Wednesday 4 April 2012

ABDULLAH SABA' HANYA FIKSYEN?

Siapa pun tak kenal dengan Abdullah bin Saba'. Dia siapa? Tetapi kalau bercakap tentang Syiah, maka nama ini mendapat kedudukan yang teratas. Sebabnya, dia dianggap pencetus segala-galanya di dalam ajaran Syiah. Mereka mendakwa Syiah muncul di bawah pimpinan Abdullah bin Saba'.
Imam Ibnu Taimiyah mengatakan, bahawa orang pertama yang menciptakan perkataan kemaksuman Ali dan adanya nash untuk Ali dalam kekhalifahan adalah bermula dari para pengikut munafikin Abdullah bin Saba' yan dia dulunya Yahudi, lalu menampakkan diri Islam dan ingin merosakkan agama Islam sebagaimana Paulus telah merosakkan  Nasrani.
Beliau berkata lagi, bahawa Ali bin Abi Thalib telah ingin membunuh orang ini kerana sampainya berita kepada Ali bahawa Abdullah bin Saba' mencaci Abu Bakar dan Umar sehingga Abdullah bin Saba' lari dari Ali. Ia sebagaimana Ali telah membakar orang-orang yang bertindak ekstrim -seperti Syiah Rafidah, pengikut Abdullah Saba'- yang mereka itu menganggap dalam diri Ali ada ketuhanan. [Majmu' Fatawa, juz 1 hal.400].
Nah, dalam hal ini, berpandukan penjelasan ini, orang menganggap bahawa Abdullah bin Saba' itu benar-benar wujud sesuai dengan penyebaran maklumat pada zaman dahulu, hanya kesahihan adanhya tokoh ini dicurigai.
Itu kata Ibnu Taimiyah, dan bagaimana pendapat Imam as-Suyuthi [Tarikhul Khulafa'], seorang mujtahid kurun ke 9 hijrah. Ketika membicarakan tentang kematian Utsman  dikaitkan dengan fitnah yang dibawa oleh Abdullah bin Saba'. Hakikatnya kematian Utsman tidak ada kaitan langsung dengan Abdullah bin Saba'. Dia dianggap sebagai kambing hitam atau hanya tokoh ciptaan semata-mata.
Puak Syiah dikatakan tidak mengiktiraf wujudnya Abdullah bin Saba' kerana tokoh ini memang sering disebut-sebut oleh pihak tertentu untuk memburukkan Syiah. Kelompok Sunni yang tidak tahu hal sebenar selalu mengusung cerita peranan Abdullah bin Saba'.
Ada atau tidak tokoh ini tidak penting, tetapi jika kita semak pergolakan politik pada masa itu memanglah logik andai dikatakan Abdullah bin Saba' hanya tokoh khayalan. []

No comments:

Post a Comment