Wednesday 6 June 2012

CERITA NABI PALSU YANG ANEH-ANEH

SEJAK DULU HINGGA SEKARANG tidak habis-habisnya kisah orang mengaku nabi. Mengakui diri sebagai nabi tentulah menyebabkan orang sekeliling tercengang. Latar belakang kehidupannya langsung tak ada ciri kenabian pun, usahkan nabi, ciri orang beragama pun tidak, apa lagi nak meniru pewatak alim atau fantasi wali-wali yang selalu diceritakan orang.
Kalau tidak mendakwa jadi nabi, maka ada juga yang mendakwa jadi rasul. Akan tetapi, bagi orang yang berilmu, yang faham agama, yang tahu al-Quran dan as-Sunnah, mendengar ada orang mendakwa mereka itu nabi atau rasul akan jadi bahan kemarahan.
Siapakah orang itu yang memandai-mandai mengaku dirinya nabi atau rasul?
Daripada paparan kisah nabi palsu, kekadang, orang yang mendakwa dirinya nabi sudah pun ditahan, dihukum dan dibebaskan. Orang itu telah taubat, mengatakan kesal kerana mengaku jadi nabi. Anehnya, para pengikutnya tidak peduli. Walau orang yang mengaku nabi sudah kena hukum, sudah taubat, sudah tak mahu mengaku nabi, pengikut yang tak tahu apa, tetap percaya itulah nabinya!
Inilah yang terjadi di sebuah tempat suatu ketika dulu.
Mereka tak sedar atau tidak tahu langsung, sesiapa yang menyokong nabi palsu itu, ancaman mereka adalah neraka, Ar-Rajjal pendukung nabi palsu Musailamah al-Kadzdzab diancam masuk neraka, dalam bentuk gigi gerahamnya sebesar Gunung Uhud, gunung terbesar di Madinah.
Apakah di negara kita ada orang yang diam, tetapi dalam hatinya menyatakan sokongannya kepada orang yang mengaku nabi palsu?
Sejauh ini, pengakuan nabi atau rasul yang ada tidaklah sehebar pengakuan yang ada di negara jiran. Ada bentuk pengakuan yang tidak jelas, tetapi butir-butir pembicaraan yang jadi ikutan melahirkan ciri-ciri kepalsuan itu.
Di antara sekian ramai nabi palsu yang dipaparkan dalam media, saya tertarik dengan nama Teguh Esha, dia adalah seorang novelis, seorang pelamun rindu, kaki fiksyen, dia dikenali dengan novel ALI TOPAN ANAK JALANAN, kini usia sudah 60-an, tapi khabarnya dia pun terbius untuk mendakwa sebagai salah seorang nabi, entah nabi apa, iaitu dalam tahun 1986.
Rasul Melayu dekat Zoo Negara, pernah saya jenguk. Ketika itu dia tak dakwa apa-apa pun. Ada wartawan hiburan tertarik dengan senandungnya, sedangkan saya tidak ambil peduli apabila dihidangkan tamar dalam bulan Ramadan, sesiapa pun yang berdepan situasi begini akan dapat memahami keadaannya. No komen!
Begitulah, cerita nabi palsu ini tidak perlu dakwaan, tidak perlu mengiklankan diri. Kekadang ada orang yang bersifat anarkis melulu. Entah kenapa jadi begitu. Meski berpelajaran tinggi, tetapi dia mengambil kesimpulan singkat, tidak tahu ikut sebagaimana dilakukan oleh orang Melayu kita, pergi surau, masjid, solat dan entah apa-apa lagi. "Pokoknya saya percaya Tuhan itu satu!" itulah kata orang itu.
Ketika adiknya berbual-bual dengan saya, terpacul perkataan tidak enak. Dia seperti hendak memisahkan diri dari si abang. Biarlah abang dengan pendiriannya tak mahu ikut arus jiran sekeliling. Dia menolak masjid dan surau. Kerana khabarnya dia mempunyai kaedahnya sendiri untuk beribadat. Ini bukanlah nabi palsu, tetapi mempercayai kepalsuan yang ada dalam diri. Tidak ada sesiapa yang hendak membetulkan kerana dia sendiri mengakui selalu "gaduh" dengan uastaz dan cerdik pandai agama kerana pendiriannya yang luar biasa itu.
Jadi, kalau kita semak balik kisah ajaran sesat termasuk orang yang mengaku sebagai nabi atau rasul, kita akan tersenyum sendiri. Kasihan mereka. []

No comments:

Post a Comment