Friday 24 February 2012

SEBUAH CATATAN PEMULA

TADI SOLAT JUMAAT DI MASJID PAKISTAN, CHOWKIT, KL.
tidak ada apa yang istimewa. ia hanya rutin mingguan. padahal tempat tinggal berhampiran masjid. solat waktu isyak dan subuh di surau. maghrib di rumah berjemaah. seperti biasa, naik ke tingkat paling atas, duduk iktikaf dan baca al-Quran, selain Yasin, al-Waqiah, al-Kahfi, dan permulaan al-Baqarah. duduk berwirid menunggu waktu tazkirah dalam bahasa mereka yang saya tak faham. tak mengapa. bukan hal pelik. sudah biasa sejak tahun 82 lagi. kawan2 yang gelandangan pun ada di sini.
jemaah paling ramai pakistani, bangladeshi dan lain-lain. saya menyelit di antara mereka. sesuatu yang selalu saya saksikan, ramai anak melayu kita berlonggok menunggu nasi bungkus yang dibawa oleh seseorang. nampaknya, ini dah jadi pemandangan biasa.
sesiapa yang ada kelebihan, belilah nasi bungkus, sedekahkan kepada mereka yang kelaparan. pemimpin negara tidak melihat perkara ini, dan saya tak mahu rakamkan dengan kamera untuk tontonan. cukuplah sekadar catatan pemula.
kenapa solat di masjid pakistani? senang nak pergi pasar cari ikan. lagipun, saya mahu tenangkan minda apabila mendengar kutbah jumaat yang teksnya ditulis oleh pijak Jawi. kutbah adalah lemparan wacana untuk jemaah, suka atau tidak, anda perlu diam. bagi yang berfikir, kepalanya akan memikirkan setiap hujah dari kutbah itu.
ia adalah lemparan wacana sehala. anda duduk, dengar dan patuh. jika ada kritikan, simpan dalam minda. tak perlu dihujah lagi di lantai masjid. habis solat keluar, jangan komen apa-apa. tetapi pihak Jawi selalu lupa, setiap ada peristiwa tertentu, kutbah dijadikan ruang untuk mengkritik pihak yang tidak ada peluang untuk menjawab kritikan itu.
sebagai jemaah di kawasan wilayah persekutuan, kutbah yang bernada rtm dan utusan meloya adalah biasa. selain masjid pakistani, saya adalah jemaah tetap di masjid jamek bandaraya, jalan tun perak, kuala lumpur.
sejak tahun 82 hingga kini, saya masioh setia mengunjungi dan solat di situ. di situlah saya bertemu kawan2 baru.
ketika jadi wartawan akhbar dan majalah dulu pun, saya memang kerap bertandang di situ. dan saya tak lupa, sobat baik saya tuan syed jaafar al-sagoff dari johor yang pernah masuk ISA, dia pernah bersama saya terjemah bahan dari Tehran. saya bukan pendukung syiah, tapi sobat saya ni memang kental. ketika dia sebarkan risalah al-quds dia kena tahan. setelah keluar tahanan, dia masih solat dan berbual2 dengan saya.
dan saya tak lupa batu karbala yang dia bawa ketika solat. []24hb.Februari, 2012[]

No comments:

Post a Comment