Thursday 19 April 2012

TENTANG OPERASI PERJUDIAN TERBUKA

ADA BANYAK TEMPAT PERJUDIAN SEBENARNYA.
Cuba semak semula.
1. Tanah Tinggi Genting - ini semua sudah sedia maklum, walaupun memang ada tegahan, tetapi khabarnya umat yang ketagih tak boleh dihalang, masuk juga.
2. Kapal persiaran - untuk orang ada banyak pitih, kena naik bot, atau kalau dah kaya sangat, naik heli ke sana.
3. Ke luar negara, selesai masalah, anda bebas nak tunggang terbalik ke, sebab di sana tak ada operasi.
4. Kelab eksklusif, banyak dan bercambah di mana-mana, orang dok sibuk judi yang terbuka tempat orang kecil, orang besar, orang berpangkat semua tumpu di kelab eksklusif. Tanyalah budak sekuriti yang bertugas.
5. Tempat persendirian, entah villa, kondo, apartment, resident dan macam2 lagi.
6. Internet cafe cermin gelap dan pemantauan CCTVnya.
7. Dalam hutan simpan - buat lokasi baru, letakkan alat canggih, pakai generator besar, semuanya boleh.
8. Di kawasan resort yang lengang, ada lokasi menarik untuk berkumpul.
9. Di tempat lumba kuda, bukankah membeli tiket pertaruhan untuk setiap race itu suatu perjudian juga? Di situ boleh kaut duit terus kalau pertaruhan anda tepat.
10. Di rumah kawan-kawan, boleh main jerami, dari jam 10 malam santak sampai subuh, solat entah ke mana.
11. Kedai-kedai terbuka baik untuk MTK[=magnum, toto, dan al-kuda].
12. Kedai kopi, dah tutup kedai, tabur dadu atasnya. Santak sampai pagi.
13. Banyak lagi yang tak disenaraikan di sini, sebab pengetahuan tentang hal ini masih tertutup [kira jahillah dalam soal judi menjudi].
Baiklah. Kekadang lucu juga, berita di sana-sini melaporkan orang kena tangkap kerana beli tiket pertaruhan nombor ekor MTK ini. Orang kampung, orang kecik, memang inilah permainan mereka yang telah dipupuk sekian lama, dah jadi budaya sejak zaman dahulu, semua ini kerana pemerintah kita menganggap ia adalah satu permainan biasa.
Dulu, mana ada rasa bersalah, rasa malu, rasa langgar hukum dan sebagainya? Malah ada tempat maksiat bersebelahan dengan kedai MTK.
Jika anda buat tinjauan rambang, baik di George Town, Johor Bahru, Kuala Terengganu [zaman UBN], atau di mana-manalah, hatta KL pun, kedai MTK adalah tumpuan orang menggadaikan wang tunainya untuk mendapatkan angka bertuah.
Pada suatu peringkat, dek gila MTK ada pula kelompok ini lepak di kedai kopi [contoh di JB] semuanya mentelaah kertas pertaruhan yang bernilai RM1, kemudian semak barcode, ada kode rahsia yang mereka tahu, entah apa yang dibega-bega, kemudian beli lagi, begitulah kerjanya dari tengah hari sampai petang, sampai kedai MTK nak tutup, dah habis berapa bang? RM140! Itu yang kerja makan gaji. Orang kerja kerajaan pun ramai yang menuju MTK. Jangan kaget kalau ada orang yang kerja di jabatan yang selalu mengejar orang masuk MTK pun tumpang sekaki.
Ia sudah jadi permainan rakyat. Tengoklah, di luar kedai MTK itu, siap orang jual setokin, jual kucing mainan, jual dompet, jual kertas ramalan, ada kod untuk pertaruhan hari ini.
"Jangan jadi macam semalam di Klang, ada orang beli seringgit, rugi, kalau dia beli lebih dia dah kaya, tengok ni," kata penjual kertas ramalan yang slanga bicaranya gaya seberang.
Sekarang zaman bebudak dari seberang bersila pakai kelubung hitam sudah pupus. Cara begitu sudah tak laku. Tapi khabarnya bomoh ekor tetap giat bang. Di mana-mana ada sahaja bomoh begini.
