Sunday 3 June 2012

DULU KUGIRAN, SEKARANG BAND GROUP

Dulu orang menyebutnya pancaragam, kerana ia berbagai ragam. Bukan ragam apa, tetapi ragam alat-alagt muzik yang dimainkan. Ada conga, ada drum, ada marakas, akordian, double bass, gitar kapuk, trompet dan sebagainya.
Kemudian di zaman P Ramlee timbul pula nama Kugiran iaitu Kumpulan Gitar Rancak. Kumpulan ini mestilah memainkan muzik yang rancak, baik twist, a go-go, pop dan sebagainya. Puncak pengaruhnya adalah kemasyhuran kumpulan The Beattles.
Itulah kemuncaknya kugiran di dalam dunia Melayu. Tahun 60-an paling banyak kumpulan muzik ditubuhkan. Media hiburan ketika itu asyik memaparkan kumpulan muzik dengan berbagai nama. Ada yang bernama The Rythmn Boys, The Swallows, The Clans, The Twillights, Les Fentons, Siglap Five, Orkes Nirwana, Ramlees, Sandblues, Sanggam Boys, The Buglers, Kilat, dan banyak lagi nama-nama kugiran. kebetulan pada masa itu pihak RTM menganjurkan Juara Kugiran dengan Karim Mohammad menjadi pengacaranya.
Bayangkanlah, ketika itu ramai umat Melayu leka, lalai dan ketagih amat dengan muzik dan nyanyian yang melekakan dan melalaikan.
Percampuran lelaki perempuan, dedah aurat dan kecenderungan mendekati zina adalah fenomena biasa ketika itu bagi menggambarkan corak budaya pop, budaya jahiliyah Melayu yang jarang diperkatakan pada zamannya.
Apabila bilangan kugiran sudah kendur, maka nama kugiran sudah tenggelam ia diambil alih oleh group baru pula dengan membawakan corak persembahan yang lagi agresif meninggalkan corak The Beattles, The Bee Gees atau Deep Purples.
Dunia persembahan nyanyian dan muzik tidak pernah suram. Ia marak kerana ada agen yang mempopularkan persembahan mereka, baik televisyen, radio atau persembahan pentas di mana-mana pesta maksiat yang dianjurkan oleh pihak tertentu.
Semua penganjuran pesta dengan berbagai nama itu selalunya menyertakan hiburan nyanyian dan muzik. Ketika itu, group anak muda yang minat dalam muzik cari makan dengan memenuhi undangan mengadakan show selama dua jam di pentas dengan bayaran yang agak lumayan.
Lahirlah nama-nama seperti Ella, Shima, Sheila Majid, Aishah, Ziana Zain, Awie, Amy Search, dan group anak muda seperti Wings, Lipan Bara, Lefhanded, Search, May, Iklim dan Saleem, dan banyak lagi group anak muda yang popular.
Nama mereka menunjak kerana pengaruh televisyen dan radio. Mereka juga mendapat sorotan yang berlebihan dalam akhbar harian dan mingguan. Pendeknya, lebih banyak cerita tentang group anak muda ini daripada keperihalan lain yang berfaedah.
Umat Melayu dijejalkan dengan laporan tentang anak-anak muda yang menganggotai group tadi. Apa faedahnya? Memang tidak ada faedah, melainkan tempat orang memperagakan diri, fokus kepada hiburan dan muzik seratus peratus.
Sebenarnya, itulah zaman kelekaan. Jika berdasarkan fatwa yang dibuat dalam muzakarah, maka group anak muda ini lebih banyak melalaikan umat, melekakan peminatnya, berlaku percampuran lelaki perempuan yang tiada hadnya. Tidak ada sesiapa menegur perbuatan mereka. Semua dipandang biasa. Padahal ia adalah gambaran jahiliyah umat Melayu sepuluh atau dua puluh tahun yang lampau.
Zaman itu adalah zaman dedah aurat yang melampau. Kegilaan yang luar biasa gterhadap muzik rock dan muzik keras yang benar-benar meniru dari Barat.
Konsert Barat menjadi acuan kita. Sayangnya, kritikan terhadap persembahan, gaya persembahan yang keterlaluan dan melekakan ini lebih bersifat kritikan hiburan yang tidak membina sahsiah umat.
Umat dibutakan kepada kenyataan sebenar. Tidak diberikan penjelasan akan dibawa ke arah mana umat Melayu ini dengan muzik dan nyanyian yang alirannya sentiasa berubah.
Kemudian timbul pula kegilaan televisyen kita menganjurkan berbagai program reality yang fokus kepada nyanyian dan muzik. Kita tunggu, apa lagi modal hiburan yang hendak disajikan.
Kita lupa, bahawa semua program yang diadakan itu adalah bersifat sementara, bersifat melekakan umat, membawa kehancuran budaya. Umat Melayu mengabaikan agama, tidak peduli langsung tentang keharaman muzik dan nyanyian.
Meski fatwa telah menyebut [1981] bahawa pancaragam itu melekakan dan melalaikan, maka ia adalah haram kepada umat Islam, namun fatwa itu hanya di atas kertas. Tidak diwar-warkan, dan wartawan hiburan tidak sekelumit pun mahu merujuk fatwa itu ketika mengulas tentang persembahan terbaik daripada group-group tertentu.
Sebaliknya, kita melihat pujian yang melangit ke atas persembahan group tertentu, keasyikan inilah yang melekakan umat. Kita cenderung mengukur keheba

No comments:

Post a Comment