bertahan tanpa tengok TV. orang cerita bola, cerita Najib di perhimpunan rakyat, cerita jalan rosak, cerita memburukkan negeri dalam PR saya tak peduli. itu semua propaganda.
kita adalah kelompok dari geng Masjid Jamek Tun Perak, masjid yang paling hampir dengan Mahkamah Tinggi. ia jadi tempat kita berkumpul, mendapatkan maklumat dan menyebarkan maklumat. sejak dulu lagi kita tak baca Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Star, bahkan Sinar harian pun.
kalau ada orang kata anda sudah jadi penulis ketinggalan zaman. tak tahu maklumat. tapi bukankah ada maklumat di hujung jari? apa perlu baca akhbar lagi. kita perlu maklumat dari penceramah yang jujur. orang marah apabila semua orang nak dengar ceramah Anwar. apa sangatlah dia tu. cubalah Najib bagi ceramah, laku ke? ceramah Najib sama macam Mingguan Malaysia dan berita Minggu atau RTM. ceramah Anwar lain, tak ada dalam laporan akhbar. itu yang orang nak dengar.
ceramah Anwar terus masuk ke telinga, tak perlu ditapis oleh wartawan umno yang suka putar belit berita. kenapa akhbar perdana sentiasa menyerang pembangkang? pertama, bahan untuk muka depan memang tak ada. kalau ada cerita tanah runtuh, gempa bumi atau kemalangan maut, boleh letak muka depan. jadi berita yang disiarkan itu adalah suatu bentuk hasutan. ia menghasut rakyat supaya bencikan pemimpin pembangkang.
saya tidak mudah percaya laporan muka depan. ada laporan muka depan rekaan wartawan. kenyataan dari seseorang yang memang memusuhi PR. akhbar perdana tidak siarkan apa cerita yang memburukkan pemimpin UBN. mereka berada di pihak yang benar. mereka baik, jujur, tahu mentadbir negara, tahu mengurus wang ringgit dan tahu melenyapkan berita buruk yang menimpa mereka.
permainan media ini sudah cukup difahami oleh rakyat. rakan-rakan dalam facebook banyak membantu menyebarkan laporan terbaru. setiap laporan kena diteliti sebab ia juga menyediakan tajuk yang memancing perhatian.
buat sementara waktu Mingguan malaysia, berita Minggu, Star atau Sinar, masih gagal memancing tajuk. itu sebab saya tak baca media tersebut. []

No comments:

Post a Comment