Tuesday 1 May 2012

DATARAN MERDEKA SETELAH BERSIH 3.0

BAYANGKAN dataran merdeka selepas ini akan menjadi dataran paling sunyi. tenang. tak ada apa aktiviti, kerana khabarnya DBKL hanya memperuntukkan dua acara penting sahaja di dataran itu, hari Merdeka  dan hari Wilayah.
Kita harap, apa pun aktiviti sosial yang tak berfaedah di dataran itu perlu diharamkan. Jangan jadilan dataran merdeka sebagai tempat artis melalak, artis dedah aurat menari dan melompat di atas pentas, atau apa sahaja program hiburan yang menjurus kemaksiatan.
Ketika kumpulan Bersih memohon jasa baik DBKL untuk berhimpun di situ tidak dibenarkan, maka perhimpunan atas nama NGO atau parti politik tidak wajar DBKL benarkan.
Mungkin selepas ini pihak DBKL akan lebih berhati-hati nak luluskan apa pun permit pengacaraan di dataran kerana malu. DBKL patut berasa malu kerana meluluskan permit perkara maksiat, sementara permit untuk sebuah perjuangan menuntut kebenaran dinafikan.
Dengan perkara kecil inilah, kita harap dataran merdeka biarlah jadi padang yang sunyi, jauh sekali hendak diperingati sebagai tempat pejuang kemerdekaan menunut kemerdekaan. Perhimpunan Bersih 3.0 yang sepatutnya dibenarkan di dataran itu telah dinafikan oleh pihak yang mendakwa sebagai pemilknya.
Apa pun orang faham, bahawa DBKL adalah pihak yang paling tertekan, ditekan oleh para pemimpin atasan untuk bersikap sedemikian.
Kesan daripada sikap ini ialah pertanyaan yang tidak berhemah, bahawa dataran merdeka hanya untuk dua acara penting sahaja. Bulan Februari dan bulan Ogos. Bagaimana kalau dataran itu dibuka untuk acara lain yang tak berfaedah macam perarakan kereta berhias, flora dan fauna, perarakan gendang, perarakan kompang, perarakan silat, dan macam-macam perarakan termasuk kereta lasak?  Jelas DBKL sudah tidak menepati janjinya.
Kesannya kepada orang ramai yang terpedaya, mereka tidak akan jengah dataran itu kerana ia tetap dataran larangan. Jika ada konsert apa pun di situ anjuran kementerian dan jabatan berkaitan kesenian, orang pun enggan ke situ atas alasan ia kawasan larangan. Tidak dibenarkan berhimpun di situ apalagi hendak menyaksikan persembahan pentas yang tak berguna di sisi agama itu.
Apabila orang takut nak jenguk dataran, biarlah dataran itu dijadikan tumpuan pelancong. Pelancong tengok dataran bukan sebab dataran itu cantik, tidak. Mereka kena ikut bas persiaran. Mana bas itu pergi mereka ikut, orang naik mereka pun naik, orang turun mereka pun turun. Berapa ramai hendak mendengar celoteh pemandu pelancong mengatakan dataran ini bersejarah.
Dataran merdeka setelah Bersih 3.0 sudah menjadi dataran menggerunkan. Maknanya, jika tak ada apa-apa yang mustahak, tak payah jengah tempat itu. Tak jenguk dataran pun tak apa, bukan ada fadilatnya, bukan dapat pahala pun. Maksiat sahaja yang ada di situ.
Setiap kali orang lalu di situ, mereka akan terpandang dataran. Mereka pasti teringat akan perhimpunan Bersih 3.0 yang hebat dan menggugat. Mereka tak boleh nafikan bilangan orang yang berhimpun, tidak boleh kata sekatat 5 atau 10 ribu orang. Atau mereka akan kata tak ada sambutan.
Bayangkanlah, bagaimana seandainya perhimpunan itu tidak dapat diadakan kerana kurang sambutan?
  • media pemerintah akan mengatakan bahawa perjuangan pihak pembangkang sudah sampai ke titik akhir. Selepas ini perhimpunan tidak mendapat sambutan, daya tarik kepimpinan tokoh itu telah menurun. Dalam bab penurunan ini pun, setiap hari media pemerintah akan memberitakan dan melaporkan, mengulas, menganalisis, dipanggil sebesar-besarnya profesor yang ada suruh duduk dan temuramah. Maka Prof itu pun merapulah mengatakan bahawa ini bukti perjuangan pihak pembangkang tak dapat sambutan, dan rakyat kembali kepada gelombang biru.
  • setiap hari ada sahaja pemberitaan dan laporan serta ulasan orang tertentu mengenai masa depan pembangkang setelah perhimpunan itu gagal diadakan. Pihak media macam gelisah sebab perhimpunan tidak dapat diadakan, mereka resah dalam bikinan. Jadi, dapat sambutan atau tidak dapat sambutan, Bersih yang diperjuangkan tetap mendapat liputan.
  • kemudian NGO pencacai yang menjadi rakan karib Umno termasuk yang silat lintang pukang pun ikut sama tumpang sekaki. Maka masing-masing mengucapkan rasa syukur rakyat sudah sedar dan kembali kepada Umno.
  • perhimpunan pun dibuat oleh puak-puak propemerintah bagi menggambarkan kehebatan mereka. Hanya mereka perlu sediakan duit dan makanan. Jika tidak, mereka tidak mahu menyertai perhimpunan itu.
  • ada NGO yang bersuara agar dataran merdeka itu dibuka kepada umum, agar apa sahaja acara boleh diadakan di situ, tanpa mengira penting atau tak penting. Mereka lupa bahawa perhimpunan bersih 3.0 adalah perhimpunan paling penting dalam sejarah Malaysia moden yang dinafikan. Maka resahlah mereka nak mengambil keputusan. [] 

No comments:

Post a Comment