Orang melayu segan nak jumpa bomoh ekor melayu, mereka jumpa Tok Batin, minta nombor, jumpa Ah Soh yang pandai meramal dengan colok dan minyak masak, kemudian jumpa astrologer di mana-mana, ada juga yang menjadi Tok Baba Dewa kekayaan, kemudian yang terpengaruh iklan yang disisipkan dalam peti surat, tak kira rumah siapa mereka balun. Rumah Imam ke bilal atau ustaz yang bagi tazkirah pun mereka letakkan juga. Bomoh dari Wat Siam di selatan Siam nuh. Kenapa jauh benar, yang biasa adalah Wat Siam di Perlis tu.
Jika ada berkawan dengan orang yang kaki nombor ini, anda akan dapati penggemar kedai MKT tidak mengira siapa.
Paling ramai adalah orang Melayu. Ini bukti ekonomi kita tidak merata. Orang yang bergaji kecik berharap kalau kena boleh buat belanja. Jangan persoalkan wang itu haram, untuk bagi makan anak bini. Mereka tahu, bahkan ada seorang pegawai kecil di jabatan [tak boleh sebut] pernah beritahu penulis dia dah menang RM5 nombor pertaruhan, nak ambil duit. Nak tahu di mana letaknya kedai MTK itu? Ya, itu jam tidak jauh dari Masjid India KL, sekarang dah menjauh ke Dang Wangi sana.
Kemudian bomoh ekor mendakwa banyak juga kalangan berpangkat dan berkeudukan yang melakukan konsultasi rahsia dan sulit dengan mereka. Maknanya tertutup. Wartawan tak boleh lapor. Mereka juga kepepet duit, sebab memang dalam hal duit ini orang memang suka berbelanja. Kalau ada satu bilion, maka mereka boleh berbelanja semanjang, makan apa sahaja semanjang, biarlah, apa nak jadi, jadilah.
Jadi, tentang operasi perjudian terbuka ini, nampak hanya kedai MKT di mana orang kecil menagih kekayaan yang tak kunjung tiba. Mereka berjudi setakat seringgit dua. Sedangkan di kelab eksklusif sana mereka berjudi lebih dari itu.
Mungkin ada yang tak tahu, bahawa ada beberapa buah kedai MKT yang ada di seluruh negara kita ini dimiliki oleh orang Melayu. Inilah Melayu yang hebat. Serba boleh, atau paling tidak dibaba-alikan tempat niaga itu. Dan jangan hairan ada kakak kita yang menjadi kasiernya. Mereka melayan orang hulur kertas putih nombor pertaruhan. Ini belum lagi bab CHEEFAH, nombor dari 1 hingga 36 kalau tak salah. Ramai juga pemandu teksi KL ketagih. Nombor ramalan ini lagi hebat, siang lain dan malam lain. Maka berlonggoklah mereka menunggu keputusan. Sekarang canggih ada alat hubungan.
Ada ajen tukang ambil wang pertaruhan. Semuanya kenalan belaka. Ini adalah permainan rakyat kecil. Dan cheefah ini boleh dibeli di mana sahaja asalkan nampak "Si acai" atau "Ah Soh" yang selalu jalan laju tu. Kita ni pemerhati. Dan gambaran itu cepat lekat.
Kenapa permainan ini popular di kalangan Melayu? Semua ini kerana kita tidak memandang MKT sebagai beban maksiat. Ia dianggap sebagai permainan, seperti sukan biasa, atau seperti kuiz, macam teka kacang zaman dulu, teka berapa ekor ikan dalam balang, teka biji jagung, atau teka wajah artis ini siapa? dan macam-macam teka termasuk cabutan tiket bertuah untuk peserta, termasuk juga beli saham nak cepat untung berganda, atau niaga emas, beli hari ini tiga bulan lagi nak jual, macam juga orang masuk MLM semua nak duit, masuk parti Tappaware atau tari menari pun ada cabutan bertuah. Jadi, kita terdedah kepada permainan yang menjurus kepada perjudian.
