Friday 13 April 2012

DI SANA-SINI lambang 1malaysia terpampang. tengoklah. di mana-mana sahaja ada lambang itu, hinggakan kalau ditampal pada batu t pun, orang segan nak memakainya. yalah, 1malaysia dah dianggap politik murahan UBN. begitu juga beg murah, bekas air, topi, kipas, belum bab uniform kerja, semuanya ada lambang yang menjadi stigma di negara kita. bukan semua orang suka memakai sebenarnya. kalau boleh nak ditutup lambang itu.
kini lambang ini dibawa pula ke kedai runcit, klinik, kedai makan, warung dan entah apa-apa lagi, kalau di perhentian bas memang tak usah kiralah. lambang ini lama kelamaan dah jadi benda biasa, bukan menarik, tetapi menakutkan. orang takut nak pakai sebab nanti dituduh sebagai pendukung 1malaysia, padahal tak tahu apa pun.
lambang ini sudah dikenalkan kepada murid-murid sekolah, dengan kerjasama cikgu yang tak reti apa. sebagai seorang bekas guru, saya tak rasa seronok kalau guru diperkudakan oleh kementerian atau jabatan yang berkenaan. tidak perlu berlebihan dalam berkempen, tugas yang mulia akan tercemar kalau terlalu politiking yang menghala ke pusat.
zaman dulu bolehlah. sekarang semuanya sudah berubah. tidak cukup membawa lambang ini ke sekolah, murid-murid juga diminta membaca buku komik tentang pemimpin tersohor negara yang didakwa sebagai pahlawan ulung.
disebabkan tidak ada siapa hendak menobatkan seseorang sebagai pahlawan, maka ada pihak tertentu sengaja membodek menobatkan sifulan dan sifulan sebagai pahlawan. hang tuah sendiri kepahlawanannya mencurigakan dan perlu ditulis semula, inikan pahlawan yang dinobatkan atas dasar pengampuan.
saya teringat tulisan dr.sapora sipon, USIM, yang bersemangat mengatakan bahawa sekolah adalah tempat terbaik merealisasikan gagasan 1malaysia.
murid-murid sekolah tidak faham apa itu 1malaysia. yang mereka tahu angkat jari telunjuk apabila pemimpin buat begitu. gagasan ini bukan sebuah gagasan sebenarnya, tetapi kempen politik yang menjurus ke pusat sana. dan kaum guru diperalatkan sepenuhnya. memang orang kata guru ini profesion yang mulia. perlu diingat, zaman dah berubah, banyak profesion lain yang mulia selain guru, kena ingat tu. jangan dok ulang kenyataan zaman 50-an. suasana sudah berubah.
seperti juga orang kata guru banyak berjasa kepada negara. habis, orang lain yang bekerja dalam bidang lain tidak berjasakah? pemikiran gaya lama hendaklah diubah. apa guna terlampau banyak sarjana hebat dalam sektor pendidikan jika pemikiran mereka masih beraliran kuno?
dan dalam perkara 1malaysia ini, bukan tidak ada orang yang enggan melihat  lambang ini terpampang di mana-mana, hatta ada yang melekatkan pada songkok atau kupiah nak solat di masjid. cukuplah, lambang itu dimainkan di luar sana, biarlah ditampal di tempat duduk, di stesyen bas dan sebagainya, tetapi tidak perlu meracuni fikiran kanak-kanak yang masih belajar mengenal erti hidup. []

No comments:

Post a Comment