Sunday 11 March 2012

ALKISAH BUNIAN

Tidak dapat dibayangkan bagaimana indahnya Istana Bunian. Lagu P.Ramlee hanya sebuah gambaran biasa sebagai bandingan sesuatu yang sukar dijelaskan. Daripada cerita yang biasa dituturkan, perkampungan bunian adalah perkampungan biasa sepertimana perkampungan tradisional Melayu. Di dalam kampung itu mempunyai segala-galanya sebagaimana layaknya sebuah kampung.
Dunia bunian merupakan sebuah dimensi "alam lain" sekalipun paparan kisah menunjukkan lokasi penempatan bunian itu adalah kawasan hutan, semak belukar yang tidak ada apa-apa pun yang menarik perhatian.
Perkampungan bunian ada di mana-mana sahaja di setiap negeri. Di Pulau Besar, Melaka, ada sebuah perkampungan bunian yang terletak dekat Marina Resort. Kawasan itu sebenarnya bakal dimajukan tetapi tergendala kerana krisis ekonomi tahun 1997-1999 [menurut sumber risalah "Pulau Besar Fantasi" Tourism Promotion Division, Melaka Tourist Information Centre]. Di situ ada perkampungan bunian. Dan menurut catatan ada 146 buah kampung bunian di Pulau Besar. Jika demikian, bermakna negeri dan perkampungan bunian memang ada di Pulau Besar.
Ada sebuah kawasan tasik di depan Marina Resort yang dikaitkan dengan penempatan bunian. Ia tidak jauh dari pantai, di dalamnya terdapat banyak ikan. Akan tetapi kerana mistik kampung bunian ini, tidak ada sesiapa berani menangkap ikan yang membiak di tasik itu. Mereka beranggapan tasik itu adalah kepunyaan orang bunian dan ikan itu adalah peliharaan mereka.
Kisah bunian ini memang menarik. Ketika mengendalikan majalah Intisari, penulis difahamkan ada maklumat bahawa sebuah perkampungan bunian yang terletak di Alai, Melaka, diwar-warkan konon akan memberikan dana berupa wang simpanan mistik alam bunian bernilai jutaan ringgit.
Sesiapa yang ingin mendapatkan sebahagian dana dunia bunian itu, seseorang itu perlu mengadakan ikat janji dengan ketua masyarakat bunian, yang antara lain perlu berkahwin dengan gadis bunian, menjadi penghuni perkampungan bunian dan diberi hak sebagai penduduk perkampungan bunian selama-lamanya. Bagaimanapun, sekiranya anda ada komitmen di luar perkampungan, ia tidak ada masalah. Anda dibenarkan keluar dari perkampungan untuk menziarahi dunia nyata anda.
Berbagai kisah bunian yang menarik diceritakan orang. Di Ipoh, Perak, ada sebuah perkampungan bunian di sekitar Gunung Datuk. Kisah orang biasa berkahwin dengan gadis bunian pernah dipaparkan di dalam kajian orang putih [dalam "Notes and Inquiry" JMBRAS] Toh Panglima Kinta pada masa dulu pergi ke gunung tersebut dan menetap di perkampungan bunian.
Seorang penjelajah misteri memberitahu, pernah memasuki perkampungan bunian. Yang menganehkan, keadaan kampung itu seperti perkampungan tradisional Melayu, suasana harmoni, tenang dan damai, tetapi tidak ada kemudahan moden seperti di luar sana. Ketika diberi makan pisang, kulit pisang yang dicampakkan dengan tiba-tiba tumbuh pokok pisang.  Pokok buah-buahan yang ada, jika dipetik buahnya, ia boleh hilang dengan tanpa disedari jika kita teringin hendak memetik lagi.
Perkampungan bunian ada di mana-mana sahaja, di sekitar Bukit Belachan, Ampang, Selangor, ada orang bercerita, terdapat sebuah perkampungan bunian. Penduduk bunian mengerjakan solat Jumaat macam biasa, dan mereka juga pergi ke kedai runcit. Mereka membeli barang keperluan tetapi tukaran wang tidak diperlukan. Berapa baki wang yang ada ditinggalkan begitu sahaja. Bermakna mereka bukan orang susah.
Di kawasan rumah mini Malaysia, Ayer Keroh, Melaka, juga ada "terowongan" menuju ke perkampungan bunian. Sesiapa sahaja yang melawat perkampungan itu akan dibawa berjalan-jalan oleh ketua kampung, melihat keadaan perkampungan yang indah. Mereka juga membawa "penziarah" untuk melihat simpanan emas yang disimpan di kawasan gua, misalnya di Kota Gelangi, Pahang.
Alasan itulah pencerita mengatakan di Melaka ada "terowongan" menuju ke alam fantasi bunian. Ia tembus ke Pahang.
Kisah bunian tidak habis begitu sahaja, ramai juga lelaki biasa yang berkahwin dengan gadis bunian dan menetap di alam bunian. Mungkin hijrah mereka ke dunia bunian lebih baik jika dibandingkan dengan dunia nyata biasa yang banyak masalah.
Setiap daerah di negara kita ada sahaja cerita yang mengatakan perkampungan bunian dikesan di kawasan pinggir hutan atau belukar kampung. Orang bunian juga sesekali muncul di penempatan manusia biasa. Ada yang beritahu, jika ingin tahu penghuni bunian bagaimana, perhatikan bibir atasnya di bawah hidung yang rata, tidak ada lekuk seperti kita. Keterangan ini bukan satu yang pasti.
Kemudian tidak kurang juga yang mengatakan perkampungan bunian ada di Gunung Ledang. Kesan cerita masa silam tentang Puteri Gunung Ledang masih mewarnai pengalaman setiap orang yang pernah menjejaki puncak Gunung Ledang.
Seorang teman yang pernah berguru di Cirebon, Jawa, memberitahu, dia memiliki selendang pemberian dari penghuni kampung bunian di Gunung Ledang. Seorang pegawai jabatan pertanian di Chembong, Negeri Sembilan memberitahu penulis, dia ada menyimpan selendang bunian dan sebilah keris kecil dari alam bunian.[]

