Tuesday 17 April 2012

ILMU DARI PAK KASSIM WISMA YAKIN KL

MUNGKIN INI YANG DIKATAKAN ILMU.
Seorang lelaki memberitahu dia mendapat sebuah ilmu daripada Pak Zain Yahya, daripada Pak Husain Ali, daripada Pak Kassim Wisma Yakin KL. Itulah rantaian ilmu yang diserahkan kepada lelaki itu dengan keizinan Pak Kassim setelah lelaki itu bertemu Pak Kassim ketika nak solat asar di Masjid Jamek Kuala Lumpur [LRT].
Pemunya ilmu asal tidak memberitahu rantaian ilmu selanjutnya, tetapi Pak Kassim mengatakan, tentang kelebihannya, tak boleh nak cerita. Amal dulu baru tahu kemudian.
Sayangnya ilmu dari Pak Kassim ini samar-samar kepada saya, dan saya tak dapat mencatat secara detail kerana catatan silam sudah lenyap, itu catatan ketika mencari bahan untuk majalah MISTERI terbitan sebuah syarikat tempatan di Taman Seri Gombak.
Antara lain pengamal ilmu kena melazimkan bangun malam, buat qiamulail.
Tetapi janganlah dek kerana ilmu ini baru nak bangun malam, sebelumnya tak pernah bangun malam pun. Kepatuhan kepada ilmu ini semata-mata menjadikan seseorang itu berkeyakinan bahawa ilmu ini barang baru yang melebihi apa yang pernah diajarkan oleh Nabi s.a.w.
Lebih tidak berkeyakinan demikian, kerana ia sekadar sebuah amalan biasa.
Pak Kassim mengisyaratkan, pengamal hendaklah melakukan tindakan berikut:
- Yakin dengan apa yang dilakukan.
- Bangun malam, sediakan sejadah dari kain hijau, meskipun solat sendiri, anggaplah diri adalah imam solat secara berjemaah bersama jin-jin Islam; letakkan kain hijau sebagai sejadah di bahagian kanan anda seperti layaknya anda menjadi imam solat ketika bertiga.
- Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat hajat 2 rakaat sebagai imam.
- Setelah selesai berwiridlah mengikut jumlah tertentu [sayang penetapan apa yang perlu dibaca tidak ada dalam simpanan], tetapi antara lain perlu berselawat sebanyak berapa umur anda sekarang, jika umur 50 tahun, selawatlah 50 kali.
- Membaca ayat al-Quran [al-Ikhlas, 1000 kali]
- Berdoa dan niatkan apa yang dihajatkan, biasanya umum, kerana tak jelas apa yang akan terjadi.

Berdasarkan pengalaman seorang lelaki yang menjadi responden kisah ini, dia memberitahu, dia telah dua kali melakukan solat malam dengan kaedah yang dinyatakan itu secara terperinci setelah diijazahkan oleh Pak Zain Yahya.
Apa yang terjadi?
a. Doanya jadi masin, dia tidak boleh mengharapkan sesuatu ketika dirinya dizalimi orang lain. Ini dibuktikan dengan beberapa kejadian misteri yang terjadi di sebuah gedung membeli-belah di Selayang tempat dia bertugas.
b. Dia mendapat wang tunai terpijak, betul-betul terpijak, kerana wang itu telah disepak dan dipijak oleh orang lain, dan hanya dia seorang yang mengetahui yang disepak itu adalah wang. Menurut ceritanya dia mendapat wang tunai RM450 dengan tidak disangka-sangka. Dia tidak serahkan atau iklan wang temuan itu kerana keadaan sekarang darurat, jika diserahkan kepada orang lain, orang itu pula yang mengambilnya, kebetulan dia pun bukan orang senang, maka wang itu dia gunakan untuk memberi makan dan minum kepada kawan-kawannya. Termasuk sedekah.
b. Dia boleh mendapat wang kertas di tempat tertentu yang tak disangka, sedangkan orang lain melihat ia hanya kertas gula-gula atau kotak rokok terbuang.
Buat masa ini, hanya beberapa kes yang bolehlah dikaitkan dengan hasil dari pengamalan ilmu itu yang saya catatkan.
Pak Kassim yang mengijazahkan ilmu ini tidak dapat dikesan di mana dia berada sekarang. Khabarnya dia menjadi guru mengaji al-Quran di sebuah lokasi yang tidak diketahui. Dia sudah lama tidak datang ke masjid yang biasa saya temui. Dengan sebab itulah, ilmu ini menjadi kabur, sedangkan Pak Hussain tidak ingat lagi bagaimana kaedahnya, begitu orang lain, kerana mereka anggap "ilmu" Pak Kassim biasa-biasa sahaja.
Sebaliknya lelaki tadi, dia telah memetik buahnya. Itulah hikmah dari ilmu Pak Kassim Wisma Yakin. []

No comments:

Post a Comment