Friday 13 April 2012

AWAK ORANG PKR MINTAK SAMA ANWARLAH

Sebuah laporan dalam Suara Keadilan [SK 61] menyebut bahawa seorang MB telah mengeluarkan kata-kata yang tak sesuai dituturkan oleh pemimpin UBN. Jika laporan itu benar, maka tidak sesuailah MB yang ada hari ini meneruskan tugas sebagai MB selepas pilihan raya umum nanti.
Di kalangan pemerhati pun sudah lama melihat gelagat MB yang satu ini pernah posing tayang belakang kepada musuh politiknya, maka tindakan kebudak-budakan itu tidak sesuai untuk duduk di kerusi empuk MB.
Khabarnya, seorang penduduk di projek Perumahan Kos Rendah Seri Kenuning, Temerloh, di Pahang mengadukan masalah pengeluaran CF Sijil Layak Menduduki. Sudah 22 tahun isu itu tak selesai.
[biasanya kalau menjelang pilihan raya, isu ini boleh selesai cepat, lagi-lagi kalau TV3 semua datang ke situ untuk membuktikan betapa hebatnya cara kerja UBN mengatasi masalah rakyat].
MB telah menempelak penduduk yang menyoalnya dengan jawapan tak wajar. Dia kata, sebagaimana laporan SK 61, isu CF tak timbul kerana yang penting ialah bayaran penuh rumah kos rendah itu sudah selesai. Orang yang bertanya tak puas hati lalu tinggalkan program itu.
Lelaki itu kemudian diminta masuk semua ke dewan dengan melaungkan melalui pembesar suara.
Jika anda jadi dia, tentu merah padam dan geram sekali dibuatnya.
Apa kata MB itu seperti yang dilaporkan, jika anda orang PKR, pergilah jumpa Anwar Ibrahim.
Tidak cukup dengan itu orang kuat UBN boleh pujuk pula lelaki yang buat aduan itu agar tinggalkan parti pembangkang dan masuk BN. Lelaki itu kena masuk MIClah atau Gerakan.
Begitulah nasib ahli-ahli parti dalam kelompok PR, selalu diperlekeh, sengaja dimalukan di majlis-majlis yang mereka adakan.
Program itu seolah-olah memancing undi. Tetapi ini dinafikan, ia bukan pancing undi.
Bagaimana pula jika suatu ketika nanti kita kata depan MB itu, "Anda kena tanya Tuk Jib, kenapa tak mintak duit pada Tuk Jib?"
Sudah tentu kata-kata itu akan menyakitkan hati pendengarnya dari kalangan UBN.
Ingatlah, jika anda tidak suka ahli parti anda diperlekeh begitu, janganlah perlekehkan ahli parti lawan. Ketika anda berada di atas, anda jangan lupa, suatu hati nanti anda akan berada di bawah. Anda akan menerima kata-kata itu semula sebagai balasan. []

No comments:

Post a Comment