Tuesday 3 April 2012

FITNAH SEKS DI MALAYSIA

Fitnah seks berlaku di zaman Dr Mahathir. Beliau tokoh yang mempopularkan budaya fitnah seks di negara kita. Jika kita mahu ingati beliau, salah satu legasinya adalah LIWAT. Dengan sebab begitu popular perkataan ini, guru-guru sekolah pun menerangkan kepada muridnya mengenai maksud liwat, bagaimana sesuatu itu dikatakan perbuatan liwat. Pendeknya dengan sebab laporan kes LIWAT itulah perbendaharaan kata di kalangan murid dan pelajar kita sudah bertambah satu perkataan: Liwat.
Yang menjadi sukar adalah para guru hendak menerangkan apa yang dimaksudkan liwat itu. Adakah liwat itu hanya berlaku di kalangan orang politik sahaja? Sudah tentu cikgu kena jujur, mengatakan bahawa liwat ini melibatkan semua orang, semua pihak kerana berlaku keabnormalan dalam diri seseorang.
Perlu dijelaskan umat manusia zaman Nabi Luth dulu melakukan liwat, umat di Itali pun amalkan liwat dan seks bebas. Kebetulan kes buang anak haram pun banyak sehingga dibina pusat untuk melindungi gadis-gadis terlanjur. Tidak tahu sejauh mana kebaikannya setakat ini.
Jadi, pendidikan seks pun mahu diterapkan kepada pelajar di sekolah dengan harapan tidak berlaku kes yang bukan-bukan. Berbagai pakar pendidikan tampil memberikan pendapat untuk mengatasi masalah ini.
Kemudian hasil dari perkara liwat ini, ia dijadikan isu dengan lebih fokus bahawa di negara kita sudah ada kelompok pengamal seks bebas sejenis gay, homoseks dan biseksual. Ketika berwacana tentang bab ini maka dipaparkan besar-besar bahawa di negara kita ini sudah merebak wabak dekandensi moral seks.
Orang-orang yang terlibat makin banyak, sukar hendak dikesan, sukar hendak dibanteras dan dipulihkan.
Sedihnya, media yang memaparkan bahan tentang homoseks dan segalanya tidak sedar akan kedirian mereka. Orang lebih hormat sekiranya anda paparkan cerita ini tetapi anda tidak menggalakkan aktiviti ini dalam media yang lain. Misalnya, Utusan Malaysia, konon mahu membanteras perbuatan seks songsang, tetapi majalah di bawahnya mempopularkan budaya pop bebas seks, media hiburan yang bercambah, gambar artis menjolok mata, anehnya artis Melayu. Di mana orang nak hormat dengan media begini? Dalam masa yang sama terbitkan ALISLAM? Semaklah apa isi dalam majalah itu dan semak juga apa isi dalam majalah hiburan yang ada. Nampak, hendak berdakwah kepada orang lain, tetapi mereka sendiri lupa apa yang mereka dakwahkan selama ini. Dunia hiburan yang melata sebenarnya punca kes pembuangan bayi dan punca kes homoseksual di negara kita.
Budaya Mak Nyah pada suatu ketika siapa yang mempopularkannya? Tidak perlu disebut sumber mana, tetapi mereka yang bergelumang dengan dunia media akan dapat jawapannya.
Sampai bila umat Melayu akan bergantung kepada fitnah seks? Setakat ini, fitnah seks masih dianggap relevan kerana pihak yang boleh dianggap fasiq ini akan terus menebarkan fitnah kerana bimbang persekitarannya nanti akan menghumban segala-galanya sehingga fitnah tidak punya ruang lagi. Fikir-fikirkan.[]

No comments:

Post a Comment