Saya tetarik dengan cerita operasi perjudian terbuka MTK ini, tetapi satu saran kenapa kita tidak membanteras pembenihan yang bermula tadi?
Kenapa masih ada iklan tentang keahlian meramal di dalam media massa kita, kenapa boleh pula pedagang kaki lima menjual buku panduan meneka angka MKT ini, kemudian kenapa tak pernah kita dengar operasi dibuat di gelanggang lumba kuda?
Sebenarnya penguatkuasa kita mempunyai pandangan yang sempit tentang perjudian. Mereka bertindak hanya apabila kena "ketuk", jika tidak maka mereka diam sahaja. Begitu juga percambahan perdukunan nombor ramalan yang ada di sana-sini, setiap daerah ada sahaja pakar angka yang menjadi kunjungan orang ramai. Tak percaya risiklah malam Jumaat. Sebabnya, hari Sabtu dan Ahad adalah hari pertaruhan nombor.
Berapa ramai Melayu kaki judi cara kecilan begini?
Jawabannya ramai. Bahkan ada yang ceritkan secara berani, dia sanggup letakkan kertas pertaruhan yang hadiahnya sampai ratusan ribu di bawah sejadah masjid jamek dekat LRT KL [ini pengakuan menantu kepada bendahari ..., kira AJK jugalah].
Khabarnya apabila menang pertaruhan, kawan ini ajak beberapa orang pergi umrah. Cantikkk! Apabila menang pertaruhan pergi umrah. Balik beli lagi. Dan orang yang begini bukan dia seorang. Ramai rupa-rupanya.
Dan tatkala meninjau gelagat warga dari seberang, mereka ada yang pakar bahagian menebak angka jitu. Selalu menang, koleksi wangnya sudah puluhan ribu, dan dia kerap pulang ke Jakarta.
"Wak, ke mana menghilang wak?" tanya kawannya.
"Jakarta!"
Dan jangan terkejut, di Jawa sana pun ada tukang ramal angka jitu untuk angka pertaruhan di MKT Malaysia. Canggih bang!
Anda tinggal telefon sama Pak Surgowo, langsung masukkan wang ke dalam akaunnya melalui agen-agen berdaftar yang banyak. Nah, kemudian Pak akan hubungi anda untuk dapatkan angka jitu. Khabarnya tenaga kerja wanita Indonesia di Malaysia adalah penggemar warung MKT di mana-mana sahaja.
Jangan hairan, anda lihat hari ini kakak atau makcik pakai tudung beli angka pertaruhan di kedai MKT. Mereka adalah wanita dari seberang. Kalau kena nanti kita mahu pulang bang!
Jadi, nak ke mana kita? Permainan angka ini sudah lumrah. Sampaikan ada accident aje, orang sibuk mencatat nombor pendaftaran kereta, terus beli. Orang tengok accident bukan nak bantu, tapi sibuk nak ambik nombornya MJY 8502. Ini contohnya. Kemudian ada yang mengajar buatlah begini pula 2058, sebabnya kereta tu terbalik. Habis kalau tayar tanggal satu? Buatlah gini, 2057!
Bagaimana kalau jumpa Pak Dukun Ekor? Ada yang merapu buat angka sendiri, agak-agak dan ada yang ngangkung bawah pokok ara di tengah malam. Ada juga yang pergi kubur atau jirat lama.
PENDEKNYA dalam bab main nombor yang dianggap salah satu bentuk perjudian kelas proletar, mereka sering dijadikan bahan umpat dan kejian, sedangkan di peringkat atasan sana, di tanah tinggi, di kapal persiaran, di gelanggang kuda, di tempat eksklusif kelab itu dan ini, mereka SELAMAT dari buruan operasi.
Dan mereka selalu diperingatkan, TAUBATLAH dari perbuatan ini. Kepada mereka yang melakukan operasi juga harus melakukan muhasabah diri, bahawa operasi bukanlah sekadar warung MKT yang ada di deretan kedai itu sahaja, malah lebih dari itu. Wallahu a'lam. []

No comments:

Post a Comment