Sunday 10 June 2012

BOMOH ORANG NAGE DI FLORES LAGI PELIK

Menurut ceritanya, orang suku Nage di Flores mempunyai kepandaian ilmu yang dahyat juga. Apa tidaknya, pengamal perubatan tradisional mereka dipanggil toa mali, dia boleh merawat dan mengendalikan perbuatan sihir. Mereka memanggil tukang sihir sebagai POLO. Baik lelaki atau perempuan yang jadi bomoh dipanggil Polo. Oleh sebab mereka tidak ada agama, maka suku Nage yang berpegang ajaran nenek moyang masih memelihara ilmuan yang ada, jadi mereka ada yang memelihara sejenis syaitan atau kata mereka sejenis roh yang dipanggil WA.
Apa sebenarnya Wa ini?
Menurut cerita, Wa boleh tinggalkan jasad pada waktu malam baik dalam bentuk manusia atau haiwan siluman. Ia keluar merayau-rayau untuk mencari mangsanya atau MUTI.
Roh yang keluar itu akan masuk semula ke dalam badan tuannya iaitu Polo tadi.
Hairannya, tukang sihir orang Nage aktif pada waktu malam, dan pada sebelah siang mereka tidur atau duduk berehat-rehat.
Jadi, Polo tidaklah melakukan untuk suka-suka sahaja. Mereka bertindak apabila ada pelanggang yang mengharap bantunnya untuk mengenakan orang lain. Di kalangan mereka ada amalan membunuh atau menyakiti orang lain secara ilmu hitam.
Ilmu dikenakan pada tubuh atau Weki iaitu semangat mangsa yang hendak dikenakan. Ilmu mereka memang misteri, Polo boleh menikam mangsanya secara mistik. Akibat tindakan itu, mangsa akan mengalami kesan luka yang hanya dikenali oleh kalangan Polo yang menjadi perawat.
Bukan tidak ada, dia yang beri penyakit, dia juga yang mengubatnya. Ini macam kaedah bomoh santau di kalangan orang Melayu di zaman silam. Atau orang yang memelihara pelesit atau langsuir.
Salah satu kepandaian Polo adalah menghantar penyakit busung kepada mangsanya.
Ada kepandaian Polo yang tidak diketahui orang luar, iaitu mereka boleh menyerang roh mangsa dan bukannya jasad. Pengetian roh ini tidaklah sama dengan roh yang umat islam ketahui berdasarkan teks al-Quran dan as-Sunnah.
Satu lagi kehebatan orang Nage, ialah dengan memukul roh mangsa menggunakan sejenis rotan [polo hadi]. Maksud roh ini adalah syaitan yang mengacau. Makhluk itu akan dipukul dengan rotan dan kemudian dibenamkan ke dalam air, atau dimasukkan ke dalam lubang, tindih dengan batu.
Jika syaitan itu dapat ditangkap [iaitu dengan cara dan kepercayaan Polo] makhluk itu akan disorokkan di suatu tempat yang konon hanya dijadikan tempat tinggal roh orang mati. Jika Polo tidak menyelamagkan, mangsa yang terkana syaitan atau roh jahat ini akan maut.
Sihir yang dilakukan oleh suku Nage sangat ganas kerana ia masih tebal dengan pengaruh animisme dan kepercayaan lama dari nenek moyang mereka. Mereka percaya bahawa Polo boleh menangkap roh manusia dan boleh mematikan sasarannya. Inilah yang mereka sebut sebagai POLO KAKA MAE.
Kemudian kepandaian Polo yang diceritakan, dia boleh menukarkan roh atau syaitan yang telah ditangkap itu menjadi haiwan, contohnya kerbau air. Haiwan itu boleh disembelih, sedangkan menurut kepercayaan ia adalah jelmaan manusia, ketika haiwan disembelih, di luar sana ada orang mati dengan lehernya dikelar.
Salah satu kelebihan suku Nage, mereka boleh hantar sihir jahat, menghantar ular untuk mematuk mangsanya. Ini mengingatkan kita kepada sihir Fir'aun. Sihir Nage juga konon boleh meluputkan pandangan seseorang hingga tidak nampak jalan yang hendak dilalui. Istilah mereka ialah POLO ZOKO ZALO.
Pendeknya, Polo sedia berkhidmat untuk melakukan kebinasaan kepada orang lain. Bahkan ada kepandaian merosakkan tanaman orang yang mereka sebut sebagai NOA.
Jika selama ini kita anggap dunia perdukunan Melayu dan yang sealirannya sudah dianggap hebat, maka sihir dalam kelompok Nage lagi pelik. Mungkin kajian tentang bagaimana ilmu itu disebar dan diamalkan elok dilakukan untuk mengetahui rahsia sebenarnya. Wallahu a'lam. []

No comments:

Post a Comment