Monday 4 June 2012

BOMOH GUNUNG LEDANG

Dulu, lebih kurang dalam tahun 2001 pernah berlaku kehebohan kecil tentang adanya seorang bomoh atau paranormal yang dikatakan mengamalkan kaedah aneh sehingga difatwakan keharamannya.
Menurut fatwa yang sempat saya baca, bomoh berkenaan mendakwa boleh memanggil roh seseorang ketika menurun. boleh panggil jin atau khadam-khadam tertentu. Istilah yang biasa orang sebut adalah perewangan.
Kaedah menurun, memanggil sahabat tertentu ketika mengubat orang adalah tindak-tanduk biasa kerana seorang paranormal itu bukanlah tahu semuanya. Maka dia menggunakan bantuan mistik daripada sahabat yang diseru untuk tampil memberikan solusi.
Kaedah begini tidak digemari kerana ia menggunakan bantuan makhluk halus atau jin. Makhluk jin sedia turun untuk membantu jika mereka dipanggil, tetapi ia akan membuatkan begitu rendahnya martabat manusia pada pandangan jin.
Jin akan menyesatkan lagi paranormal yang menggunakan khidmat baik mereka.
Bomoh yang satu ini menggunakan nama Gunung Ledang yang popular dengan kisah kegenda fantasi Puteri Gunung Ledang, sebagai ruang untuk memberi keyakinan tinggi kepada orang yang mendatanginya.
Biasanya dengan kata-kata yang penuh yakin, paranormal akan bercerita tentang kehebatannya berkelana di gunung itu, dan dalam petualangannya, sempat bertemu dengan puteri mistik itu, lalu mendapatkan ilmu hikmah darinya.
Pertemuan yang bersifat mistik itu, boleh jadi hanya khayalan kosong atau rekaan, tetapi di kalangan pasiennya, ia menjadi cerita yang diakui kebenaran, dan menjadikan paranormal itu dipandang hebat.
Maka, biasanya, hubungan baik antara bomoh dengan makhluk jin di Ledang itu, akan menjadi daya tarikan kepada pasien atau peminat yang percaya kepada mistik atau gemarkan sesuatu yang mistik.
Dikatakan juga, di kawasan Ledang itu ada ada kolam di mana nenek kerap berada di situ dalam bentuk penjelmaan.
Terpesona dengan kisah silam tentang nenek kebayan dan puteri, paranormal itu akan menambah bumbu cerita dengan mengatakan nenek kebayan itu adalah "Siti Hawa" isteri Nabi Adam a.s.
Sampai pada bab ini, paranormal itu sudah kehilangan arah. Mencipta cerita dengan penuh yakin untuk menarik perhatian peminat dan penggemarnya, tetapi apabila bercakap tentang kolam dia sudah merombak kisah begitu jauh. Di sinilah letak kekeliruannya atau memang fikiran paranormal itu memang bercelaru?
Kemudian di kolam itu konon dia boleh bertemu Nabi Khidir a.s.
Jika kita amati, cerita karut dari paranormal yang ngoceh begini tidak perlu dilayan sehingga hendak memberikan fatwa. Kisah lelaki itu tidak pernah dipaparkan dalam media. Terbukti, kalau difatwakan pun, ia tidak memberi apa-apa kesan.
Kecuali kalau paranormal itu membuka sebuah perguruan, ratusan murid hadir di Ledang, mendengar celotehnya, mempercayai dan meyakini apa yang dia kata. Lalu semua orang mengatakan bahawa lelaki pintar itu memang hebat, mampu memanggil roh, memanggil khadam jin, atau dia pernah bertemu Nabi Khidir khayalannya. Jika dia mengajar muridnya ilmu himah begitu, maka ia dianggap telah menyebarkan kekeliruan yang nyata.
Gunung Ledang sejak dulu sampai sekarang memang menjadi kegemaran orang bersuluk, orang bertapa, menjadi kegemaran orang-orang yang cenderung kemistikan. Pulang dari gunung mereka akan membawa sejuta cerita, entah mimpi jumpa puteri, mandi dengan puteri, melihat kucing sebesar kambing, melihat harimau putih, kijang putih, atau melihat nenek kebayan dan apa sahaja cerita mistik.
Tak kurang juga cerita mistik mendapat sebilah keris pemberian lelaki berjubah, mendapat selendang sutera dari sang puteri jin, atau melihat bayangan misteri di situ, mendapat sebilah keris kecil, sebatang paku atau besi kersani, atau batu delima merah, tongkat dari alam bunian, mendapat keris cemeti usul, atau sengaja mengutip apa sahaja benda pelik, baik batu, kayu, bunga atau daun yang pelik.
Turun dari gunung ia akan jadi bahan cerita mistik yang menarik.
Dan menjadi kebiasaan paranormal akan menceritakan pernah berguru di Ledang. Berguru dengan siapa?
Rahsia. Atau paling tidak mengatakan dengan gurunya Panglima Lidah Hitam. Panglima Selendang Hitam, Panglima Juring, dan sebutlah nama-nama yang pelik untuk membangkitkan rasa panasaran pendengarnya.
Begitulah, orang kerap mengatakan ketika berada di situ, dia mendapat kemenyan bunian, mendapat buluh tumpat, mendapat batu petir, atau mendapat sebuah bisikan.
Biasanya, pedagang ubat kaki lima pun ada yang mengiklankan dirinya dengan mengatakan baru turun dari Ledang setelah bertapa selama sebulan atau selama 40 hari.
Kisah bertemu puteri Ledang adalah cerita biasa. Begitulah kisah bomoh yang dulu pernah menggemparkan sekelompok peminatnya kerana ketika mengubat orang dia akan memanggil khadam jin bagi membantu mempermudah urusannya. Inilah yang orang anggap "mengajarkan" kesesatan dan khurafat kepada pasiennya.[]

4 comments:

  1. bomoh memang lah power sangat,jarak jauh die bole buat kwn2 nak try bole sye letak nmbor whatshap die 0174334165(tok keramat gunung)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr k7 gugur u bomoh tipu lah

      Delete
    2. Mmg tipu eh? Tgk sana sini post sama je ayat dia dgn vijaya kumar veeraiah

      Delete