Wednesday 2 May 2012

PUISI-PUISI BERSIH 3.0

SUKARNYA BERKATA BENAR

andai begitulah jadinya
tidak siapa berani turun ke lapangan sasar pemedih mata
dan air kimia
seseorang telah menerima titah
pergilah ke lapangan itu
bicaralah sesuai dengan pancainderamu yang sempurna
jangan kamu cacatkan satu inderapun
kerana semua sudah tahu bahawa dia seorang yang sempurna.

tetapi di lapangan sasar itu ketika semua orang memadati ruang
etika apa pun tidak diperdulikan lagi
seseorang diperintah berkata dusta
sedangkan punya indera yang lengkap sempurna
betapa jengkelnya diri
apabila diminta berkata dusta
di pentas dan mimbar media
betapa anak-anak kampung yang datang dari seluruh pelusuk negeri ini
mereka orang gasar
mereta tidak tahu matlamat juang
mereka hanya tahu mengikut
siapa membawa telunjuk siapa?

begitulah setelah berada di lapangan sasar
wadah pelemparan gas memedihkan mata
wadah keganasan yang disaksikan umat
ia menjarakkan pandangan
kepedihan di lapangan sasar itu akan tetap diingat
begitu sukarnya memperjuangkan kemerdekaan
kala pemikiran kita dijajah sekian lama
menancap keris purba tidak punya makna.

Kg.Sg.Merali, Gombak,
KUALA LUMPUR.

No comments:

Post a Comment