Tuesday 27 March 2012

PAHLAWAN MELAYU LARI KE MANA?

CATATAN INI BERMULA DARIPADA MONOLOG. pahlawan ini dikatakan pernah berkata, bahawa tak kan melayu hilang di dunia. kena faham, apa yang dimaksudkan dengan dunia di sini. sebab dunia mempunyai banyak makna. ada berbagai dunia yang selalu orang bincangkan. dan kehilangan melayu ini di dunia kecil melayu. sebabnya melayu memang tidak ada pahlawan sejak dahulu kala pun.
ada kawan berkata, pahlawan melayu yang bernama Hang Tuah ini berasal dari kepulauan riau sana. mereka bukan nak jadi pahlawan, tetapi sengaja kehadiran lima sekawan itu disensasikan untuk dijadikan penglipur lara. di zaman dulu dunia melayu tidak kenal aspek pembuktian. perawi cerita pahlawan melayu ini tidak diukur dari aspek mustalahat hadis. perawi sebenar tidak diketahui, dan kita hanya berpegang kepada riwayat yang ditulis oleh tun seri lanang. itu nama samaran. dia seorang pembesar yang tahu menulis dan menyusun cerita. perawiannya mungkin benar atau mungkin hanya fiksyen sahaja.
Jadi, setelah Melaka diserang Portugis, ke mana sahaja pahlawan melayu pergi? kemungkinan dunia kepahlawanan melayu mengalami kejutan apabila melihat kapal Portugis membawa meriam yang berat-berat dengan peluru yang besar. selama ini dunia kepahlawanan melayu hanya kenal keris berluk-luk, itupun khabarnya mujur ada empu yang buatkan keris untuk dipasarkan di melaka.
Apabila Melaka diserang Portugis, maka luluh-lantaklah kepahlawanan melayu Melaka, tidak ada gunanya bersilat sebagaimana cerita panjang pentang pertarungan Hang Tuah - Hang Jebat, atau Hang Kasturi itu. siapa bertarung dengan siapa pun periwayatannya mengelirukan.
Jadi, apabila Hang Tuah mengalami kejutan budaya dan kehilangan keris ternama, dia memilih untuk mendiamkan diri atau istilahnya bersara penuh. tidak mahu campur tangan atau beri pendapat tentang hal ehwal kenegerian.
Dia melarikan diri, merajuk dan tinggal di sebuah kampung pedalaman. Di kampung itu dia menyamar sebagai orang biasa, dia tidak membawa gelaran, tidak membawa keris dan tidak membawa apa-apa pangkat kebesaran.
Di kampung itu dia menggunakan nama biasa, Rahman Tuah. Orang pun tak tahu siapa dia sebenarnya. Walau dia adalah pembesar Melayu di istana dan pernah jadi pahlawan Melaka. Melaka kalah perang dengan Portugis kerana alat perang Portugis jauh lebih canggih. ketika inilah mata pahlawan melayu mulai terbuka, rupa-rupanya keris tidak boleh berlawan dengan meriam. macam meriam katak nak melawan peluru exocet tentu tak berpada.
Di kampung itu Rahman Tuah membodohkan diri. Dia tak mahu cerita tentang istana dan raja lagi. Dia tak mahu cerita tentang kawan-kawannya yang empat orang itu. Dia tidak peduli dengan asal keturunan kawannya itu, sebab ada orang kata mereka itu keturunan China belaka, pernah tinggal di Bukit Cina Melaka.
Rahman Tuah adalah Hang Tuah. Dia telah membuang segala-galanya, dan tidak mahu dikenali sebagai pahlawan melayu lagi. Dia semacam kesal berkhidmat dengan raja Melaka yang perangainya tak boleh diikuti. Dia pun menyesal sebab naik ke Gunung Ledang nak meminang Puteri Gunung Ledang.
Dia tahu puteri itu adalah suku sakat Nyi Roro Kidul di Jawa.
Puteri itu diusir dari Jawa, pindah ke Sumatera, dan dari sana dia lari ke Melaka, lalu bermastautin di Gunung Ledang. Di Jawa kerabat puteri ini banyak menghuni kawasan pergunungan, termasuk gunung berapi yang masih berasap dan meletup bila-bila masa.
Di Melaka, setelah bersara penuh, Rahman Tuah tidak mahu membongkar rahsia dirinya sebagai pahlawan Melayu Melaka. Dia lebih suka membahasakan dirinya Pakcik Man.
Penduduk kampung hanya hairan bagaimana Pakcik Man lebih tahu tentang istana sultan Melaka, tentang kerajaan Majaphit, persilatan Melayu dan fitnah yang melanda seisi negeri.
Pakcik Man adalah pahlawan melayu Melaka yang dulunya terkenal dengan panggilan Laksamana Hang Tuah. Gelaran laksamana masih ada dalam tentera kita.
Pakcik Man sedar, cerita dalam SEJARAH MELAYU itu periwayatannya boleh dipertikaikan. begitu juga apabila ditanya tentang HIKAYAT HANG TUAH. sebab ketika dia masih hidup, kedua-dua kitab hikayat itu belum ada. ia dikarang setelah Pakcik Man bersara penuh.
Pakcik Man pun tak ambil peduli kalau ada orang nak mengarang hikayat tentang Melayu dan pahlawan Melayu. Buatlah sesuka hati kamu. Lagipun Pakcik Man sudah tahu, pengarangnya mesti buat tokok tambah, pahlawan Melayu bijak berkeris. Itu pengarang yang cakap. sebenarnya Pakcik Man pun banyak kali terkena keris. Calar balar dibuatnya.
