Monday 4 June 2012

MENYUSURI BLOG YANG ADA

ADA BEBERAPA PERKARA UNTUK DICATAT
1. Imej Umno nampaknya tidaklah macam dulu, selain melahirkan golongan samseng muda yang mengganggu ceramah Pakatan Rakyat, mereka seolah-olah sudah kehilangan etika. Jadi, jika beginilah corak yang diajarkan kepada golongan muda oleh para pemimpin Umno baik atasan dan bawahan, ia membuatkan orang jadi jelak dengan kelakuan mereka. Kelakuan anak muda asuhan Umno ini memberi gambaran watak sebenar pemimpin Umno bawahan dan atasannya.
2. Kita terlalu banyak main politik apabila ada sesuatu isu berkaitan dengan istana. Ada golongan yang mengkritik istana dan ada golongan yang mengampu istana. Kedua pihak lupa, insiden yang berlaku sekarang tidaklah lebih teruk daripada ketika Dr M hendak meminda perlembagaan, bagaimana paparan media seperti Utusan dan Berita pada masa itu, jelas ia lebih GANAS daripada kata-kata lembut dalam twitter atau facebook.
3. Perhimpunan apa pun baik Bersih 3.0 atau perhimpunan hijau di Alor Star Kedah, diberi gambaran buruk oleh media pemerintah dan para pemimpin bekasan yang seperti kehilangan arah. Mereka cuba bercakap bagi menidakkan kebanjiran rakyat dengan alasan kehadiran mereka adalah kerana duit, ada upah. Banyak blogger yang mengkritik Dr M kerana menganggap semuanya guna duit. Mereka tidak fikir bahawa rakyat daripada berbagai lapisan berhimpun atas kesedaran individu, tidak ada jabatan yang membantu, tidak ada media arus perdana yang promosikan.
4. Dalam soal himpunan ini, baik Pakatan atau BN masing-masing mahu memenangi bilangan. Maka pihak Pakatan yang bermodalkan kesetiaan ahli, pihak BN pula bermodalkan wang jutaan untuk mengundang grup K-Pop dari Korea. Grup seperti ini dipandang mulia dan bertamadun oleh pihak BN, mampu menggamit anak muda, sayangnya, majlis fatwa membisu. Jika beginilah cara pemikiran pemimpin UBN maka hancurlah anak-anak muda kita. Tahap hiburan kepada anak Melayu sudah sampai kepada tahap tepu, justeru tidak perlu ditambah dengan K-Pop yang mendedahkan paha, berseluar sendat, ulama muda mereka pun tidak berani buka mulut.
5. Nampaknya para pemimpin UBN terkial-kial mencari bahan baru baru menutup bayangan skandal kapal selam yang Suaram sedang bangkitkan di Paris. Peguam dari Paris tidak dibenarkan singgah ke KL, sebaliknya terpaksa gunakan Bangkok sebagai landasan untuk membuka file sulit yang memalukan negara. Tindakan tidak membenarkan peguam asing masuk dalam urusan kerja adalah memalukan, ia bukti ada yang merasa telah melakukan kesalahan meskipun ada bekas pegawai tertinggi cuba menimbulkan isu ini bagi menggambarkan ia tidak melibatkan seseorang yang selalu dikaitkan. Apa pun ia sudah menjadi pandangan umum.
6. Cerita tentang Bersih 3.0 masih segar. Pihak pemerintah cuba menggambarkan bahawa perhimpunan itu telah menjadi "rusuhan" sementara pihak tertentu tidak berminat untuk mengatakan bahawa punca "perusuhan" itu adalah dari aparat yang bertugas. Saya yang turut berada di tengah kerumunan itu menyaksikan cerita sebenar, dan tahu siapa yang merosakkan perhimpunan aman itu.
7. Ada semacam rasa terkilan pihak pemimpin UBN apabila bekasan pegawai tertinggi dalam jabatan tertentu telah beralih arah dengan menyertai Pakatan Rakyat. Mereka rasa terkilan, kenapa bekasan itu tidak menyertai Umno? Para pemimpin UBN kena sedar, selera rakyat hari ini telah berubah. Sedang Umno tidak mahu perubahan.
8. Wasatiyah, istilah menarik yang pernah disebut oleh PM, konon ia adalah bentuk tindakan yang akan diimplementasikan di mana-mana. Sayangnya, sekarang istilah itu telah sejuk. Dulu setiap hari disebut, kemudian senyap. Teringat saya kepada Islam Hadhari. Dalam blog dari seberang ada ulasan mengatakan Hadhari di Malaysia adalah bentuk liberalisme, sebuah aliran pemikiran moden yang cuba mendobrak kebiasaan, ia juga kata blog itu memperjuangkan kebebasan hingga kepada bab seksualiti. Apa benar? []

No comments:

Post a Comment