Friday 24 February 2012

UNTUK APA PILIHAN RAYA KALAU...

ada orang bertanya, untuk apa pilihanraya kalau pihak yang dah menang sentiasa diganggu-gugat. nampaknya politik di malaysia pun belum matang. masyarakat dididik bahawa hanya sebuah kerajaan sahaja yang layak mentadbir negara. tidak ada parti lain di malaysia yang berkelayakan. ini mitos zaman silam.
keadaan kini sudah berubah. kita kena terima angin perubahan. kes di negeri perak yang pernah dimenangi oleh pakatan rakyat dan kemudian diporak-perandakan oleh agen-agen pemerintah pusat, membina kes rasuah sehingga mereka yang terlibat "lintang pukang" mendapatkan perlindungan politik.
menurut penganalisis politik negara, aparat pemerintah pusat digunakan sepenuhnya untuk menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat negeri perak pada masa itu. sampai kini, orang tetap ingat kebajatan politik pihak pusat. jika begini, betul kata orang, untuk apa pilihan raya?
nampaknya umno dan barisan nasional tenggelam punca apabila ada negeri jatuh ke tangan pembangkang. apa nak hairannya, sedangkan di britain, di amerika syarikat negara yang lebih maju berlaku perubahan politik, sedang malaysia masih ditakut lama.
sebenarnya rakyat ingin melihat umno dan barisan direhatkan dari kesibukan mentadbir negara. cukuplah sudah mereka menggerogoti segala harta yang ada. semua orang tahu, orang umno berjuta-juta bilangannya yang hidup mewah, kaya raya, mereka hidup begitu bukan kerana bakat alam dan intelektualisme mereka, tetapi kerana payungan dari pusat.
zaman dahulu rakyat belum cerdik, kalau exco dapat projek mereka biarkan. biarlah. mereka layak. kalau ada tokoh tertentu di pusat dapat projek perumahan, dapat projek buat jalan, projek tol dan macam-macam lagi orang biarkan.
kini, dengan hal kecil pun orang mulai sibuk. surat sokongan untuk mendaptkan tender terbuka pun dianggap rasuah. akan tetapi jika ia dilakukan oleh para pemimpin umno dan sekutunya, ia dianggap benar.
sebenarnya rakyat keliru apabila melihat dua ukuran undang-undang yang ada di negara kita. satu untuk pembangkang yang begitu cepat dan tangkas tindakannya, dan satu lagi jika terkena batang hidung pihak pusat, maka ia diperlambatkan atau disenyapkan.
kaedah yang popolar di malaysia ialah mainkan isu dengan alat propaganda. media arus perdana sudah kehilangan gizi. orang mulai lari dari mengikuti segala perkembangan negara melalui media itu. bahkan ramai yang tutup tv dan tak mahu mendengar amanat dari presiden parti penguasa.
kerajaan negeri selangor, pulau pinang, kedah dan kelantan, sering diganggu dengan bermacam cerita yang bertujuan menggambarkan pembangkang tidak reti memerintah. yang tahu hanya umno sahaja.
itu cerita dongeng zaman dulu. kini sudah terbukti, bahawa umno pun bukan tahu memerintah. sepak terajang umno gunakan alat kerajaan begitu ketara dan memualkan rakyat. kalau tak ada rakyat tentu tidak bangkit mengadakan perhimpunan BERSIH.
kini rakyat semakin celik politik. anak-anak muda tidak tertarik kepada umno. akan tetapi pemimpin umno setiap hari pujuk budak-budak muda sertai umno. program di sana-sini, perhimpunan belia, perhimpunan pelajar dan apa sahaja adalah bertendensi untuk keumnoan. jika begitu untuk apa diadakan pilihan raya? mereka kata telus, bersih dan terbaik. sebaliknya tuntutan BERSIH masih tidak dilayan.
penggunaan dakwat pun masih kecoh. SPR mahu diwarna-warnikan. tujuan apa? ya, sudah tentu pihak umno melihat ada sesuatu yang perlu dibereskan demi masa depan mereka. []

No comments:

Post a Comment