Inilah politik zaman dulu. Cerita mestilah indah khabar dari rupa. Pakcik Man sendiri mengakui dia bukan pandai bersilat. Setakat bersilat bolehlah, namun nak kalahkan Portugis, nak tentang peluru meriam dan pedang panjang mereka, memang tak mampu. Keris yang dipegangnya pun pendek, mana nak lawan dengan pedang Portugis?
Selama orang heboh mempertikaikan Hang Tuah hilang ke mana, Pakcik Man sebagai orang yang digosipkan hidup dengan tenang. Dia tak tahu apa pun. Sebab masa dulu mana ada televisyen, mana ada surat khabar, mana ada blog macam hari ini?
Sebab itulah, kewujudan Pakcik Man di sebuah kampung di Melaka tidak dipedulikan orang. Dia hanya orang kampung biasa. Buat apa nak tunjuk silat atau menjadi mahaguru silat untuk mengajar silat? Jika dia buat begitu, tembelangnya nanti pecah. Orang akan tahu dia adalah Hang Tuah yang di cari-cari.
Dek kerana Hang Tuah telah "ghaib" dari bumi Melaka, perawi bebas untuk berkata apa sahaja. Biarlah dia meriwayatkan dengan jalan yang sahih atau jalan yang batil. Biarlah cerita itu daif. Dia tidak mengkaji ia hasan atau mauduk.
Cerita Hang Tuah bukan mustahak. Ia hanya sebuah fiksyen. Sesiapa pun boleh tulis semula kisah Hang Tuah dengan versi baru.
Pakcik Man pun tak tahu ada seorang guru silat membawa khabar ahli bid'ah mengatakan dia jumpa sosok Hang Tuah di dalam hutan dekat sempadan Malaysia - Thai.
Pakcik Man kalau ikut standard umur manusia biasa dia tidak boleh hidup lama. Paling tidak dalam usia 80 tahun dia sudah uzur amat. Jadi setelah Melaka ditawan Portugis, setelah Kota Melaka didirikan, begitu juga St Paul yang megah itu, Pakcik Man tidak ada minat lagi hendak berpolitik.
Dia lebih suka duduk di masjid atau surau kecil. Sembahyang jemaah pun tidak ramai orang. Masa itu anak-anak kampung kurang ilmu, mereka tidak utamakan solat di masjid. Bahkan ramai tak tahu solat pun, kalau tak ada siapa mengajar mereka tentang solat.
Jika orang tanya kenapa kisah Hang Tuah lenyap begitu sahaja, dan bagaimana keadaan akhir hidupnya, maka Pakcik Man boleh ceritakan. Dia tidak mahu ungkit perkara lepas. Masa dulu mana ada wartawan penyiaran nak buruk Pakcik Man dapatkan cerita? Mana ada pegawai Arkib Negara nak rakamkan temubual eksklusif dengan bekas pahlawan ulung itu?
Tengoklah cerita Mat Kilau, dia menentang orang putih sejak sebelum merdeka. Malaya sudah jadi Malaysia pun dia masih dalam dunia kecilnya, memencilkan diri dari pengetahuan sejarawan negara. begitu Hang Tuah, setelah dia memilih menggunakan nama Rahman Tuah, dia rasa bebas sepenuhnya. Tak ada siapa ganggu dia.
Kerabat istana pun tidak cari dia. Wartawan pun tak datang kumpul bahan cerita. Mungkin orang macam Pakcik Man ini akan diberi gelaran hebat entah Tan Sri, Tun atau Datuk Seri atau Tan Tin Tun.
Senyapnya Hang Tuah adalah kerana dia ingin menyepi. Tak mahu diganggu orang lain. Tun Seri Lanang pun tak cari dia. Dia duduk di kampung jadi orang kampung biasa, duduk di masjid atau surau, mengejai, solat dan beribadah.
Dia tak mahu buat perguruan silat. Dia sudah belajar di jawa dulu. Diajarkan ilmu kejawen, ada pertapaan semua konon untuk mendapatkan ilmu kanuragan, jadi orang hebat, jadi kebal keris, tidak lut senjata tajam dan sebagainya. Itu ilmu tambahan yang bercampur dengan bantuan jin. Kini Pakcik Man sudah insaf, dia tidak mahu buat kerja karut begitu.
Di zaman dia berkhidmat dengan Kerajaan melaka, memanglah dia hantam sahaja. Kalau pembesar suruh bertapa dia pun bertapa. Ia macam belajar di universitilah. Tamat belajar dia jadi pahlawan Melayu, gelaran paling hebat. Boleh keluar masuk istana, dan kerap mengiringi Sultan Melaka.
Ahli sejarah tidak dapat mengesan di mana Hang Tuah menghilang. Ini semua gara-gara Pakcik Man tidak mahu kecoh atau cari nama. Jika dia isytiharkan dirinya sebagai pahlawan melayu bernama Hang Tuah orang tak akan percaya.
Apa buktinya? Bukan ada ujian DNA pada masa dulu.
Di kampung itu, ada seorang lelaki berumur yang mengesyaki bahawa Pakcik Man bukan sebarang orang. Setiap hari dia himpit Pakcik Man di masjid atau surau. Dia suruh Pakcik Man cerita tentang istana Melaka. Cerita tentang kecantikan Puteri Gunung Ledang.
Ketika Pakcik Man sudah terlalu uzur, dia sendiri tak dapat mengingat kisah-kisah lama. Pengalamannya sebagai pahlawan Melayu Melaka luntur begitu sahaja. Tidak ada tukang catat menulis kisah Pakcik Man di masa silam.
Apabila dia meninggal, dia meninggal sebagai seorang kampung biasa. Dia perantau dari luar kampung itu. Dia tinggal di kampung itu dan kemudian meninggal dunia. Kisahnya tenggelam begitu sahaja. Inilah sebabnya kisah Hang Tuah tenggelam. Tidak ada siapa tahu ke mana dia pergi. Sebab di Melaka tidak ada orang yang pandai menulis dan membaca selain baca al-Quran sahaja.[] 

