Saturday 2 June 2012

ADA PULA SUMPAH POCONG

KENAPA DIPANGGIL SUMPAH POCONG? Bukan sumpah si burung pucung, tapi orang yang dimestikan bersumpah itu perlu dikafani macam orang mati. Dia kena bersumpah bahawa dia tidak terlibat atau tidak melakukan suatu apa pun sebagaimana petuduhan yang telah dibuat.
Biasanya kes ceroboh rumah orang, kes mendekati zina, atau sudah berzina, kes bomoh ilmu hitam yang mengenakan ilmu kepada seseorang, akhirnya bomoh itu dimarahi orang ramai. Si bomoh perlu melakukan sumpah pocong untuk menafikan bahawa dia memang mengamalkan ilmu jahat, mengenakan orang dengan ilmunya. Biasanya kes yang berar-berat sahaja kena buat sumpah pocong.
Kalau nak tengok hantu pocong, maka ketika sumpah pocong diadakan, bolehlah tengok puas-puas.
Sumpah pocong ini konon adalah tradisi dari alam kubur. Ia dilakukan oleh orang-orang yang terpaksa bersumpah kerana tuduhan sesuatu yang dianggap berat. Ia dilakukan dengan saksi, pelaku sumpah pocong perlu dikafani macam orang meninggal, terlentang dan kemudian ada yang bacakan sumpahnya dengan saksi yang ada di dekatnya.
Sumpah pocong ini tidak ada di Malaysia. Di Malaysia kita hanya dengar orang bersumpah di masjid, ada pemimpin besar kita bersumpah di masjid menafikan dia ada hubungan dengan gadis Mongolia bernama Altantunya. Ada orang bersumpah sebab edarkan video seks seseorang lain. Sumpah-sumpah begini adalah mainan, memainkan al-Quran dan masjid.
Orang yang bersumpah pocong tadi, selain dikafani kena berbaring terlentang macam orang mati, ada juga yang dikafani tetapi duduk sahaja, nak kata kafan sangat pun tidak, sebab kain putih dikelubungkan pada warga yang dituduh untuk menafikan. Sumpah ini adalah adat orang kampung terutama di Jawa Timur.
Dalam Islam tidak ada ajaran sumpah pocong begini. Mereka tahu. Ia hanya tradisi setempat yang berkaitan dengan adat.
Ia dilakukan untuk membuktikan bahawa tuduhan terhadap seseorang itu tidak benar. Tuduhan tanpa bukti. Orang yang dituduh perlu menjalani sumpah pocong untuk membersihkan namanya. Jika dia menipu, dan melanggar sumpah pocongnya, maka dia sendiri akan menerima bala nanti atau laknat dari Tuhan.
Mereka juga sedar ada hadis Nabi s.a.w. yang menyebut: "Sesungguhnya, Allah s.w.t. melarang kamu bersumpah dengan nama-nama bapa kamu, maka sesiapa yang bersumpah maka hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah atau diam." Dan dalam lafaz yang lain, "Maka janganlah engkau bersumpah kecuali dengan nama Allah." [HR.Bukhari dan Muslim]
Sumpah pocong cara Jawa Timur ini dilakukan kalau ada kes yang meragukan kebanrannya. Ada kes, masalah bid'ah, fitnah yang dikenakan kepada seseorang, ada juga kes persengketaan antara penduduk kampung, dan ada juga kes yang dianggap oleh Imam kampung yang layak untuk sumpah pocong.
Pelaku sumpah adalah orang atau pihak yang diftnah, dituduh, atau ingin menegakkan kebenaran yang sungguh-sungguh. Sesudah menjalani sumpah pocong, orang itu dianggap bersih dari tuduhan.
Ketika sumpah pocong, beberapa saksi dipilih, antaranya dari keluarga pelaku yang dituduh, imam atau ulama, tokoh masyarakat setempat dan wakil kerajaan yang dilantik. Kemudian tempat sumpah pocong biasanya di masjid, jika menipu ditempat suci itu, maka laknat dan azab akan menimpa orang yang bersumpah.
Anehnya, sebelum ritual sumpah pocong, orang itu akan dimandikan dulu seperti mayat. Ia dimandikan oleh keluarganya dan saksi melihat pemandian itu. Setelah mandi, orang itu dibalut dengan kain putih atau istilahnya dikafankan.
Dia diminta mengucap dua kalimah syahadah. Kemudian diadakan majlis bacaan Yasin, tahlilan seperti layaknya amalan baca Yasin selepas ada kematian.
Seterusnya disusuli dengan upacan sumpah pocong.
Contohnya:
Bismillah...[hingga habis] Dengan nama Allah yang Maha Melihat semua yang saya lakukan maka saya...[nama] dengan sedar mengatakan bahawa tindakan yang ditimpakan ke atas saya adalah fitnah dan apabila ada dusta atas sumpah saya, saya sedia menerima azab dan laknat dari Allah berupa: [disebutkan satu persatu oleh orang yang bersumpah]
kemudian disusuli dari kesan sumpah:
"...dan kesan dari sumpah saya, tujuh keturunan  tidak selamat, sanggup mati saat pengakuan sumpah, sanggup mendapat musibah sakit dan lain-lain..."
Kemudian saksi dan ketua upacara akan berdoa, doa pengampunan kepada Allah s.w.t. tentang segala kesilapan yang telah berlaku.
Setelah itu kain putih dibuka, semua orang bersalam-salaman atau berdakapan dengan semua yang hadir, termasuk kelompok yang menuduh orang yang melakukan sumpah pocong.
Diharapkan setelah sumpah pocong, kedua-duanya, pihak penuduh dan yang tertuduh berdamai.
Begitulah adat dan ritual sumpah pocong yang mereka lakukan. []

No comments:

Post a Comment