21 comments:

  1. Salam saudara, saya Hj Muhammad, penulis blog Nukilan Bentara Tujuh. Saya ingin mempelawa saudara untuk membaca blog saya, perihal Kebenaran mengenai Bunian. SubhanAllah, banyak yang kita ketahui mengenai Para Bunian adalah tidak benar. Mereka bukanlah dari golongan jin, sebaliknya dijadikan dari cahaya sama seperti Malaikat. Bezanya Malaikat tiada jantina, tidak makan, tidak minum dan tidak tidur. Para Bunian dijadikan berbentuk manusia supaya mereka dapat berdamping dengan manusia untuk membantu mereka yang dianiaya. Selain daripada itu, Para Raja-raja Bunian yang bersayap dan bermahkota berperang setiap hari dengan iblis dan jin kafir. Silalah berkunjung ke blog saya jika saudara ingin mengetahui kebenaran mengenai makhluk Allah yang kita kenali sebagai Bunian. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    ReplyDelete
  2. sudah2 la tu bentara tujuh .....ko percaya dgn apa yg ko percaya ...org lain bior dgn apa yg mereka percaya...macam la ko punya je betul....org lain semua tak betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum

      Betul tu aiman. Pengalaman aku,bunian ni tiada jazad,tiada suara hanya tulisan tulisan saja itu pun tumpang jazad manusia untuk berhubungan .Ini boleh rakam pulak tu. kkkkkkkkkkkkk.Tapi tak mustahil bila tiba 10 tanda besar kiamat mereka berjasad dan bersama sama menegakkan ugama allah.Sila rujuk hadis nabi berkaitan panji panji hitam dari timur dimana ahlul bait,para syuhada perang badar,malaikat akan bersama sama khalifah islam Imam Mahadi berjuang menentang kebatilan.Wallahualam.

      Delete
  3. Salam.. nak tanye sikit je... bunian ne ada x zaman adam awal?

    ReplyDelete
  4. Tak payah la nk penipu.......

    ReplyDelete
  5. Hebat sgt ke raja bunian ko.......

    ReplyDelete
  6. Kalau kau handal cuba ko cari sape aku....hantar bunian ko tu cari aku.....aku cabar......nk hantar biar ramai tau.....jgn dok penipu org.....manusia bodo boleh la ko tipu hj muhammad......bentara 7 la........puiiiiiiii

    ReplyDelete
  7. Ko boleh hantar jin bunian ko dan ketua ketua bunian ko cari aku aku cabar nie nama aku putra Hesle

    ReplyDelete
  8. Nak tlg org biar la iklas bukan nk tunjuk tunjuk sape kite.......takut aku cuma kepada allah bukan raja bunian lahanad ko.......aku cabar ko bentara 7 dgn puteri nur.....kite tempur di alam ghoib....dah lama aku besabar dgn korang....aku nk tgok ko punya bunian hantar nie nama aku putra hesle

    ReplyDelete
  9. Ko nk seru sape lagi raja bunian seluruh dunia ka takde hal demi allah aku ckp.. aku nk cabar raja bunian ko......putra hesle👈

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia sesama manusia nk bergaduh pasal bunian..pastu ajak bertempur pulak di alam ghaib ..sampai kiamat pun takkan korang dpt jln penyelesaiannye

      Delete
  10. Masih blurr dan confused pasal bunian ni. Secara jujur, saya saja google hukum hakam menyimpan batu delima dan sebagainya. Then terjumpa pulak blog ni, tapi jujur dikatakan, sumpah dengan nama Allah saya ada dapat batu delima dari bunian. Sekarang cuma simpan je, lagipun tak boleh taksub takut jatuh syirik. Kalau betul lah menggunakan khidmat bunian dan berkawan dengan bunian tak syirik, apakah bukti dan jaminannya?

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Dalam al quran tak ada pun disebut BUNIAN. yg ada jin. "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan menjadi beribadah".
    Jgn tafsir al Quran sesuka hati.

    ReplyDelete
  13. Dalam al Quran disebutkan, didalam peperangan badar, Allah menghantar malaikat , tak pula disebut bunian.
    Jgn tafsir al quran sesuka hati.

    ReplyDelete
  14. Dalam kitab kitab tauhid dinyatakan, malaikat dijadikan oleh Allah dari nur. Tidak pulak disebutkan 'ada lagi yg namanya bunian juga dijadikan dari nur'.
    Jgn tafsir al quran sesika hati.
    Bertaubatlah.
    Dalamilah kitab kitab tauhid.
    Jgn jadi mulhid.

    ReplyDelete
  15. Kembalilah kepada aqidah yg benar. Aqidah ahli sunnah wal jamaah.
    Ajak jin tu sekali kembali KITABULLAH.
    di Makaysia ni banyak sekolah pondok.
    Pegilah rujuk dan belajar dgn Tyan tuan guru pondok yg BERTAULIAH.

    ReplyDelete