9 comments:

  1. apa jadah ko tulis ni, nampak sangat ko ni buta sejarah, ni aku bg contoh

    But besides the arms thus enumerated, the Portuguese and Spaniards, when‘ they first arrived, found the most advanced of the Malayan nations in possession of firearms. This is De Barros’ account of the artillery captured by Alboquerque in Malacca. " And of artillery,” says he, “we found no more than 3000 out of 8000 pieces, which Ruy de 'Arajo (a prisoner of SequieraVs fleet) had stated to be in the city. Among those taken were many of great size (muy grossas),and one very beautiful piece which the King of Calicut had lately sent.”—Book vi. c. 2

    http://en.wikipedia.org/wiki/Capture_of_Malacca
    ko leh tngok rujukan2 dari portugis kt dalam wiki ni

    ReplyDelete
  2. sbgai pusat perdagangan dunia, takkanlah Melaka masa tu x de meriam2 yg canggih. analoginya mcm ni, bygkan, amerika yg dikatakan maju tu, peralatan perang diorg lebih mundur dri Malaysia. x ke pelik? what the heck?

    ReplyDelete
  3. mengarut la hai... -_-

    ReplyDelete
  4. Mengarut tidak Ade yg benar tentang hamba berdusta belaka
    Yg benar hang tuah

    ReplyDelete
  5. Astaghfirullah... Kalau fikir logik pun bolehlah.Mustahil Kerajaan Melaka yang merupakan pelabuhan yang menghubungkan Barat dan Timur yang telah pun dikunjungi pedagang dari Arab,Turki Uthmaniyah,China dan Eropah semundur itu. Kalaulah Melaka semundur itu,mustahil Melaka boleh menang dalam serangan pertama Portugese!!! Menurut catatan yang dibuat oleh Godinho Eredia, sewaktu kedatangan Portugis di Melaka, jumlah meriam yang dipunyai kerajaan tersebut adalah sangat banyak. 3,000 pucuk meriam besar telah dijumpai di dalam kota Melaka sementara 5,000 pucuk lagi telah sempat dibawa lari oleh tentera Melaka apabila kota itu tumbang. Albuquerque menyatakan bahawa terdapat 2,000 pucuk meriam yang diperbuat daripada tembaga dan yang lain diperbuat daripada besi.Ada juga catatan dari mana saya dah lupa,tetapi catatan itu mengatakan kapal perang milik Kerajaan Melayu Melaka adalah tiga kali lebih besar dari kapal perang portugese dan dilengkapi dengan meriam yang canggih.Tetapi,ada pengkhianatan dan pembelotan telah berlaku,kapal-kapal tersebut telah bekerjasama dengan Portugese dan menyerang kota Melaka yang agung itu.Kesultanan Melayu Melaka jatuh bukan disebabkan peperangan sebanarnya,tetapi disebabkan pembelotan pembesar Melaka!!! Hang Tuah menyepi bukanya sebab ketakutan terhadap Portugese,tetapi ianya disebabkan oleh dia kecewa dengan sikap orang Melayu waktu itu.Jadikanlah sejarah ini sebagai kunci untuk kita semua bersatu padu agar kedaulatan negara kita berkekalan dan kita mampu mewujudkan semula kegemilangan Tanah Melayu ini!!!

    ReplyDelete
  6. saudara haikal alias .... satu pendapat yang terbaik.jadikan pedoman bagi yang tak berpedoman.

    ReplyDelete
  7. ENAK di baca dan jalan cerita penuh fantasi

    ReplyDelete