Monday 9 April 2012

NYANYI SAMBIL PETIK GITAR

NAMPAK GAYA YUNA sudah jadi ikon kepada penyanyi wanita yang pandai memetik gitar sekalipun sekadar strumming dengan nota asas sahaja. Cipta lagu sendiri, buat lirik sekali dan kemudian rakamkan. Tonton beberapa kali. Tanya kawan boleh tak masuk You Tube?
Melalui media inilah lagu diperkenalkan, orang klik dan tonton YouTube itu berkali-kali, ada berapa pengunjung. Kisah cikgu yang pandai menyanyi dan kemudian masukkan dalam You Tube sudah tenggelam.
Dulu bukan main heboh, setiap hari wartawan hiburan buat cerita tentang cikgu yang pandai menyanyi itu. Ketika lagu tengah naik memanglah semua orang suka tengok, apabila lagu sudah tenggelam, orang pun tak mahu tengok lagi.
Kemudian ada pula penerbit filem cadang nak jadikan filem kisah cikgu yang pandai nyanyi itu. Sebenarnya ramai orang komen, kita jaangan terburu-buru hendak jadikan cikgu sekolah sebagai pelakon filem. Nyanyian cikgu di dalam You Tube itu hanya untuk suka-suka sahaja bukan ada matlamat untuk jadi popular atau jadi artis.
Tetapi daripada laporan akhbar membuktikan cikgu itu sendiri berminat kalau diberi peluang berlakon, mungkin akan bertambah rezekinya dalam bidang itu.
Nah, di sini dari nyanyian pergi ke bidang lakonan.
Berbalik kepada trend masa kini, penyanyi muda wanita yang pandai main gitar memang boleh mencuba bakat untuk mengekori bakat Yuna.
Sayangnya, seperti kata kebanayakan orang, semua artis baru yang memetik gitar sambil menyanyi itu, mereka terikut-ikut gaya Yuna.
Tidak hairan Yuna mendapat anugerah baru-baru ini kerana dia merupakan perintis kepada artis wanita bergitar. Bakat mencipta lagu sendiri sehingga lagu itu meletup-letup memang dikagumi. Kalangan artis ternama pun tidak mampu cipta lagu dan petik gitar macam Yuna.
Mungkin ada baiknya kita semak apa hukum nyanyian dan muzik. []

No comments:

Post a Comment